Siti masuk ke dalam pejabat. Hari ini dia sedikit letih, maklumlah semalam bukan main rajin dia membantu Puan Fadzila buat pelbagai kerja. Mana tidak penatnya. Langkahnya terhenti di hadapan mejanya saat melihat Zarif sudah menunggunya. Dia mengeluh. Apa lagi lelaki ini mahu? Bukan sudah berkali ditolak ke? Tak penat ke merayu?
"Nak apa?" tanya Siti endah tak endah.
"Semalam saya ke rumah awak tapi awak tak ada. Awak pergi mana?"
"Apa kena mengena dengan kau?" Siti membalas dengan kasar . Wajah Zarif langsung tidak dipandang.
"Saya datang nak berbincang."
"Ini waktu pejabat."
"Habis tu, bila saya ke rumah awak tak ada pun. Pergi clubbing lagi?"
"Apa masalah kau ni? Jangan sibuk urusan orang ya. Dahlah, pergi buat kerja sebelum aku jerit. Nanti, semua orang tahu perangai kau tu."
Zarif mengeluh dan bangun dari kerusi. Dia berjalan menuju ke mejanya tapi dia menoleh semula.
"Saya menyesal kenal awak. Saya bodoh sebab ikut awak malam tu. Terima kasihlah untuk semua ni."
Zarif berlalu pergi. Siti hanya menjeling. Macamlah dia kesah. Selama ini, Zarif hanya tempat untuk dia mengalihkan perhatian dari Amar saja. Ternyata, sesiapa pun tak mahu mengalihkan nama Amar dari hatinya. Jadi, lebih baik lepaskan sahaja Zarif. Buang masa saja habiskan masa dengan Zarif. Baginya, lelaki itu tiada nilai. Hanya Amar yang dipandang dan disanjung. Dia terus kembali membuat kerjanya tanpa mempedulikan Zarif.
"Apa dia nak dari you? Gigih betul ya tak give up." Jenny muncul di meja Siti selepas Zarif berlalu pergi.
"Entahlah. Malas nak fikir."
"You ni jenis-jenis bad girl juga eh."
"What do you mean?"
"Dia tu sampai ikut pergi party yang tak pernah dia jejak, lepas tu you senang-senang buang dia. You pun, I ingat tak suka party-party ni tapi you lah antara guest I yang paling gila. I like you."Jenny tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.
"Sebab tu don't judge a book by it's cover. Hati I tak pernah untuk dia pun. Sudahlah, jangan nak sebut tentang semua ni. Banyak lagi kerja I."
Siti kembali mengambil fail yang ada diatas mejanya. Jenny tersenyum lagi. Siapa sangka gadis kampung yang awalnya kelihatan sangat polos kini sudah mula menunjukkan taringnya. Tapi, jujurnya, dia selesa dengan Siti atau kini dia lebih suka memanggil gadis itu dengan nama Liana. Dia berlalu pergi dari meja Siti. Matanya ada juga memandang Zarif yang kelihatan sedikit kusut. Kesian juga tapi itulah bukan haknya untuk masuk campur.
....
Naura berjalan masuk ke pejabat dengan hati yang gembira. Sepatutnya dia ada kerja di luar tapi dia perlu ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu. Hatinya yang berbunga-bunga terus-menerus membuatkan senyumannya tidak lekang. Adilah yang melihat kejadian itu terus mendekati sahabatnya itu.
"Kenapa senyum-senyum ni? Bahagia sangat ya." tegur Adilah.
"Haaa...awal pun datang. Aku ada sesuatu nak cerita ni."
"Cerita apa?! Cepat bagitahu sekarang!" Suara Adilah yang kuat membuatkan rakan sekerja yang lain turut memandang mereka.
"Hish...diamlah. Semua pandang ni. Kau ni potong stim betul."
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...