Zue berjalan menuju ke lobi sambil mulut tak habis-habis terkumat-kamit. Langkah diaturnya laju. Tak sangka pula bosnya itu akan buat bukan-bukan. Niatnya mahu keluar sebentar ke kafe sebentar jadi tak senang. Asyik memikirkan kejadian tadi. Entahlah, baginya berbuatan yang dilihatnnya sebentar tadi agak berlebihan lagi-lagi Amar merupakan seorang muslim. Lagilah dia rasa tak patut walaupun sekadar berpegangan tangan.
"Amboi kak, dah kenapa laju betul jalanya itu." usik Hanis yang berada di front desk.
"Hish, kamu tahu apa aku nampak tadi?"
"Apa yang akak nampak? Akak nampak hantu ke?"
"Manusia berperangai hantu agaknya. Astagfirullahalazim, akak terkejut betul tau dengan apa yang akak nampak tadi."
"Boleh tak straight foward. Akak nampak apa?" Hanis mula geram bila kak Zue sibuk berdolak-dalih.
"Akak nampak Encik Amar berpengangan tangan dengan perempuan mana tah."
"Lah, ingatkan apa. Biasalah pegang tangan. "
"Astagfirrulah, kamu ni. Apa yang biasanya? Kan dosa lelaki dan perempuan pegang-pegang tanpa sebarang ikatan. Dahlah, duduk rapat-rapat."
"Tunang bos lah tu kot." balas Hanis
"Bukanlah, akak kenal tunang Encik Amar tu. Bukan yang itu. Lagipun, kalau itu tunang dia, mana boleh nak pegang-pegang. Bukan suami isteri lagi. Haritu, dah nampak sekali perempuam tu datang ni datang lagi. Jangan-jangan, tu skandal Encik Amar tak?"
Hanis memandang Kak Zue atas bawah. Kemain lagi bercakap soal hukum-hakam. Tudung pun kemain labuh tapi mengumpat orang boleh pula. Nampak sangat suka menghukum orang tanpa usul periksa.
"Eh, akak dah lambat nak kafe kejap ni."
Kak Zue terus meminta diri. Tanpa mereka sedar, Naura sedang berada berhampiran mereka dan mendengar kesemuanya. Dia juga ada terserempak dengan Siti yang berjalan keluar dari hotel sambil bibir tersenyum. Hatinya mula terasa sakit. Langkahnya diatur kehadapan terus dipusingkan semula ke pintu keluar. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi begini. Dahulu, kejadian yang hampir sama terjadi saat dia dan Izz. Sungguh menyakitkan bila sejarah itu berulang.
Air matanya mula bertakung. Dia cuba menafikan memandangkan Amar sekerasnya menyangkal bahwa di hatinya masih ada Siti. Tapi, sudah dua kali dia mendengar cerita yang sama. Melihat riak wajah Siti yang tersenyum itu lagilah membuatkan hatinya bertambah pedih. Kalau tiada apa-apa, kenapa boleh tersenyum selebar itu. Kakinya dimasukkan kedalam kereta sambil merenung kosong stereng kereta. Kenapa selalu begini? Kenapa dia selalu berhadapan dengan situasi begini?
.....
Adilah tersenyum sambil melilit shawl printed yang bercorak bunga daisy dan berlatar belakangkan warna merah jambu. Tudung itu dipilih oleh Izz. Itu sebab bibirnya asyik mengukir senyuman. Direnung wajahnya dengan lama. Wajah yang manis diserlahkan lagi dengan make up natural look. Lagilah nampak macam wanita melayu terakhir! Senyuman makin lebar bila asyik perasan seorang diri dihadapan cermin. Dasar perempuan kuat perasan! Dia terus mengambil kunci kereta dan keluar dari rumahnya.
Dia cuba menghubungi Izz namun diangkat. Mungkin, Izz masih dalam perjalanan. Dia kemudian Menereuskan pemanduannya. Mengikut perancangan, mereka akan bertemu dia restoran mamak kegemaran mereka. Walaupun sekadar kedai mamak, Adilah masih cuba berpakaian secantik yang mungkin. Barulah Izz sentiasa suka akan dirinya. Dirinya tersengih sendiri. Suka betul berangan.
Kereta terhenti di hadapan kedai mamak. Matanya mula memerhati sekeliling. Kereta Izz masih tidak kelihatan. Ada kerja jauh ke harini? Dia mula membaca semula mesej dari Izz. Tiada pula mesej dari Izz yang mengatakan dia akan outstation pada hari itu. Dia mula menghubungi Izz lagi. Masih tiada sebarang jawapan. Adilah mengeluh. Kenapa pula Izz begini harini? Selalunya, dia mesti menjawab panggilannya dengan cepat kalau sibuk sekalipun pasti akan menghantar mesej kepadanya. Ini tidak, sentap sunyi sepi!
"Mana dia ni?" Adilah mula hilang sabar.
Dia kemudian mengatur langkahnya keluar dari kereta dan duduk di meja berdekatan. Matanya asyik melirik ke jalan raya. Mahu melihat samada Izz sudah sampai atau belum. Dia juga sempat memesan teh o ais sahaja. Tangannya mula menekan nama Izz diskrin telefon untuk melefon lelaki itu.
"Hello, Dilah"
Dahi Adilah bertaut.
"Kenapa kau pula yang jawab panggilan ni? Aku call Izz kan?" tanya Adilah inginkan kepastian.
"Ya, aku tahu. Aku pegang telefon Izz sekarang..."
"Eh, kenapa kau pula yang pegang telefon dia? Mana Izz"
Adilah mula naik berang bila sahabatnya Naura yang mengangkat panggilan itu dan bukannya lelaki yang menjadi pujaannya itu. Jantungnya mula berdegup laju. Marah. Gelisah. Keliru semuanya ada.
"Sabar okay, aku tak habis cakap lagi ni. Izz acccident. Aku dekat hospital ni. Nanti aku hantar location."
Terus Naura menamatkan panggilan. Adilah terus bangun dan membayar air yang dipesannya. Dia kemudian meluru ke kereta. Fikirannya masih tak dapat memproses apa yang berlaku. Kenapa Naura pula yang tahu apa yang jadi? Kenapa Naura boleh pegang telefon Izz? Adakah Naura turut berada dilokasi kejadian? Izz okay ke? Cedera ringan atau cedera parah? Sambil fikirannya serabut memikirkan hal itu, air matanya mula jatuh dengan deras.
Setibanya di hospital, dia melihat Naura sudah duduk menunggu disebelah Puan Hanum dan Encik Zulkifli. Adilah masih bingung dengan situasi yang berlaku. Semua ada kecuali dia. Dia yang paling lambat sampai disitu. Puan Hanum dan Encik Zulkifli merenung Adilah. Mana tidaknya, belum pernah lagi melihat perempuan itu. Izz pula tidak ada ceritakan apa-apa pada mereka kecuali...
"Kamu cik complicated itu ya?" tanya Encik Zulkifli.
Terus semua mata memandang ke arah Encik Zulkifli. Perempuan complicated? Itu nama yang diperkenalkan kepada kedua orang tua Izz? Adilah tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Naura pula sudah tersipu-sipu menahan tawa.
"Apa awak cakap tadi bang?" tanya Puan Hanum.
"Itu perempuan tu. Izz ada cerita pada saya. Dia asyik panggil perempuan yang dia cerita tu sebagai cik complicated."
Puan Hanum memandang Adilah atas bawah. Adilah terus tersengih dan bersalam dengan Puan Hanum tanpa berbicara lebih. Kemudian, doktor yang merawat Izz datang menceritakan secara ringkas tentang tahap kesihatan Izz. Semua menarik nafas lega selepas mendengar berita bahawa Izz tidak mengalami sebarang masalah yang serius berikutan kemalangan yang dialaminya. Adilah dan Naura memberi laluan kepada kedua ibu bapa Izz untuk melihat keadaan anaknya itu sebelum mereka.
"Aku nak tanya kau sesuatu." Kata Adilah.
"Aku tak tahu kenapa tapi pihak hospital call aku bagitahu Izz accident." Naura terus menceritakan hal sebenar.
"Dia simpan nombor kau as emergency contact?"
Naura terdiam seketika. Izz masih berbuat begitukah? Kemudian, Naura memandang sahabatnya itu.
"Dia lupa nak buang nombor aku sebagai emergency contact dia. Izz memang mudah lupa benda-benda remeh macam ni. Aku tau bagi kau tak remeh. Tapi, bagi Izz tu remeh. Kalau kau percaya aku sebagai sahabat kau, kau takkan tuduh bukan-bukan."
Mereka saling berdiam diri dan memandang sesama sendiri. Adilah tak tahu. Sudah berkali-kali dia makan hati dengan sahabat sendiri disebabkan seorang lelaki. Nak diikutkan persahabatannya dengan Naura lebih lama dari perkenalannya dengan Izz. Mana mungkin mahu dia memutuskan persahabatan mereka. Tapi, Naura dan Izz sering meragukannya. Sering membuatkan dia dirasuki rasa cemburu.
"Tak apalah. Aku balik dulu. Kalau aku kat sini, lagilah kau punya cemburu dan ragu tu berleluasa kan."
Naura bangun dari bangku hospital berjalan. Dia yakin dia perlu berundur sekarang. Sebelum fikiran Adilah pergi lagi jauh dan merosakkan persahabatan mereka.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...