Bab 42

28 3 0
                                    

       Amar memberhentikan kereta di hadapan rumah Naura. Mereka yang diam membuatkan Amar tidak senang. Sampai bila pula bergaduh lagi. Penatlah asyik bergaduh. Kata mahu jalani hubungan dengan baik. Dia kemudian memandang Naura yang masih tidak berganjak dari kereta. Naura kelihatan termenung seolah-olah memikirkan sesuatu juga.

      "Awak..."

     "Saya minta maaf." kata Naura sebelum Amar ingin menyampaikan ayat yang sama.

      Naura memandang Amar dengan wajah kesal.

    "Saya tahu awak pun mesti penat. Kita ni asyik gaduh dengan perkara remeh. Saya tak sabar. Asyik melenting saja. So, I'm really sorry."

      Amar tersenyum. Itu sangat tak terjangka. Tak pernah terlintas difikirannya Naura akan beralah. Bukan kerana Naura seorang perempuan tapi kerana Naura selalunya mengambil masa untuk meminta maaf. Naura selalunya ambil masa untuk fikir semula akan masalah yang terjadi sebelum meminta maaf. Tapi, kali ini tak sampai 1 jam perkataan maaf sudah meniti dibibirnya.

     "Awak masih marah?" tanya Naura saat tiada jawapan dari mulut Amar.

    "Mana mungkin saya marah awak, Pah."

     Naura tersenyum. Ya, nama itu bukan nama kegemarannya tapi hanya Amar yang sering mengusiknya begitu. Biasalah, mulanya menyampah lama-lama terbiasa dan kekok pula jika nama itu tidak keluar dari mulut lelaki disebelahnya itu.

     "Ouh ya, saya tengok dapur awak okay saja. Nak tambah apa lagi?" tanya Naura bila teringatkan sesuatu.

    "Huh?" 

    "Dulu, Encik Haris ada cakap, awak nak tambah bahagian dapur sikit. Saya pergi tadi tengok semua okay saja. Bahagian mana ya?" Naura memberikan pandangan sarkastik ke arah Aamr seolah-olah tahu niat Amar ketika itu.

    "Hmm..sebenarnya, saya nak minta no telefon awak masa tu. Saya takutlah kalau Haris bagi kalau saya bagi alasan saya nak ngorat awak tapi rupanya dia masih tak bagi."

    "Encik Haris memang macam tu. Dia jaga pekerja dia. Tapi, awak boleh saja cari dimana-mana kan? Maksud saya, media sosial semua tu?"

   Amar tersengih.

   "Jangan cakap awak tak ada media sosial."

    Amar mengangguk.

   "Dulu ada tapi sekarang saya sibuk mana nak ambil tahu semua tu. Password dia pun saya dah lupa." kata Amar sambil tersengih.

   "Patutlah..."

    "Patutlah apa?"

    "eh, okaylah saya masuk dulu. Tu, mak saya dah berdiri depan pintu tu."

    Naura terus terburu-buru keluar. Amar belum sempat berkata apa. Dia hanya tersenyum. Nampaknya, hubungan mereka semakin membaik. Naura masuk ke rumah. Lega bila rahsianya tidak terbongkar. Sebenarnya, Naura ada cuba menjejaki lelaki di media sosial namun tidak berhasil. Dia hanya menjumpai akaun yang telah lama tidak aktif. Rupanya, Amar sendiri sudah tidak bermain media sosial seperti kebanyakkan masyarakat kini. Naura menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

     "Apa senyum-senyum tu?" tanya Puan Maryam.

     "Ma..mana ada. Hish, mak ni suka muncu tiba-tiba."

     "Apa tiba-tiba pula? Mak dah lama duduk di sini lah. Kamu ni ada-ada saja. Pergilah mandi dulu lepas tu kita gosip ya."

    "Gosip apa pula? Ada apa-apa jadi di kejiranan kita ke?"

    "Bukan pasal jiran. Pasal kamulah. Mesti ada apa-apa jadi sampai tersenyum-senyum berangan ni kan."

     "Mana ada..Mak, ni..Dahlah nak mandi."

      Puan Maryam senyum sendiri. Macamlah dia tidak tahu perangai anaknya itu. Adalah itu yang terjadi. Agak-agaklah nak berahsia pun. Dengan ibu sendiri manalah boleh ditipu. Naluri keibuan itu kuat. Tunggu sahajalah nanti. Pasti akan diketahui juga punca anaknya itu asyik tersenyum sendiri.

......

       Amar sampai ke rumahnya. Dia memandang ke tempat parkir kereta disebelahnya. Nampaknya, Siti sudah pulang. Dia menarik nafas lega. Kalau tidak terpaksa pula layan perangai Siti. Dia perlahan-lahan keluar dari perut kereta. Matanya kemudian terpandang ke arah ibunya yang sedang duduk sambil minum secawan air di lama rumah. Amar kemudian mendekati ibunya itu.

     "Lama dah ke Siti balik?" tanya Amar.

    "Dalam 30 minit yang lepas. Kenapa? Suka lah dia dah balik ya."

    Amar terdiam.

   "Mak suruh balik. Mak tahu kamu tak selesa."

    Amar hanya mampu tersenyum. Puan Fadzila menepuk tempat duduk disebelahnya memberi isyarat agar anak sulungnya itu duduk bersama. Amar terus menurut. Pasti ada sesuatu yang penting ingin diperkatakan oleh ibunya. Kalau tidak, mana mungkin wajahnya serius semacam.

     "Kamu suka ke Naura tu?" tanya ibunya.

     "Suka. Abang ingat, nak ke arah yang lebih serius."

      Puan Fadzila memandang anaknya itu. Kali pertama dia mendengar anaknya berkata sebegitu. Iyalah, sebelum ini anaknya itu bertunang atas permintaannya bukan kerelaan sendiri.

     "Abang tahu, abang hancurkan harapan mak untuk bermenantukan Siti. Tapi, kali ini abang yakin dengan Naura. Abang cuma minta mak restu saja. Mak sendiri tengok tadi kan Naura baik orangnya. Lagipun, dulu mak satukan Siti dengan Abang sebab abang tak ada sesiapa di hati abang kan. Tapi, sekarang dah ada."

      Puan Fadzila masih diam. Amar mula gelisah. Risau jika ibunya berkeras menolak. Mana tidaknya, sampai sekarang ibunya masih suka dengan Siti itu. Hari ini pula, ada sesuatu yang terjadi hingga boleh mengubah first impression ibunya itu terhadap Naura. Lama juga Amar menanti jawapan dari Puan Fadzila. Tangannya sendiri berpeluh menantikan jawapan.

     "Abang memang suka dia? Maksud mak, memang Siti tiada langsung di hati tu?" tanya Puan Fadzila.

     Amar mengangguk perlahan. Dia mengambil keputusan berterus-terang. Tidak mahulah menafikan lagi. Ibunya perlu mendengar permintaannya kali ini.

    "Kalau macam tu, nanti kita buatlah persiapan nak hantar rombongan merisik dan bertunang terus. Bulan depan kita langsung."

    Terbeliak mata Amar mendengarnya.

     "Betul ke mak?"

     "Yalah, kamu pun dah suka. Lagipun, kamu anak yang baik. Tak pernah pun kamu hampakan mak. Mak ni cuma nak tengok kamu bahagia je. Kalau dah tak ada jodoh tu nak buat macam mana kan. Kamu pun dah cuba kenal-kenal Siti tu."

    "Terima kasih mak."

      Amar tersenyum dan bersalam dengan ibunya. Gembira tak terkata. Tak sangka ibunya setuju. Berialah dia berdebar nak cakap hal yang sebenar. Takut ibunya membantah. Tak sangka pula kali ini disambut baik. Amar kemudian meminta diri ke bilik. Puan Fadzila hanya tersenyum. Apa yang dia rasa? Entahlah, sedikit kecewa kerana dia memang mahu bermenantukan Siti tapi apakan daya, anaknya itu berkenan pula dengan orang lain. Lagipun, belum pernah lagi Amar mengaku suka kan seseorang. Oleh sebab itu juga dia setuju. Anaknya bukan jenis yang mudah jatuh cinta.

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now