Amar mengatur langkah ke lobi hotel. Hari ini banyak pula hal yang berlaku. Matanya kemudian terpaku pada satu sosok yang sedang duduk sofa. Dahinya mula berkerut. Kenapa pula wanita itu datang? Rasanya mereka tidak pula berjanji untuk berjumpa. Wanita itu kemudian berpaling ke arah Amar apabila sedar dia diperhatikan. Bibirnya mengukir senyum.
"Abang, Siti nak jumpa abang kejap ya." kata Siti sambil tersenyum saat Amar berdiri dihadapannya.
"Sekejap saja kan? Ada apa ya? Abang kalau boleh tak nak lama."
"Sekejap saja. Pasal mak..."
"Kenapa dengan mak? Dia sakit? Kenapa dia tak call abang? Mak abang ke mak Siti yang Siti nak cakapkan ni?"
"Pasal mak abanglah. Dia cakap abang nak tunang. Dengan siapa?"
Amar menarik nafas lega. Sangkanya, ibunya sakit tadi. Dia kemudian kembali memandang ke arah Siti yang kelihatan serius.
"Haah. Abang nak tunang mungkin bulan depan atau lebih cepat."
"Kenapa? Dengan siapa?"
"Siti dah pernah jumpa dia."
"Naura? Tapi, kenapa? Kenapa tiba-tiba?"
"Dah jodoh. Lagipun, abang dan dia tak terikat dengan sesiapa."
"Sampai hati abang."
"Sudahlah Siti, kita hanya kenangan. Abang dah pernah cuba bagi ruang untuk Siti dalam hati ni tapi abang tak boleh. Kita teruskan saja hidup kita ya."
Siti menunduk dan diam. Geram bila Amar benar-benar mahukan orang lain untuk berada disisinya.
"Siti, kita masih kawan kan. Haa..lagi satu, nanti bila-bila Siti cuti melawatlah ummi dengan abi Siti yang berada di kampung tu. Tak pun telefon mereka. Kesian mereka tu."
Siti kemudian mendongak dan tersenyum. Dia kemudian merapatkan dirinya kepada Amar. Jarinya mula bermain-main di baju Amar. Cepat-cepat lelaki itu menepis. Semakin dibiarkan semakin menjadi-jadi pula wanita di hadapannya. Wajah Siti masih sama. Tersenyum. Bagai ada berita baik baru didengarinya. Semua mata yang memandang tidak diendahkan tanpa rasa malu.
"Kenapa ni?" tanya Amar.
"Abang ni, sengaja kan nak tunjuk yang konon abang dah move on? Siti tahu."
"Abang dah jelaskan tadi. Bahagian mana yang kurang jelas?"
"Abang, Siti tak kesah kalau abang dah mula rindu Siti. Jangan malu. Okaylah, Siti pergi dulu. Bye." Siti melambai gedik.
Amar memandang gerak geri wanita itu. Di bahagian mana kurang jelas? Sudah terang dia jelaskan bahawa hatinya tidak ada untuk wanita itu. Tiba-tiba, dilabel rindu pula. Dahinya mula bertaut. Jangan makin menjadi-jadi sudahlah. Tahap kesabarannya bukan tinggi mana untuk terus berlembut. Dihujungnya nanti akan meletus juga jika sering dicucuk.
....
Naura mengambil keputusan untuk singgah di hotel milik Amar memandangkan dia juga baru habis menyelesaikan tugasnya di sekitar kawasan yang sama. Langkahnya diatur ke sofa yang berada di lobi. Terus dia menghantar pesanan ringkas kepada Amar untuk memberitahu lelaki itu tentang kehadirannya.
"Eh, cik tunggu Encik Amar ya?" tegur salah seorang staff.
"Haah, saya baru inform dia tadi. Nanti, dia turunlah tu."
"Ouh..okay. Saya sambung kerja dulu ya."
Naura mengangguk.
"Eh, tu siapa pula? Kenapa dia cari bos kita?" tegur salah seorang lagi staff yang bersama staff sebelumnya tadi.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...