Naura duduk di katilnya. Peristiwa semalam agak sukar dilupakan. Setiap adegan pasti bermain di kepalanya . Dia kemudian, teringat sesuatu. Bunga yang Amar berikan semalam tidak sempat dia bawa sekali. Dia mengeluh. Kemudian, dia mencari beg tangannya dan mencari sesuatu. Senyuman kemudiannya terukir saat ucapan Amar masih sempat dia simpan. Dia membaca kembali apa yang ditulis oleh Amar.
'Teristimewa untuk wanita secantik awak. Terima kasih kerana tak menolak pelawaan saya hari ini. Izinkan juga saya untuk lebih mengenali awak.'
Naura kemudian terfikir. Apakah mungkin dia yang terlebih emosi? Kalau Amar sekadar mahu mengenakannya kenapa dia mahu mengenalinya. Naura menepuk dahinya. Sedar yang dia mungkin telah melakukan kesilapan besar. Kemudian, Puan Mariam masuk ke bilik Naura sambil membawa jambangan bunga. Bunga itu bunga yang sama dengan bunga semalam!
"Mana mak dapat bunga itu?" tanya Naura.
"Ada atas tiang rumah tadi. Kamu punya?"
Naura mengangguk laju lalu mengambil bunga itu dari tangan ibunya.
"Ni mak nak tanya. Kenapa semalam Izz pula yang hantar kamu?"
Naura terdiam seketika. Nampaknya, dia dalam masalah. Takkan mahu beritahu ibunya pula. Nanti dia juga dimarahi jika dia memang salah semalam. Lalu, Naura buat-buat tidak memahami apa yang dimaksudkan ibunya itu.
"Maksud mak? Mak salah tengok agaknya."
"Eh, mak ni rabun je bukan buta lagi. Itu kereta Izz."
Naura mengerling ke arah jam tangannya.
"Mak, orang dah lambat pula. Ada kerja nak buat ni. Nanti-nanti, kita borak lagi ya."
Naura terus bersalam dan cepat-cepat beredar. Puan Mariam hanya menggeleng kepala. Dia tahu anaknya sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Kalau tiada apa yang berlaku takkanlah mahu mengelak sampai begitu sekali. Siaplah Naura bila dia balik nanti. Puan Mariam akan bertanya lebih banyak soalan.
......
Adilah Natasya memasuki rumah Izz bersama beberapa orang pekerja untuk membawa masuk beberapa perabot baru. Adilah juga ada membawa makanan untuk Izz sebagai tanda terima kasih kepada Izz kerana sepanjang dia bekerja dengannya, Izz tidak menimbulkan sebarang masalah seperti yang disangkanya. Hari ini juga merupakan hari terakhir dia bekerja dengan Izz. Semuanya telah selesai. Lega pula hatinya.
"Apa senyum-senyum seorang diri ni?" tegur Izz saat melihat Adilah senyum seorang diri.
"Senyumlah sebab semua kerja saya dah selesai. Saya dan awak dah tak ada urusan lagi."
"Benci betul dengan saya eh."
"Bukan macam tu. Tapi, seeloknya kita tak perlu berurusan lagi."
"Tu apa pula tu?" Izz memandang bungkusan makanan yang ada pada tangan Adilah.
"Ini makanan lah. Untuk celebrate kerja saya dah habis. Nah, ambil ni."
Izz mengambil makanan itu. Adilah masih lagi tersenyum. Pelik juga dia dengan Adilah itu. Mana tidaknya, macam anti betul dengan dia. Tahulah dia pernah membuat kecoh di tempat kerja bulan lepas tapi kan sudah dia buktikkan yang dia bukan mahu buat perkara bukan-bukan. Adilah kemudian berjalan menuju ke ruang tamu untuk melihat hasil kerjanya. Izz mengekori dari belakang.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...