Bab 60

35 0 0
                                    

         Dua bulan telah berlalu. Naura merenung cincin di jari manisnya. Tak pernah dia sangka yang masih ada cinta untuknya setelah menghadapi kegagalan dalam rumah tangganya sebelum ini. Dia juga sedar yang manusia berubah. Sama ada ke arah yang lebih baik mahupun sebaliknya. Izz Hazri lelaki pertama yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya. Namun, Izz juga lelaki pertama yang membawa kegelapan dalam hidupnya. Kehadiran Amar pula, sangat tak terjangka tapi sangat menyenangkan. Sabarnya Amar dalam mengejar cinta Naura sesuatu yang sangat mengharukan baginya.

     "Termenung apa sayang? Ada apa-apa yang awak nak ke?" tanya Amar sambil memeluk isterinya dari belakang.

    "Saya nak.." Naura berpaling ke arah suaminya dan memeluk pinggang lelaki itu.

    "Saya nak awak sentiasa ada dengan saya." Naura tersenyum nakal.

    "Itu tak pasti lagi." kata-kata Amar membuatkan senyuman Naura mati.

    Pelukan mereka terus dileraikan Naura. Amar ketawa kecil. Lalu, tangannya menggengam tangan Naura sambil tersenyum.

    "Saya kan kena kerja. Mana mungkin selalu nak ada dengan awak. Awak pun kerja kan. Kalau selalu ada mesti kemana-mana berdua saja."

    Satu tumbukan hinggap di dada Amar.

    "Awak ni...janganlah main-main. Takut saya tau." balas Naura.

    "Awak mulakan dulu. Nakal lagi kan."

    Naura tertawa.

    "Sayang, awak janji dengan saya jangan ada orang lain selain saya okay." Naura menunjukkan janji kelingkingnya meminta agar suaminya itu berjanji dengannya.

    "Mestilah. Saya hanya sayang awak saja. Sayang, awak lah wanita pertama yang dah ambil hati saya sejak dari zaman sekolah lagi tau. Saya gigih nak dapatkan pencuri hati saya ni. Akhirnya, dengan izin-Nya dapat juga saya jadikan awak isteri saya."

    "Hmm..maaf ya, kalau saya  ni susah betul untuk awak kejar. Saya janji saya akan cuba jadi isteri yang sempurna." Naura mengangkat tangan kanannya.

    Amar terus mengucup dahi isterinya itu. Kemudian, rambut isterinya dibelai lembut.

    "Awak dah cukup sempurna."

    Mereka berpelukan. Rasa syukur tak habis-habis diluahkan di dalam hati. Sebulan melayari alam perkhawinan ini membuatkan mereka semakin bahagia. Walaupun, terkadang terselit salah faham kerana mereka masih saling mengenali tapi itu tak membuatkan cinta mereka pudar. Malah, makin kuat.

    "Eh, sayang! Kita dah lambat!" jerit Naura saat terpandang jam yang ada di bilik mereka.

   "Haahlah. Jom-jom bersiap cepat." 

    Tergopoh-gopoh mereka bersiap. Sepatutnya pukul 12 mereka bertolak untuk menghadiri majlis akad nikah Adilah dan Izz tapi sudah pukul 11.55 mereka masih belum bersiap.

.......

       Naura tersengih saat melihat wajah Adilah yang sudah mencebik saat selesai sesi mengambil gambar. Nampak sangat ya marah bila sahabatnya itu terlambat 5 minit. Bukan sengaja. Terbuat scene drama akasia pula sebelum bersiap. 

     "Kenapa kau lambat?!" marah Adilah.

    "Bukan sengaja lah. Lagipun, aku sempat tengok kau akad nikah kan." Naura masih tersengih.

    "Aku punyalah gelabah tau tak. Kau boleh sengih-sengih datang dan duduk belakang aku macam kau lambat datang meeting dekat office je. Kau tahu tak kau lambat datang majlis kawan baik kau ni." 

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now