Adilah duduk termenung sendiri. Entahlah. Dia keliru dengan perasaannya. Jujur, Izz sangatlah menganggu fikirannya sejak akhir-akhir ini. Dulu, hidupnya aman saja tanpa ada lelaki yang kacau. Kini, sejak dia mengenali Izz Hazri dengan lebih dekat makin tak keruan fikirannya. Makanan dihadapnnya langsung tak berusik. Macam mana nak makan kalau semua yang dibuat asyik teringat akan Izz saja. Penat!
"Kenapa kerut-kerut saja muka tu? Kan depan rezeki ni." Izz tiba-tiba menegur.
Adilah membesarkan matanya. Terkejut bila Izz tiba-tiba duduk dihadapannya. Lelaki itu pula selamba saja duduk tanpa sebarang kata. Dia melemparkan senyuman kepada Adilah. Adilah masih terkejut dan kaku dihadapn Izz. Mimpikah dia? Tiba-tiba boleh ada depan meja pula.
"Nope, it's not a dream." kata Izz lagi seolah-olah mampu membaca isi hati wanita itu.
"Apa awak nak?" Adilah akhirnya bersuara.
Izz tersenyum dan melunjurkan jari telunjuknya ke arah Adilah. Pipi Adilah mula terasa panas. Apa pula yang lelaki dihadapannya itu hendak lakukan? Permainan apakah ini? Dia terus bangun dan mahu meninggalakn meja itu segera. Tapi, Izz cepat-cepat memegang tangannya. Adilah menoleh dan cuba meleraikan pegangan Izz tetapi dia tidak mampu.
"Please... We need to talk." kata Izz sambil memandang wajah Adilah.
"Tak ada apa untuk dicakapkan lagi. Semua dah nyata. Sudahlah, lepaskan saya."
"Memandangkan awak berdegil saya akan terus terang tanpa perlukan keizinan dari awak lagi. Saya dan Naura tiada apa-apa hubungan. Ya, saya rapat dengan dia sekarang tapi tiada apa yang lebih pun. Saya tumpangkan dia sebab kereta dia rosak. Hari ini, kami akan ambil kereta tu dari bengkel."
Izz cuba menghabiskan kata-katanya dengan sekali nafas. Kalah akad nikah. Mana tidaknya, Adilah masih bergelut mahu tangannya dilepaskan. Dia perlu memberi penerangan yang jelas agar Adilah tidak salah faham lagi. Adilah mula berhenti bergelut. Dia memandang Izz. Nampak keikhlasan tapi dia masih ragu.
"Saya tak tahu nak buktikan macam mana lagi. Tapi, semua orang akan berubah. Cuma bila tu saja kita tak tahu. Saya bukan macam dulu lagi. I've changed. "
Adilah masih diam seribu bahasa. Tak tahu hendak berkata apa. Izz mula melepaskan tangan Adilah dengan perlahan.
"Pergilah. Nanti, awak terlewat pula."
Adilah terus berlalu pergi tanpa berpaling atau berkata lebih. Izz mengeluh lemah. Geram pun ada bila wanita itu hanya diam. Sudah berterus terang pun masih diam. Pening betullah. Takkan pula Izz mahu membelah dadanya untuk mempamerkan keikhlasannya dalam mendekati Adilah pula. Nanti jadi drama seram pula. Dia kemudian turut berlalu pergi dengan hati yang sakit.
.....
Tengah hari itu, Adilah pulang ke pejabat. Dia bertimbung dengan Naura yang baru sahaja keluar dari bilik En.Haris. Naura tersenyum lebar ke arah sahabatnya itu biarpun dalam hati dia tahu sahabatnya itu akan menghiraukannya. Tanpa disangka, Adilah membalas senyuman itu sambil menghulurkan sekotak kecil berisi kek coklat dan dihulurkan kepada Naura. Dia sedar, walau apa yang jadi Naura adalah sahabatnya. Kek coklat itu tanda maaf dia pada Naura.
"Kau ego betul." kata Naura sambil menyambut kotak itu.
"Bersyukur sikit aku bagi kek tu. Jangan nak komen lebih-lebih."
"But, you still owe me an explanation. Jangan nak diam saja. Aku tak suka drama-drama."
"Bukan sekarang. Dahlah, aku penat. Banyak lagi kerja nak kena buat."
"Amboi, sombong pula sekarang."
"Apa lagi kau nak?" tanya Adilah bila tangannya dipegang Naura. Eh, mereka berdua memang suka pegang-pegang beginikah. Tiba-tiba, dia teringat akan Izz.
"Dah kenapa pula mengelamun ni?" tanya Naura.
"Tak ada apa. Kau nak apa lagi? Nak ikut aku buat kerja? Jomlah, aku pening nak pilih design ni."
"Bukanlah. Aku pun banyak kerja. Esok jom lunch sama-sama?"
"Esok? Kenapa tak ajak semalam saja?"
"Hish, dah tadi kau juga yang masam saja pergi tinggalkan aku. Malam ni pula, aku dah janji dengan mak aku nak teman dia tengok movie sama-sama."
"Hmm..okay. Sudahlah, penat ni. Kalau nak tolong buat kerja tak apa juga."
Adilah terus berlalu pergi. Naura tersenyum. Lega hatinya bila Adilah sudah mula bercakap dan tersenyum dengannya. Kalau tidak, asyik nak mengelak saja dan masam mencuka saja. Penat juga bila Adilah buat begitu. Sudahlah dia terbiasa berkepit dengan sahabatnya itu. Bila tiba-tiba ada konflik, memang gundah gulana lah perasaannya. Dia memandang kotak kek yang berada di tangannya. Kek pun kek lah. Adilah memang susah nak minta maaf secara terang terangan. Bukan dia tak biasa.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
Lãng mạnNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...