Bab 32

33 1 2
                                    

          Pagi itu, Adilah masuk ke pejabat sendirian kerana Naura masih belum sampai. Dia berjalan menuju ke kubikelnya. Namun, langkahnya terhenti di meja Naura. Bunga lagi? Bunga yang sama cuma ucapan yang berbeza. Adilah membelek kad ucapan tersebut. Tiada nama juga. Betulkah Izz yang berikan pada Naura? Semalam, lelaki itu ada menelefonnya tapi seperti biasa Adilah tidak menjawabnya. Mana mungkin dia mahu jawab. Kalau tak jual mahal dan ego bukan Adilah lah jawabnya.

       "Bunga lagi?" tanya Naura yang baru sampai.

      "Untuk kau. Aku datang-datang tengok dah ada."

      "Apa pula yang ditulis kali ni?"

       "Baca sendiri."

        Adilah meletakkan bunga itu kembali ke tempat asal dan terus menuju ke tempatnya. Naura hanya memandang dengan penuh kehairanan. Haish..Izz belum terangkan hal sebenar ke? Naura kemudian mengambil bunga itu dan membuka kad yang terselit.

        'Hope to see your smile again.'

         Naura mengeluh. Siapa pula yang berikan? Semalam bahasa melayu hari ini bahasa inggeris esok bahasa apa pula? Ada-ada sahaja. Lama dia membelek kad tersebut dan mula perasan akan sesuatu yang aneh. Di hujung kad ada tertulis angka 2. Terus dia mengambil kad yang diterimanya semalam dari dalam beg. Di hujung kad semalam tertulis angka 3. Countdown apa pula ni? Nak kata hari lahirnya, lambat lagi. Fikirannya mula merapu. 

        "Weh, aku ada sesuatu nak bagitahu ni." Naura tiba-tiba muncul di kubikel Adilah.

       "Kau ni dah kenapa?"

      "Tengok hujung kad ni. Ada nombor. Kau rasa apa maksud nombor-nombor ni?"

       Adilah mengambil kad dihulurkan Naura. Dia membelek satu persatu kad tersebut. Lama juga mereka diam kerana cuba memikirkan maksud angka yang telah tertera pada kad tersebut.

       "Aku rasa bunga yang kau dapat salah tempatlah." Adilah tiba-tiba bersuara.

      "Huh?"

      "Lagi 3 hari birthday Kak Shida. Aku rasa suami dia letak kat tempat yang salah. Tempat Kak Shida kan kat sebelah kau."

      "Tapi, kan ini untuk aku. Aku suka bunga daisy kan."

     "Eh, macamlah di dunia ni hanya kau yang suka daisy. Lagipun, tak ada specifically nama kau pun pada kad tu kan? Cuba tanya Kak Shida tu."

      Naura agak teragak untuk bertanya. Adilah terus bangun dan berjalan ke tempat Kak Shida.

      "Kak, Dilah nak tanya sesuatu." kata Adilah selamba.

      "Ada apa? Kalau nak ajak bergosip akak tak ada masa. Akak ada kerja kejap lagi."

      "Tak. Dilah nak tanya akak suka bunga daisy?"

      "Kamu dah kenapa? akak tak suka bunga-bunga ni. Suami akak kalau nak bagi hadiah tak adanya nak bagi bunga-bunga bagai. Dia tahu dah akak memang kurang bab-bab bunga."

      "Ouh...macam tu. Tak jadilah nak bagi bunga untuk birthday akak ya. Saya pergi dulu."

       Adilah terus berlari semula ke arah Naura. 

      "Apa jadi?" tanya Naura.

     "Okay tekaan aku salah. Kak Shida tak suka bunga."

      "Habis tu siapa bagi?"

      "Entahlah. Eh, aku ada kerja lah. Hish..sebab kau aku lambat pula." 

       Adilah terus mengemas barangnya dan terus keluar. Naura sendirian dibiarkan kebingungan. Baru nak berfikir bersama sahabatnya itu. Ada kerja pula. Eh, macamlah diri sendiri tak ada kerja. Naura terus tergesa-gesa menuju ke kubikelnya. 

......

         Malam itu, Naura berjumpa dengan Izz. Dia betul-betul mahukan penjelasan biarpun sudah berkali Izz memberikan penjelasan. Apa lagi yang tidak jelas, Izz pun tak mengerti. Sudah berkali dia menegaskan bahawa dia tidak menghantar bunga-bunga itu. Mana mungkin dia mahu menghantarnya jika hatinya sudah terpaut pada yang lain.

        "Betul ke bukan awak yang hantar ni?" tanya Naura sambil merenung Izz.

      "Berapa ratus kali nak saya tegaskan yang saya tak hantar bunga-bunga tu."

      "Habis tu siapa?"

      "Eh, tanya orang pula. Mana orang tahu. Awak nak report polis ?"

     "Tak payahlah bukannya ada apa-apa pun cuma peliklah setiap hari dapat bunga."

    "Untung ya hari-hari dapat bunga."

     "Hmm...tak adalah untung mana pun. Lagi satu, setiap hujung kad ad nombor tau mcm countdown."

    "Macam nilah, kalau ada apa-apa just call me okay. Saya akan tolong awak."

     "Bila nak bagi Adilah bunga juga? Kesian dia asyik ingat awak yang bagi bunga tu."

     "Haa..ni lagi satu, kenapa awak tak bagitahu yang bukan saya. Kenapa diam saja? Tahu tak bayang saya pun dia tak nak tengok." Marah Izz.

      Mana tidaknya, sudah berkali dia cuba memujuk Adilah tapi tak dilayan. Geram pula dia bila Naura hanya berdiam diri. Patutnya tolonglah. Naura hanya tersengih.

      "Sorrylah. Boleh pula bila jumpa dia saja terus lupa."

      Izz hanya menjeling. Geram pula melihat Naura tersengih begitu. Sukalah tengok orang terseksa. Sudahlah mahu dapatkan Adilah tu susah. Makin mencabar pula sekarang. Izz kemudian terpandang satu sosok. Adilah! Haa..sudah masalah apa pula kali ini. Naura turut menoleh saat melihat reaksi wajah Izz yang aneh.

      "Eh, sini-sini!" jerit Naura bila melihat Adilah berdiri dihadapan restoran.

     "Saya ajak dia sekali. Haa..siapa kata saya tak tolong? Jalankan tugas anda pula ya." usik Naura sambil tersengih lagi.

       Adilah mula terasa kekok. Entah kenapa dia setuju untuk berjumpa Naura malam itu. Sudahlah ditipu. Katanya hanya mereka berdua. Tiba-tiba, ada pula Izz. Hish...sudah berhari-hari dia cuba mengelak dari Izz. Malulah begini.

     "Sinilah duduk sini. Jangan berdiri je." kata Naura saat melihat Adilah hanya berdiri di hadapan meja mereka.

      Izz tersenyum ke arah Adilah.

    "Hei, jangan jual mahal." tegur Naura lagi.

    "Kau ni kenapa? Selalunya yang annoying tu aku. Sejak bila kau ikut annoying ni." Bisik Adilah.

    Naura hanya mengangkat bahunya.

    "Sihat?" tanya Izz tiba-tiba.

    Adilah hanya mengangguk.

   "Nak minum apa? Makan pun boleh. Saya belanja." kata Izz lagi selepas memanggil pelayan untuk mengambil pesanan untuk Adilah.

    "Sebenarnya, aku panggil kau kesini sebab nak cakap yang Izz bukan orang yang bagi bunga-bunga itu. Dia suka kau je. Kami dah tak ada kena mengena."

      "Okay, baliklah."

      Izz dan Naura saling berpandangan.

     "Kau dah cerita hal sebenar silalah balik. Aku nak makan" kata Adilah selamba.

    "Kau halau aku?"

    "Haa..baliklah. Jangan kacau daun." Izz pula bersuara kali ini.

    "Eh apakah semua ini?" Naura terus bangun dengan hati yang sedih selepas dihalau oleh Izz dan Adilah.

     Izz dan Adilah saling berpandangan. Izz tersenyum. Dia juga tidak menyangka wanita itu akan menghalau Naura begitu sahaja. Sangkanya, mereka akan makan malam bersama-sama. Tapi, seronok juga kalau makan berdua pun. Senyumannya makin lebar.

     "Apa senyum-senyum. Awak hutang saya banyak benda."

      Izz tersenyum lagi. Apa-apa pun sangguplah dia lakukan. Ini peluangnya untuk dapatkan cinta mana mungkin mahu menolak. Lagipun, Adilah wanita yang unik baginya. Takkanlah nak sia-sia kan begitu sahaja.

    

     

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now