Bab 25

40 1 0
                                    

      Sebulan berlalu, Naura langsung tidak menerima khabar dari Amar. Mahu telefon takut tidak dilayan. Makanya, Naura memilih untuk menunggu. Menunggu hingga Amar kembali atau mungkin juga menunggu hingga hatinya dapat melupakan dua lelaki yang telah menganggu hidupnya itu. Tapi, mana mungkin. Izz sendiri tidak habis-habis cuba mendekatkan diri dengannya. Amar pula masih bermain-main difikirannya walaupun ditinggal tanpa sebarang khabar berita.

      Telefonnya direnung lama. Hatinya masih berharap agar nama Amar akan tertera pada skrin. Tapi, sudah 15 minit berlalu masih tiada apa yang berlaku. Satu notifikasi dari Amar langsung tidak muncul. Memang Amar mahu memutuskan hubungannya kah? Dia mengeluh lemah. Kenapalah dirinya tak pernah bernasib baik bila berhadapan dengan cinta? Penat bila diperlakukan begini. Kadang hatinya terdetik, masihkah ada cinta untuknya?

      "Termenung apa tu?" tanya Puan Mariam yang tiba-tiba menjenguk ke biliknya.

     "Tak ada apa mak. Ada apa-apa ke mak?"

     "Mak datang ni nak cakap, Izz ada di luar tu. Dia tunggu kamu. Mak ajak masuk dia beria menolak."

    "Orang penatlah mak. Baru nak menikmati cuti dah dikacau. Mak sajalah yang pergi."

    "Eh, apa kamu ni. Pergilah. Orang dah menunggu. Kesian dia."

     Naura akhirnya mengalah. Dalam hatinya, penuh dengan keterpaksaan. Sungguh dia malas untuk berjumpa dengan sesiapa. Sudahlah hari ini hari cuti. Takkanlah mahu dirosakkan dengan permainan hati yang tak pernah jumpa pengakhirannya lagi ini? Dia sekadar menyarungkan kardigan dan tudung sarung. Naura terus keluar dari biliknya.

      "Eh, pakai macam ni saja? Kalau dia ajak keluar, nanti kena tukar baju pula." tanya Puan Mariam.

      "Haah. Naura nak tolak pelawaan dia. Hari ini hari cuti jadi kita kena cuti."

       Puan Mariam hanya menggelengkan kepala melihat keletah anaknya itu. Naura terus keluar dari rumah.

       "Saya tak nak keluar hari ni. Hari ini hari cuti saya nak rehat." kata Naura sejurus berada di hadapan Izz.

     "Okay. Saya pun bukan nak ajak keluar. Saya cuma nak bagi ini." Izz menghulurkan satu kotak bersaiz sederhana.

      "Apa ni?" Naura yang malu terus mengawal emosinya agar tidak kelihatan.

     "Brownies. Awak suka kan. Ambillah. Mak pun suka kan dengan brownies ni."

     "Terima kasih. Okaylah. Bye. Nak masuk rumah rehat."

      Izz hanya tersenyum dan mengangguk. Dia tahu Naura malu. Dia juga tidak sangka Naura beranggapan yang dia mahu mengajaknya keluar. Kemudian, Izz masuk ke dalam kereta dan terus beredar. Sejujurnya, memang itu sahaja niatnya. Dia memang mahu memberikan brownies itu kepada Naura memandangkan Naura sangat suka akan makanan itu. Keretanya kemudian dipandu untuk menuju ke pusat beli belah.



......



         Adilah berjalan seorang diri. Kali ini, memang dia mahu keluar sendiri kerana dia tahu Naura lebih gemar berehat ketika hari cuti. Dia kemudian memasuki sebuah kedai buku. Dia sebenarnya tiada sebarang target untuk genre buku yang dimahunya. Dia cuma mahu beli sahaja mana-mana buku yang dirasakan menarik. Kemudian , satu buku bertajuk 'You're loved' karya Mizi Wahid menarik perhatiannya. Adilah sememangnya seorang yang suka akan buku-buku motivasi.

        "Best tak buku ni?" Izz tiba-tiba muncul dan bertanya.

         Adilah terus menoleh ke kiri dan kanan bagi memastikan Izz benar-benar sedang bercakap dengannya. Izz masih berdiri dan menantikan jawapan dari Adilah.

       "Saya belum pernah baca lagi buku ni."

        "Ouhh..eh, boleh pun jawab baik-baik rupanya. Selalunya mesti garang  je memanjang. "

       "Awak bukan kenal saya pun."

      "Awak nak apa ya? Awak ikut saya eh?" kata Izz sambil mengajuk perbuatan Adilah.

       Adilah ketawa kecil.

       Izz kemudian turut tertawa. Kemudian, masing-masing terdiam. Izz memandang Adilah. Entah kenapa wanita di hadapannya ini sangat menarik perhatiannya. Baginya, Adilah ada sesuatu yang unik. Sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

      Adilah turut merenung Izz. Tanpa sedar, hatinya telah lembut terhadap Izz. Dia mengaku memang sebelum ini dia agak kasar kerana tidak mahu terlampau dekat dengan Izz. Baginya, Izz bukan lelaki yang baik terutama selepas apa yang jadi. 

       "Hmm...nak beli tak?" tanya Adilah.

      "Entah. Awak? Berminat?"

       Adilah tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian mengambil sebuah buku tersebut dan berjalan menuju ke kaunter. Izz juga turut mengambil buku tersebut dan mengekori Adilah dari belakang. Terkejut Adilah apabila melihat lelaki tinggi lampai itu berada dibelakangnya. Belum sempat dia bersuara Izz sudah menunjukkan buku yang diambilnya dari rak yang sama tadi. Terus Adilah terdiam dan kembali berjalan ke kaunter.

       Setelah membuat pembayaran, Adilah terus keluar tanpa menoleh lagi. Sangkanya, Izz sudah tiada. Dia terus berjalan mencari-cari restoran yang menarik untuk menikmati makan tengah hari pula.

        "Jom makan disana tu nak? Ada korean food. Saya dah lama teringin makan korean food."

        Terkejut Adilah saat ditegur secara tiba-tiba begitu. 

      "Kita dating ke apa?" tanya Adilah.

      "Hmm..awak yang tentukanlah kita tengah buat apa. "

      "Okay,kita cuma berkawan dan tanpa secara terjumpa. Jadi, kita dah nak ucapkan selamat tinggal dan buat hal masing-masing."

      "Okay, menarik. Tapi, sebelum kita ucapkan selamat tinggal dan buat hal masing-masing, jom kita makan dulu."

    Izz terus menarik beg silang yang berada pada bahu Adilah. Nak tak nak, dia terpaksa mengikuti Izz.  Izz tersenyum sendiri. Mereka akhirnya bersama-sama masuk ke sebuah restoran makanan korea yang berada di dalam pusat beli belah tersebut. 

     "Nah." Izz cuba menyuap makananya kepada Adilah selepas makanan yang dipesan mereka telah sampai.

     "Kita adalah kawan yang bersama bukan dating." kata Adilah sambil merenung tajam.

    "Okay, nah." Izz cuba mendekatkan pinggannya dengan pinggan Adilah.

   "Kenapa saya kena rasa makanan awak pula?"

    "Sebab saya nak rasa awak punya." Izz terus mengambil sesudu black bean noodles yang berada pinggan Adilah.

    "Apa masalah awak?" tanya Adilah.

   "Tak ada apa masalah pun. Biar saya tanya soalan yang sama pula. Apa masalah awak sebenarnya?"

    Adilah terdiam.

   "Okay, saya tahu saya pernah buat silap. Tapi, itu dulu. Saya cuba berubah dan sy harap awak cuba bagi peluang. Naura pun bagi peluang untuk saya buktikkan yang saya dah berubah. Kenapa awak tidak?"

   "Sebab saya rasa awak takkan berubah."

  "Mana awak tahu? Listen, saya cuba sedaya upaya untuk berubah, Adilah. Saya tahu silap saya layan Naura macam tu. Tapi, saya takkan ulang perkara yang sama dengan perempuan lain. Saya suka awak."

   "Wow...cepat betul tukar macam tukar baju. Dari Naura ke Syikin kemudian saya? Semua orang  boleh cakap apa yang awak cakap. Hmm..saya rasa cukuplah ya. Saya tak nak jumpa awak atau terjumpa awak lagi."

    Adilah terus bangun dan meninggalkan Izz dan cepat-cepat membuat pembayaran untuk makanannya tadi. Izz terdiam. Rasa kesal meyelubungi dirinya. Entah apa lagi yang harus dilakukan bagi membuktikkan rasanya pada Adilah. Memang dia tahu ini terlalu cepat tapi dia cuma mahu Adilah memberi peluang kepadanya untuk sekurang-sekurangnya berkawan.Dia mengeluh. Teruk sangatkah dia sampai tak layak untuk diberikan peluang kedua?





Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now