Naura sedang duduk di ruang tamu sambil menonton drama. Puan Mariam sudah masuk tidur tadi. Padahal, dia juga yang beria ajak Naura menonton televisyen bersama tapi akhirnya, dia pula yang mengantuk. Mata Naura ralit melihat babak yang dirasakan menarik itu. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Nama Amar tertera di skrin.
"Ya, Assalamualaikum, ada apa?" tanya Naura sambil tersenyum.
"Waalaikumussalam. Saja. Seharian tak jumpa awak."
"Hmm..mengada lah tu."
"Mana ada. Hmm...Saya sibuk dua tiga hari ni. Awak okay?"
"Okay. Kenapa pula tak okay? Awak kan kerja. Takkan saya nak minta perhatian 24 jam dari awak pula."
"Tak adalah, selalunya...Hmm..tak ada apalah."
"Selalunya apa? Selalunya, Siti akan marah kalau awak tak ada dengan dia 24 jam? Macam tu?"
"Maaf, bukan nak membandingkan cuma nak bertanya saja. Saya tak naklah awak makan hati."
"Jangan risau, saya okay. Saya bukan Siti. Saya kan Pah."
Amar ketawa. Pah. Nama yang awalnya sangatlah dibenci Naura kini sering pula disebut-sebut sendiri. Mungkin sudah terbiasa. Macam panggilan manja pula.
"Hmm..okaylah, saya nak tidur dulu. Awak jangan tidur lewat pula."
"Ya, saya pun nak tidur kejap lagi. Bye, selamat malam."
"Selamat malam."
Amar mematikan panggilan. Naura tersenyum sendiri. Dia juga tak menyangka dia pula yang menggelarkan dirinya Pah. Sedangkan dulu kemain lagi marah kalau lelaki itu memanggilnya dengan panggilan begitu. Dia menekup wajahnya sendiri bila mula terasa malu dengan diri sendiri. Kemudian, telefonnya berdering lagi. Tanpa melihat nama di skrin dia menjawab.
"Kenapa telefon lagi?"
"Huuu..huuu..."
Bulu romanya mula meremang bila mendengar suara tangisan. Dia terus melihat nama di skrin. Nama Adilah tertera pada skrin tersebut. Dahinya berkerut. Didekatkan lagi telefon pada telinganya. Bunyi tangisan semakin kuat didengarinya.
"Adilah? Kau...kau nangis ke tu?" Naura sedikit takut tapi cuba memberanikan diri.
"N..Nau..Naura!" Adilah menjawab biarpun dalam keadaan tersedu-sedu.
"Haa..betul rupanya. Aku ingat 'benda' lain main telefon kau tadi. Mujur aku tak baca Ayatul Kursi tadi."
Tangisan Adilah semakin kuat. Orang tengah sedih boleh pula sahabatnya itu bergurau. Kurang asam betul. Bukan mahu memujuknya.
"Jangan nangis. Aku tak sengaja gurau pula. Kenapa ni? Okay tak? Izz buat apa pada kau ni?"
Mendengar nama Izz, lagilah dia meraung. Teringat lagi wajah serius lelaki itu. Belum pernah dia melihat lelaki itu begitu. Sangat menakutkan baginya. Naura mula risau bila mendengar Adilah menangis sebegitu rupa. Apa pula yang Izz telah lakukan sampai sahabatnya itu menangis bagai nak gila ni? Bukan kata berubah?
"Kau okay tak? Dia buat apa cuba kau cerita. Esok aku tahulah nak ajar dia macam mana."
Adilah mula bercerita walau masih dalam keadaan teresak-esak. Naura cuba memahami setiap ayat yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu. Maklumlah, bila tengah-tengah menangis lepas itu bercerita siapa saja yang faham. Mujur keadaan Adilah sedikit membaik berbanding awal-awal mereka berbual tadi.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...