Siti termenung di atas sofa rumah sewanya. Televisyen yang terpasang dari tadi dibiarkan saja tanpa ada yang menontonnya. Dia geram sebenarnya . Amar langsung tidak menelefonnya sejak dari hari itu dan dia yakin dulu itupun Amar menelefonnya kerana desakan Puan Fazila. Bukan dia tidak tahu yang Puan Fazila memang sayang gila dengan dia.
"Kalau aku telefon dia mesti dia buat aku macam tunggul kayu. Buat sakit hati saja."
Telefonnya dibelek. Skrin telefon dipandang kosong.
Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Nama Zarif tertera pada skrin. Siti mengeluh berat. Bukan dia tidak suka tapi dia rasa serba salah untuk meninggalkan Amar apatah lagi menghancurkan harapan Puan Fazila untuk bermenantukannya. Tapi, hatinya makin lama makin tawar pada Amar. Amar tidak pernah melayannya dengan baik. Dia biarkan telefonnya berdering.
Siti sebenarnya masih berfikir sama ada mahu terus bersama Amar atau mengalah. Jujurnya, dia penat mengejar tapi hatinya berkata sebaliknya. Membuatkan dia terus menerus mengejar biarpun dia lelah dan tidak larat lagi. Telefonnya masih berdering. Siti dengan marah terus menekan butang hijau.
"Hello, nak apa?" akhirnya Siti menjawab panggilan yang dari tadi berdering.
"Eh, garang betul dengan mak ya."
Rupanya kali ini Puan Fazila yang menelefonnya. Terus Siti menekup mulutnya. Alamak, malunya!
"Sejak duduk KL takkan dah lupa mak pula. Maaf lah kalau menganggu ya."
Sedih pula hari Puan Fazila bila dilayan begitu.
"Eh,maaf mak. Siti ingatkan kawan pejabat Siti. Dia selalu kacau Siti. Tak selesa dibuatnya. Itu yang Siti ingatkan dia sebab dia asyik telefon Siti."
"Ouh..terkejut mak. Ingatkan Siti dah lupa mak. Siti sihat tak? Kenapa lama tak call kami? Mak dengan Amar rindu Siti tau."
"Mestilah ingat mak! Mana boleh lupa.Hmmm... mak saja yang rindu. Amar bukan rindu Siti. Mak...pertunangan kami ni masih diteruskan ke? Bukan apa, Siti rasa macam tak ada tunang saja mak."
Terdiam sekejap Puan Fazila dibuatnya.
"Eh, mestilah diteruskan. Mak tak benarkan Amar dan Siti putus tunang kecuali ada alasan yang kukuh untuk putus tunang. Mak ni dah tak sabar nak satukan kamu berdua."
"Hmm..okaylah kalau mak dah cakap macam tu. Lega sikit hati Siti. Baru boleh tidur lena sikit."
"Mak kan sayang Siti macam anak mak sendiri.Assalamualaikum Siti. "
Siti mengeluh kecil. Entahlah...rasa macam drama kahwin paksa pula. Memanglah dia sayangkan Amar tapi Amar seolah-olah tidak mengambil berat akan pertunangan mereka. Malah, hanya Puan Fazila yang beria-beria. Kadang-kadang keliru juga siapa yang kahwin sebenarnya.
Zarif.
Lelaki itu dari mula dia bekerja sampai sekarang tidak pernah jemu cuba untuk mendekatinya. Siti juga mengaku yang dia juga rasa suka dengan layanan diberikan oleh Zarif. Berbeza dengan Amar yang suka layan dirinya endah tak endah.Tapi, setiap kali dia sedar akan hakikat dirinya tunangan orang terus dia cuba menjauhi. Tapi, semakin menjauh semakin hatinya meronta untuk mendekati Zarif.
.......
Naura menunggu ibunya di jeti. Itulah dulu ketika ibunya ingin ikut beria menolak. Sekarang dia pula yang sibuk minta ibunya ke sini. Naura memang manja dari dulu dan sikap manja itu tidak pernah berkurang pun. Mujur Puan Mariam hanya ada seorang saja anak. Kalau tidak, memang kelam kabut nak melayan kerenah ramai anak.
"Mak, terima kasih sebab sudi ikut Naura." Naura memeluk ibunya. Air mata mengalir tanpa dia sedar.
"Kenapa ni? Mak datang sebab mak risau. Mak tahu ada sesuatu berlaku kan?"
Tajam betul deria ibunya itu.
"Nantilah cerita. Naura nak peluk mak puas-puas dulu."
"Malulah dekat orang. Dah besar pun mengada lagi. Jomlah pergi resort. Mak penat."
Naura bercerita dengan ibunya sepanjang mereka di dalam kereta sewa. Biarlah, andai kata pemandu kereta sewa itu mahu berfikir bukan-bukan. Puan Mariam mendengar dengan bersungguh-sungguh.
"Mak boleh bayangkan tak mak dia boleh cakap macam tu pada Naura. Apa dia ingat Naura ni nak sangat ke dekat anak dia?"
"Sabarlah. Mungkin, mak dia dah berkenan sangat dengan tunang anak dia tu. Kamu pun janganlah ambil hati sangat. Orang tua biasalah. Kadang-kadang nak menegur tapi tak kena cara pula. Mak pun kadang-kadang begitu."
Tangan Naura diusap lembut.
"Kita datang sini nak rehat-rehat. Nak bercuti bukan nak tambah tekanan tau."
Naura dan ibunya sampai di resort. Naura terlihat Amar sedang duduk di kaunter pendaftaran. Aduh, dia belum mahu berjumpa dengan Amar. Baru sahaja Naura hendak berpaling, Amar sudah mendekati Naura dan Puan Mariam.
"Assalamualaikum Puan, puan ibu kepada Naura ya?." tegur Amar.
"Walaikumussalam..eh tak perlulah panggil puan. Formal sangat. Panggil makcik saja. Kamu kenal Naura? Kamu kerja disini ya."
"Dia Amar. Dia pekerja kot disini. Jomlah mak."
Belum sempat Amar berkata apa, Naura terus memotong dan berjalan sambil menarik tangan ibunya. Amar memandang Naura. Nampaknya, memang Naura masih marah. Haish...bagaimana pula nak pujuk hati wanita itu? Hati tunang sendiri pun tak pernah dipujuk.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...