Amar duduk di kerusi yang berada di hadapan Siti. Wajahnya serius memandang Siti. Siti menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba untuk menenangkan diri. Amar masih diam. Dia mahu memberi ruang untuk Siti bertenang.
"Jadi, Siti dah buat keputusan?" Tanya Amar selepas 2 minit diamkan diri.
"Apa yang abang nampak bukan seperti abang fikirkan. Dia bukan siapa-siapa bagi Siti. Tapi, Siti sendiri mahu dengar penjelasan abang."
"Maksudnya? Abang tak buat hal ya."
"Abang nak cakap Siti buat hal? Hmmm..Alang-alang kita sudah duduk semeja begini lebih baik kita bincang."
"Siti tak menjawab soalan abang. Tolong jawab soalan abang dahulu."
Siti diam seketika sebelum kembali memulakan bicara.
"Siti selama ni cuba untuk bertahan sebab memang Siti suka abang tapi Siti tahu abang sebaliknya. Abang layan Siti macam orang asing. Abang hanya ikut saja apa mak cakap. Siti penat. Jadi, Siti rasa keputusan Siti ialah kita tamatkan saja."
"Apa abang nak cakap dengan mak? Abang pun bertahan saja selama ini. Bukannya, abang curang atau apa."
"Nampak sangat abang bukan fikir tentang Siti. Abang, dalam hubungan kena serius. Abang bukan serius pun. Kadang-kadang jawab endah tak endah saja dengan Siti. Soal mak abang jangan risau. Siti uruskan nanti."
Siti bangun dan meninggalkan Amar sendiri. Amar terdiam. Sepatutnya,dia gembira tapi entah kenapa hatinya masih punya rasa sedih. Mungkin tidak menyangka Siti akan membuat keputusan drastik seperti itu. Salahnya juga selama ini. Dia membuatkan Siti akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.
Amar pulang ke rumah. Mujur ibunya sudah masuk tidur. Kalau tidak, memang dia serba salah. Dia risau kalau-kalau ibunya itu akan marah bila tahu hal ini. Bukannya, Puan Fadzila tidak tahu yang Amar tidak begitu berkenan dengan Siti. Sekarang, bebannya itu hilang. Tapi, hatinya tidak begitu senang.
....
Naura masih belum tidur. Dia masih teringatkan Amar . Entah kenapa dia asyik memikirkan hal lelaki itu. Rasa serba salah masih menyelubungi dirinya. Naura sedar Amar yang dihadapannya sekarang bukan Amar yang dulu. Jelas sekali, Amar sekarang lebih dewasa dan matang berbanding dahulu. Tidak semena-mena, bibirnya terukir senyuman bila teringat sikap Amar suatu ketika dahulu.
Amar pernah menjerit memanggil namanya saat dia memenangi pertandingan bola sepak peringkat negeri ketika di bangku sekolah dahulu. Saat itu, semua mata tertumpu ke arah Naura. Terus Naura mengalihkan pandangannya seolah-olah bukan dirinya yang dipanggil tadi. Tapi, Amar masih menjerit-jerit sambil menunjukkan piala kemenangan yang diterima pasukannya.
Naura tersenyum sendiri. Dia mengaku biarpun Amar bukanlah seorang yang cemerlang dalam akademik tapi dia sangat aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak. Nama Amar beberapa kali disebut ketika berlangsungnya perhimpunan sekolah. Semua disebabkan kejayaannya dalam bidang sukan. Biarpun dia sangat nakal tapi nakalnya itu bukan sebarang nakal kerana masih mampu mengharumkan nama sekolah.
Siapa sangka dari seorang yang malas belajar ke seorang pemilik resort yang berjaya. Tanpa sedar dalam keadaanya sedang memikirkan soal Amar, matanya mula berat. Akhirnya, Naura tertidur. Tertidur dalam keadaan semua kenangan manis bersama Amar bermain-main dimindanya.
....
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...