Siti tersenyum sendiri saat berdiri di hadapan rumah Amar. Teringatkan wajah Naura yang marah tempoh hari sangat memuaskan hatinya. Tapi, dia masih belum tahu status mereka sekarang. Masih bersama atau sudah putus? Ahh..tak kiralah. Dia akan sakitkan hati Naura biar Naura tahu betapa sakitnya dia saat Amar memilih Naura. Kakinya mula memasuki ruang rumah Amar.
"Assalamualaikum, Mak, Abang, Siti datang ni." jeritnya dari luar rumah.
"Waalaikumussalam, Siti, lama betul tak datang sini." tegur Puan Fadzila.
"Siti sibuk sikit. Ini Siti ada bawakan jeruk dengan sambal bilis Ummi buat. Katanya, suruh beri pada mak sekeluarga juga ni."
"Waa...sedap ni. Jomlah masuk. Nanti, kita minum-minum sekali ya."
Siti tersenyum dan melangkah masuk. Matanya melilau mencari sosok yang terlalu dia nak jumpa. Keretanya sudah ada di garaj, bermakna Amar ada di rumah hari ini. Dia mengekori Puan Fadzila dari belakang tapi matanya masih mencari kelibat Amar.
"Amar dalam bilik. Dia ada masalah agaknya. Mak pun tak tahu. Bila ditanya senyap saja." kata Puan Fadzila seolah-olah tahu apa yang berada di dalam fikiran Siti.
"Ouh..dia tak sihat agaknya mak."
"Tak tahulah tu. Mak tanya, katanya penat sikit. Tapi, asyik berkurung macam ada masalah lain saja."
"Biasalah mak. Bos-bos kan banyak kerja."
"Apa kata kamu tanya khabar si Amar tu?"
Siti hanya tersenyum saat Puan Fadzila memberikan lampu hijau untuknya. Bila diberi kesempatan memang takkan lah dia nak lepaskan.
"Hmm..Siti boleh nak bilik Amar?" tanya Siti berpura-pura malu.
"Eh, memang tidaklah. Kamu nanti masa minum-minum tanyalah dia. Mak ada kerja sikit dekat kebun belakang rumah tu."
"Ouh..." Siti menggaru kepalanya yang tak gatal.
Baru saja fikirannya memikirkan hal yang bukan-bukan saat berada di dalam bilik Amar nanti. Tak mengapalah, minum bersama pun okay juga. Dapat mengembalikan nostalgia lama juga. Siti kemudian tersenyum sendiri. Dia membantu Puan Fadzila menghidang kuih muih kemudian duduk di kerusi sambil menanti kehadiran Amar.
"Siti buat apa kat sini?" tanya Amar apabila melihat Siti duduk dikerusi meja makan sambil tersenyum.
"Tadi, Siti datang bawa makanan yang ummi kirim untuk mak. Lepas tu, mak jemput Siti untuk makan bersama."
Amar diam dan mengambil karipap yang ada meja dan berjalan menuju ke ruang tamu.
"Eh, abang, duduklah sama-sama makan. Mak ada kerja sikit dekat kebun. Nanti dia join kita juga."
"Siti nak apa sebenarnya?"
Pertanyaan Amar hanya dijawab dengan wajah yang buat-buat tak bersalah.
"Jangan buat-buat tak salah lah. Abang tahu apa yang Siti cuba nak buat cuma abang tak tahu untuk apa. Siti yang curang dulu. Lepas tu, nak hancurkan hubungan abang pula. Apa yang Siti busuk hati sangat ni?"
Siti tersenyum sinis.
"Itu sajalah yang abang tahu. Siti curang. Abang tu. Baik sangat ke? Abang pernah fikir ke Siti ni rasa apa? Pernah ambil tahu ke hal hati Siti? I've done everything to win your heart but you still chose her instead of me. Adil ke macam tu? Bertahun Siti cuba ambil hati abang bukan abang nak buka hati untuk Siti pun."
"Kalau tak ada jodoh nak buat macam mana." balas Amar.
"Senang betul abang cakap. Have ever tried? Abang pernah cuba buka hati tu ke? Siti cuma nak abang pandang Siti macam mana abang pandang Naura. Siti cuma nak abang senyum macam mana abang senyum pada Naura. Tapi, tak pernah pun abang bagi semua tu. Then, you asked me why?"
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...