Bab 30

3.2K 121 13
                                    

Hilman keluar dari pintu kereta yang baru sahaja dia parkir kan pada ruang parkir. Jam di tangan dia tilik sekilas. Tanpa sedar satu keluhan keluar dari mulutnya.

Rupanya dah hampir pukul 8.30 malam. Cepatnya masa berlalu seharian. Sedar tak sedar dah malam. Begitulah rutin harian dia. Pergi pagi balik nya pula pada malam hari. Cukup bagus dah ni sebab dia balik juga ke rumah, ada masanya dia lebih memilih untuk tidur di pejabat.

Lagipun untuk apa dia berkejar kejar untuk pulang ke rumah. Siapa je yang menunggu kepulangan dia? Tiada siapa. Selama setahun ini dia kekal sendiri. Tanpa isteri. Tanpa cinta hati. Tanpa Hani Antasya.

Selepas pemergian Hani, Hilman memilih untuk tinggal sendiri. Meskipun dia merasmikan rumah itu sendiri tanpa Hani itu lebih baik dari dia terus duduk bersama orang tuanya.

Dia ingin bersendiri.

Punat remote pagar automatik dia tekan dan pagar mula tertutup sendiri. Dia berjalan longlai ke arah pintu rumah yang masih bergelap.

Lampu ruang tamu Hilman tekan pada plug di tepi dinding. Cahaya nya mula memenuhi ruang tamu. Sesekali matanya melingas pada frame gambar yang tergantung elok pada dinding berhadapan televisyen.

Memandang lama pada gambar perkahwinan mereka. Hani yang tersenyum manis di sebelahnya. Berbaju kurung putih, baju pernikahan mereka.

"Apa khabar kau sekarang Hani? Tak rindu ke kau pada aku?"

Hilman mengeluh lelah. Lelah dengan rindu yang sarat. Ingatkan bila dah kahwin rasa yang membelenggu selama ini mampu dia kawal. Rupanya tidak. Rindu itu makin lama makin melaut. Cinta dia pada Hani makin memenuhi ruang hati.

Ikutkan hati memang dia dah meluru ke Scotland sana, paksa Hani ikut dia balik semula ke Malaysia. Tetapi dia lelaki yang beradab. Walau dia tahu kuasa yang ada padanya tidak salah, namun dia masih insan yang masih boleh bersabar.

Jika itu yang Hani pilih maka dia akan ikutkan sahaja. Dia nak tengok selama mana Hani ingin pergi dari nya.

Dia yakin Hani akan kembali padanya semula.

Handphone di dalam poket terasa bergetar. Hilman seluk tangan ke dalam poket. Memandang pada skrin handphone yang menyala. Keluhan sekali lagi terlepas dari mulutnya.

'Atuk'

Dia biarkan sahaja. Terasa berat tangannya ingin menekan butang hijau. Setahun ini itu lah kerjanya. Mengendahkan setiap panggilan dari atuk. Bahkan dia juga sudah lama tidak pulang ke kampung. Hati dia sakit. Jiwa dia pedih.

Kehilangan isteri angkara kepentingan diri atuk sendiri memang kejam sekali baginya.

Dia bukan memilih untuk jadi derhaka. Tetapi bagi nya ada baiknya dia berdiam diri, jauh dari semua orang macam ni. Sekurang kurangnya atuk dan yang lain tak akan terluka sangat dengan kata kata dia.

Hilman juga manusia biasa. Bila nafsu amarah merajai diri, dia sendiri tidak tahu apa yang akan dia katakan pada atuk nanti. Bukankah kata kata itu umpama belati tajam yang menghiris tanpa sedar?

Jadi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Sepanjang pemergian Hani dia seakan akan memutuskan hubungan dengan mereka semua.

Biar lah mereka kata dia anak punggut yang tak kenang budi sekalipun. Dia rela telan segala tohmahan itu semua.

Hilman pejam mata dia. Kepala di bawa bersandar dengan selesa kepada belakang sofa.

"Hilman! Turun bawah!"

Kedengaran bunyi nama dia di panggil kuat dari tingkat bawah. Entah siapa yang melalak lalak kuat macam tu. Nak kata mama, mana mungkin mama berperangai macam tu. Setahu dia mama sangat beradad orangnya. Lemah lembut dan sopan santun.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now