Bab 17

32 1 0
                                    

          Adilah baru sahaja selesai dengan kerjanya. Dia mencari Izz untuk memberi keterangan yang lebih lanjut berkenaan dengan kemasukkan perabot pada esok hari. Langkahnya terhenti saat melihat Izz sedang termenung diluar rumah. Tangannya memegang telefon bimbit dan matanya pula merenung lama skrin telefon itu. Adilah perlahan-lahan mendekati Izz. Matanya memandang skrin telefon Izz. Kelihatan gambar Izz bersama Naura yang ditenung lama oleh Izz.

        "Masih tak boleh lupakan hal lama?" tanya Adilah.

       "Hmm...rasa kesal tak pernah padam dari hari saya lafazkan cerai."

       "Kita tak pernah boleh kembali ke masa lampau. Nak ubah pun tak boleh. Tapi, awak tahu apa yang boleh diubah?"

       Izz diam tapi matanya memandang Adilah seolah-olah menantikan jawapan.

      "Masa depan. Masa depan tu kita boleh ubah dengan tindakan kita hari ini. Saya bukan suruh awak pegi kahwin lain sekarang ke apa tapi cuba perbaiki hidup awak. Kalau dulu, seorang pemarah cuba untuk bersabar. Kalau dulu suka menyakiti cuba untuk belajar menghargai."

     Izz terdiam. Apa yang dikatakan oleh Adilah agak pedas tapi ada kebenarannya.

   "Saya memang jenis yang cakap lepas maaflah kalau awak terasa." kata Adilah.

   "Tak mengapa sebab ada betulnya. Saya sebenarnya memang nak Naura yang ambil alih tugas ni sebab nak rapat balik dengan dia. Tapi, hatinya keras untuk balik pada saya. Tengok sajalah, siap awak pula yang buat kerja ni. Nak buat macam mana saya tahu saya punca dia berubah hati."

     "Tak mengapa. Bunga bukan sekuntum kan. Tapi, saya bukan bunga yang patut awak petik ya. Okaylah, saya nak cakap esok kita akan masukkan perabot macam yang kita dah bincang sebelum ni. Dalam pukul 10 pagi macam tu lori sampai."

      Izz hanya mengangguk sambil tersenyum. Adilah terus meminta diri. Izz hanya memerhati Adilah yang berjalan keluar dari rumahnya. Dia tersenyum sendiri. Satu kekesalan yang masih terasa adalah kerana meninggalkan gadis sebaik Naura Afifah. Kesilapannya juga, tak pernah menilai yang mana permata dan kaca. Dia kemudian masuk ke dalam rumah untuk melihat-lihat hasil yang sudah separuh siap.

...

           Adilah dan Naura masing-masing diam tanpa sebarang kata. Masing-masing sibuk memikirkan hal masing-masing. Naura yang masih terfikirkan keikhlasan hatinya pada Amar manakala Adilah sibuk memikirkan rasa kasihannya pada Izz. Naura kemudian memandang Adilah. Dahinya berkerut saat merenung sahabatnya itu.

          "Kau suka bekas suami aku?" tanya Naura tiba-tiba.

         "Huh? Dah kenapa kau ni?"

          "Iyalah, termenung saja. Biasanya orang angau saja macam ni."

         "Ish, bukanlah. Aku kesian tengok dia. Nampak betul dia menyesal sebab tinggalkan kau."

        "Kau nak aku balik pada dia?"

         "Bukan macam tu. Cuma kesianlah, dia terlambat. Cuba dari awal sedar, mesti kau happy saja dengan dia kan?"

         Naura terdiam. Betullah kata Adilah. Kalau dari awal, Izz cepat-cepat sedar perbaiki semuanya mungkin hatinya tidak sesakit ini dan mungkin mereka masih bahagia dengan perkahwinan yang telah sekian lama dibina itu. Naura mengeluh seketika. Adilah yang melihat keadaan itu terus serba salah. Mana tidaknya, dia yang tiba-tiba nak kasihan pula dengan Izz sedangkan macamlah tiada waktu lain dia nak termenung dan memikirkan hal Izz itu.

         "Sorry, tak sengaja. Aku tak paksa pun kau balik dengan dia. Itu semua keputusan kau bukan aku. Aku takkan nak atur hidup kau pula."

         "Faham. Nak buat macam mana aku ada kawan yang jenis tak jaga hati kawan macam kau. Terima sahajalah."

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now