Amar termenung sendiri. Sejak akhir-akhir ini, dia terlampau sibuk hingga tidak sempat berjumpa dengan Naura. Dia cuma sempat menghantar nota dan jambangan bunga itu sahaja. Rasa kesal ada terlintas di hati. Telefonnya pula dicuri beberapa hari lepas. Nombor telefon Naura tidak dapat diperolehi semula. Jadi, secara tiba-tiba dia terputus hubungan dengan Naura. Mungkin ini petanda bahawa dia tiada jodoh dengan Naura.
"Mak suka betul rumah tu. Kenapa kita tak duduk sana saja?" Kata Puan Fadzila.
"Kan mak juga yang beria nak balik. Lagipun, abang ada urusan sikit di resort tu. Ada masalah sikit tentang renovation di resort tu." balas Amar.
"Busy betul kamu ya. Yalah, mak faham."
"Mak jangan risaulah lagi sebulan kita balik semula ke sana dan mungkin duduk sana lebih lama."
Puan Fadzila hanya mengangguk dan tersenyum. Dia suka betul dengan rumah baru yang dibeli Amar itu. Hiasannya juga sangat cantik. Malangnya, baru dia hendak duduk lebih lama di rumah sudah kena pulang pula. Amar turut tersenyum. Lega bila ibunya itu juga suka akan rumah itu. Nanti, bolehlah mereka duduk disana setiap kali ke Kuala Lumpur. Amar kemudian, merenung telefon barunya itu. Kalau orang lain, pasti seronok dapat telefon lain tapi lain pula dengannya. Dia rasa kesal bila kebanyakkan nombor hilang terutama nombor Naura. Naura pula, tidak menelefonnya. Lagilah susah dia mahu mendapatkannya semula.
Tangannya memegang nota terakhir yang diselitkan Naura sebelum keluar dari rumahnya. Ucapan selamat tinggal itu bermaksud Naura akan meninggalkannya buat selamanya kah? Dia kemudian mengeluh lemah. Takkanlah mereka berpisah begitu sahaja? Sedangkan dia dan Siti pun ada proper goodbye takkan dengan Naura hanya berakhir dengan sekeping surat dan dibalas dengan nota kecil sahaja. Tidak adil begitu baginya.
.....
Naura seorang diri membeli barang dapur memandangkan dia baru pulang dari pejabat. Kepalanya tidak dapat fokus kerana masih memikirkan Amar. Mahu sahaja dia minta cuti dan pergi mencari Amar tapi nanti digelar tidak profesional kerana meninggalkan tugas atas sebab peribadi. Tiba-tiba, troli yang ditolaknya terlanggar seseorang dihadapannya.
"Maaf. Saya tak sengaja." kata Naura.
"Tak mengapa. Awak okay tak Naura?" tanya Izz.Izz
Naura terkejut melihat Izz dihadapannya.
"Awak okay tak ni? "
Izz cuba mendekatkan tangannya ke dahi Naura tapi Naura cepat-cepat mengelak. Terus Izz tersedar yang dan Naura bukan suami isteri yang boleh berpegang-pegangan sesuka hati. Izz kemudian hanya tersenyum.
"Okay je. Beli barang kat sini juga ya?"
"Haah. Rindu kenangan lama sebab tu rajin datang sini."
Naura rasa sedikit kekok bila kenangan lama asyik diungkit.
"Awak nak beli apa lagi tu?" Izz cuba menukar topik lepas perasan perubahan pada riak wajah Naura.
"Saya nak beli ayam. Mak cakap nak masak ayam masak lemak."
"Ouh...kalau macam tu nak pergi sana lah kan. Jom, saya teman."
"Eh, apa pula betullah disini. Saya selalu pergi pasar raya ni. Di sinilah tempat ayam dan ikan."
"Tapi, ni tempat kicap dan sos. Awak pilih ayam disini? Ke awak stok ayam? Atau maksud awak sos perapan ayam? Tapi, awak nak buat ayam masak lemak. Nah, stok ayam mungkin maksud awak." Izz menghulurkan sekotak kecil stok ayam pada Naura.
Naura memandang sekelilingnya. Hanya deretan botol-botol sos dan kicap yang berada disitu. Dia mula terasa malu. Rasanya tadi, kakinya sudah melangkah ke arah yang betul. Kenapa pula boleh sesat ke sini? Izz hanya memandang Naura. Dahinya sedikit berkerut. Tangannya masih memegang stok ayam . Naura kemudian perlahan-lahan tangannya mengambil stok ayam itu.
"Haah..betullah nak stok ayam bukan ayam. Sorry, saya penat sikit." Naura cuba menutup malu.
Izz ketawa kecil.
"Faham. Awak memang kalau penat je mulalah mengarut semacam. Mujur saya ada. Nanti tiba-tiba mak pesan beli barang lain tapi barang lain pula awak beli. Jomlah."
"Huh? Kemana pula?"
"Beli ayam lah. Saya tak nampak seekor ayam pun dalam troli tu. Jom kita pergi sama-sama."
Naura hanya mengikuti sahaja. Yalah, nanti kalau ikut sesuka hati nanti lain pula dibelinya. Izz hanya tersenyum.
"Okay. Nampaknya, macam semua dah belikan?" tanya Izz sambil memeriksa troli Naura.
"Dah. Semua dah ada. Awak punya?"
"Saya bukan mengarut macam awak. Semua yang saya perlukan semua dah ada. Dah, jom bayar."
Naura hanya mengangguk. Izz membayar semua barang dapur kepunyaannya dan Naura. Biarpun berkali ditolak, Izz tetap berkeras membuatkan Naura akhirnya mengalah. Kemudian, Izz menemani Naura hingga ke parkir kereta.
"Terima kasih. Awak dah tolong bayar barang dapur saya. Lepas tu, susah-susah teman sampai ke kereta."
"Tak ada apalah.Balik ni rehatlah. Biar kepala tak serabut sangat. Kirim salam pada mak ya. "
Naura hanya mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta. Nak tergelak pun ada dengan diri sendiri atas insiden tadi. Nampak sangat dia susah nak fokus. Kenapalah fokusnya terganggu hanya kerana lelaki. Dulu, dia tidak dapat fokus akibat Izz. Sekarang, disebabkan Amar, ayam dan stok ayam pun tak dapat beza. Apalah yang akan berlaku pula selepas ini. Jangan jalan balik rumah pun dah lupa sudahlah. Naura menggelengkan kepala dan terus memulakan pemanduan ke rumahnya.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...