"Naura, mak tertinggal dompet lah."
Langkah mereka untuk pergi mencari makanan terhenti apabila Puan Mariam tersedar yang dia tertinggal dompet.
"Ala...biar Naura saja yang belanja mak."
"Bukan itu masalahnya, masalahnya IC mak semua dalam dompet tu. Sekejaplah."
Terus Puan Mariam mengambil kunci bilik dari Naura dan bergegas ke bilik. Naura duduk di lobby sambil bermain dengan telefonnya. Perutnya semakin lapar pula. Macam-macam makanan terbayang di mindanya. Haih..mak...tolonglah cepat sikit Naura lapar...
"Tunggu siapa?"
Naura menoleh.
"Tunggu mak."
Mata Naura terus kembali memandang skrin telefon.
"Dia pergi mana?"
"Ambil dompet. Tertinggal tadi."
Naura jawab endah tak endah. Malas lah hendak berbaik-baik dengan Amar. Nanti jika ibu Amar tahu mesti dihinanya lagi dirinya itu.
"Hmm...awak.."
"Eh, boleh tak awak pergi buat apa yang patut. Sibuk nak kacau-kacau orang. Nanti gaji kena potong baru tahu." Marah Naura tiba-tiba. Geram sebenarnya bila Amar asyik menyibuk.
"Bos takkan marah saya."
"Eh, saya tahulah confident tu penting tapi tak payah lah nak confident sangat. Awak siapa boleh cakap macam tu?"
"Saya lah bos disini."
"Iya je dia ni kan"
Amar memberi isyarat seolah-olah mahu Naura bertanya pada pekerja lain. Amar terus membaiki kolar bajunya yang masih elok. Naura tidak puas hati. Dia mencari pekerja yang ada untuk mendapatkan bukti sebenar. Tak mungkinlah Amar punya resort sebesar dan semewah ini!
"Dik, sini kejap dik" Naura memanggil pekerja Amar.
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu?"
Gadis yang memakai tag nama Hanis itu kelihatan agak takut-takut untuk berdepan dengan Amar.
"Mamat ni cakap dia bos disini. Cuba adik tolong sedarkan dia sikit. Takkan lah dia boleh jadi bos."
Berlagak betul Naura. Amar pun naik geram juga bila kebolehannya di pandang rendah. Hanis kelihatan kebingungan. Mana tidaknya, bos sendiri mahu disuruh sedar diri. Memang naya lah jawabnya. Amar memberi isyarat kepada Hanis untuk memberitahu hal sebenar kepada Naura.
"Cik, ini memang bos saya."
"Jangan main-mainlah. Manager kamu mana?"
"Untuk apa panggil manager kalau bos ada disini?" tanya Amar.
"Macamlah boleh percaya budak ni."
Naura berjalan ke arah receiptionist. Amar mengekori dari belakang.
"Betul ke lelaki sebelah saya ni bos awak semua?"
"Ya, cik."
Naura terdiam. Haih...tak mungkin! Naura menoleh ke arah Amar. Amar memandang Naura dengan pandangan kosong. Tapi, sebenarnya Amar sedikit kecewa. Nampak benar yang Naura memandang rendah kepadanya.
"Keputusan SPM saya memang teruk tapi tak adalah sampai tak boleh sambung belajar langsung. Masih lagi layak untuk belajar sampai degree dan ada resort sendiri."kata Amar.
Naura masih diam. Pipinya mulai merah petanda dia sedang malu.
"Sekarang baru saya tahu awak ni pandang rendah kat saya macam mana. Memang fikir saya ni teruk sangat ke?"
Naura gelisah. Mujur, dia terpandang ibunya yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Mak saya dah datang. Saya pergi dahulu."
"Tunggu Naura. Saya tak habis cakap lagi."
Naura terus berlalu pergi.
Mata Amar mengekori langkah Naura. Dia tersenyum saat melihat Puan Mariam tersenyum ke arahnya tapi hatinya geram. Geram bila Naura pandang rendah padanya. Apa salah kah jika dia dari seorang pelajar yang bermasalah di sekolah kini menjadi seorang berjaya? Mungkin keputusannya untuk menunggu Naura adalah satu keputusan yang salah. Sangkanya, Naura mencabarnya dulu untuk membakar semangatnya untuk belajar rupanya Naura benar-benar memandang rendah kepadanya.
.......
"Siapa lelaki tadi?" tanya Puan Mariam.
"Pemilik resort yang kita bermalam tulah." Naura terus menyuap isi ketam yang siap di kupas. Manis betul isinya. Maklumlah ketam segar.
"Tapi,kenapa dia macam kenal kamu?"
"Dia dulu senior masa Naura sekolah dulu.Tak penting pun."
"Tapi, kenapa.."
Naura menghulurkan sudu yang berisi kuah tomyam. Puan Mariam terdiam.
"Makanlah mak. Sedap ni."
Puan Mariam menurut. Pasti anaknya itu ada menyorokkan sesuatu. Kalau tidak, tak ada maknanya dia asyik berdolak dalih begitu. Haih...bertuah punya budak!
Naura tersenyum nakal. Malaslah mahu bercerita sudahlah tadi dia sudah malu besar depan Amar. Malu pula untuk mengingati semula perkara itu. Tidak sangka pula Amar sudah berjaya. Adakah sebab janji itu? Macam mana kalau Amar menuntut janji itu?
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
Lãng mạnNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...