Berpeluh peluh Hani melangkah ke arah jalan utama yang menghadap sawah padi. Padahal bukannya jauh pun, tak sampai 5 minit jarak dari rumah ke situ.
Tapi dek benggang yang melampau, peluh dia pun turut mengalir sama. Mencurah curah boleh buat tadah dengan baldi. Haa.. Baldi mana baldi. Hani langkah luas luas. Cara berjalan pun dah rupa berlari dah. Laju kemain. Itu semua di sebabkan geram yang melampau lampau.
Dia buat pekak dan buta sahaja bila ada tetamu yang datang menegurnya di sepanjang jalan itu. Otak dan hati dia sarat dengan rasa marah dengan makhluk makhluk kat kenduri tadi. Kisah apa dia kalau ada orang pandang dia pelik semacam. Hani tengah berangin ni.
Handphone di dalam poket bergetar kuat. Hani biarkan saja. Malas melayan. Kejap lagi dengan phone tu jugak dia buat tendangan jurus sakti ke dalam parit depan.
Kaki masih lagi melangkah setapak demi setapak. Dia tak tahu pun mahu kemana sebenarnya, hanya mengikut kata hati. Kalau boleh sampai balik KL semula dia lagi suka. Baik dia duduk sesorang kat sana lagi bagus.
Sretttttttt!!!
Bunyi motor di brek kuat kedengaran di belakang dia. Hani buat pekak. Tak mahu memandang langsung ke arah belakang. Jika budak nakal yang kacau tahulah dia smack down nanti.
"Hani, kau nak kemana?"
Hilman menyapanya lembut. Dia tahu Hani masih marah. Maka eloklah dia mengalah saja. Motor dia pandu perlahan di sebelah Hani. Sisi sebelah muka Hani dia pandang lama.
Muka si gadis mencuka cuka masam.
"Hani, jangan macam ni. Malu lah kalau orang tengok. Nanti apa kata mama dengan papa."
Hilman cuba memujuk dengan lembut. Dia tersilap membuat perhitungan. Orang yang tengah panas jangan di tambah rasa panasnya. Kaulah bodoh Hilman. Ikutkan sangat rasa cemburu.
"Hani, jomlah naik motor sama dengan aku. Panas ni jalan kaki. Nanti melecet tapak kaki kau. Pedih tau. Meh aku bawak kau jalan jalan pusing kampung."
Masih cuba memujuk lagi. Muka dia maniskan semanisnya. Bahu Hani dia cuit dengan hujung jari telunjuk.
"Apa?"
Hani menjerit geram. Dia berhenti berjalan. Berpusing menghadap Hilman. Hilman berhentikan motor. Mata dia kedip kedipkan comel. Memancing Hani. Eh. Memujuk Hani.
"Jomlah aku bawa kau jalan jalan. Jom naik motor sama dengan aku. Tak nak lah kau jalan kaki macam ni. Panas ni. Nanti kau sunburn. Nanti tak cantik."
"Oo kau nak cakap aku tak cantiklah kan sebenarnya?"
Hani cekak pinggang. Makin bertambah tambah rasa kegeraman dalam hati dia. Jangan sampai Hilman makan penampar sulung dia sudah. Itu pun kalau sepatah lagi dia cakap benda yang boleh menaikkan darah dia.
" Eh.. Tak lah. Aku cuma cakap nanti kau sunburn nanti tak cantiklah. Bukan kau tak cantik. Kau tu always cantik di mata aku. Up to toe."
Hilman kenyit mata. Tersenyum manis kepada Hani. Padahal dalam hati kemain gugup. Takut dia salah cakap dan Hani naik angin lagi. Mau Hani debusss dia ke dalam parit tepi ni.
" Hani.. Jomlah... Panas ni.."
Hilman tepuk tempat duduk belakangnya. Motor ni Sempat dia sebat motor atuk sebelum mengejar langkah Hani ke arah jalan. Terbuntang mata paksu dia bila Hilman merampas motor darinya.
Itu pun siap di pesan macam macam di suruh belinya. Ais batu lah apa lah. Harap aku tak lupa nanti. Hilman senyum kecil.
Hani cebik bibir. Menyampah dengan kata kata pujuk rayu mamat tu. Ikutkan rasa keras hati dia ni, memang dia tak layan dah. Tapi ada betulnya juga kata mamat ni. Berjalan di tengah panas macam ni dah buatkan badan dia berpeluh lencun. Dia letih.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...