Bab 23

24 1 0
                                    

         Naura baru hendak berehat ketika sampai di rumah tapi ibunya pula mengajaknya keluar makan. Pada mulanya, Naura menolak tapi berkali-kali dipaksa akhirnya dia akur sahaja. Mereka memilih untuk makan di restoran yang terdekat sahaja memandangkan Naura malas hendak memandu jauh-jauh.

       "Mak ni hari ni jugalah mak malas masak. Kenapa tak esok saja?" tanya Naura.

      "Hish...nak buat macam mana ingat kamu sahaja yang ada hari yang kamu tak ada mood? Lagipun, tadi mak maraton tengok drama mak selalu tengok tu sampai habis. Tak sedar pula dah petang jadi mak malaslah nak masak."

      "Hmm..ada-ada saja mak ni."

     "Kerja kamu macam mana?"

     "Esok siaplah projek tu. Tadi memang all out nak siapkan sebab klien tu nak semuanya disiapkan sebelum isnin depan."

     "Ouhh...kesian anak mak ya. Tak apa, malam ni mak belanja kamu makan ya."

      "Memanglah kena belanja sebab mak yang beria ajak makan."

     Puan Mariam hanya ketawa kecil. Begitu juga dengan Naura. Sekali sekala dapat makan-makan di luar begini seronok juga. Bak kata orang tukar angin. Sebelum ini, hanya ibunya sahaja yang masak dan mereka akan makan bersama-sama di rumah. Mereka begitu seronok bertukar-tukar cerita dan bergosip. Walaupun penat, tak dinafikan Naura masih menikmati aktiviti makan bersama ibunya itu.



.....



        Amar cuba menelefon Naura berkali-kali tapi masih sama tidak diangkat. Marah sangatkah Naura padanya. Amar meneliti rumah Naura . Kereta milik Naura tiada di garaj seperti biasa. Nampaknya, Naura tiada di rumah. Berkali-kali dia memberi salam masih tiada sahutan juga.  Sepertinya, Puan Mariam juga tiada di rumah. Amar masuk ke dalam kereta dan mengeluarkan jambangan bunga. Dia kemudian mencari kertas di dalam beg pejabatnya untuk menulis nota buat Naura.

       "Harap-harap awak baca surat ni."

      Amar meletakkan surat itu beserta jambangan bunga di tembok pagar rumah Naura. Dia perlu segera pulang kerana dia sudah berjanji untuk membawa ibu serta adiknya keluar malam nanti. Amar terus memasuki perut kereta dan meninggalkan perkarangan rumah Naura. Dalam hatinya, dia berharap agar Naura tidak membuang bunga dan surat itu.

      Beberapa minit kemudian, Naura sampai ke rumahnya. Puan Mariam terlebih dahulu perasan akan kehadiran bunga beserta surat itu. Naura yang baru keluar dari kereta terus memandang ibunya. Puan Mariam mengangkat bunga dan surat itu.

      "Untuk kamu. Ambillah." kata Puan Mariam.

      Naura menghampiri ibunya dan mengambil barang-barang itu.

     "Hmm..ada secret admirer pula anak mak ni." usik Puan Mariam sambil menuju ke pintu rumah.

     Naura terus ke biliknya sejurus dia masuk ke dalam rumah. Dia mengambil telefon bimbitnya. Satu keluhan dilepaskan. Rupanya, telefonnya kehabisan bateri. Patutlah, tiada sebarang panggilan yang masuk tadi. Pasti, telefonnya mati selepas dia menerima panggilan dari Adilah tadi. Naura terus membuka surat itu dan membacanya.

       'Assalamualaikum Pah, maaflah kalau panggilan itu membuatkan awak marah tapi sejujurnya saya rasa lebih dekat dengan awak. Afifah atau Pah nama yang membuatkan saya ingat pada awak. Saya juga nak minta maaf sebab saya telah mengguris perasaan awak. Saya tiada niat pun. Sungguh. Apa yang cuba saya katakan pada hari itu ialah walaupun telah bertahun awak tinggalkan saya tapi hati saya tak pernah lupakan awak. Saya tahu saya tak membuatkan awak senang dengan kehadiran saya. Oleh itu, saya meminta maaf tapi saya betul-betul cintakan awak. Saya tak akan pernah paksa awak untuk terima saya tapi cukuplah untuk saya menyatakan apa yang saya rasa selama ini.  Jika awak tak suka saya dengan rendah diri akan mengundur diri dari hidup awak. Saya tak tahu surat yang ditulis ini dibaca atau tidak tapi semua yang telah saya tulis itu datang dari hati saya. Tiada langsung unsur penipuan di dalamnya. Sekali lagi, maaf dipinta.'

       Naura melipat semula surat itu. Hatinya penuh dengan kekeliruan. Air mata mengalir deras. Kesal. Marah. Kecewa dengan diri sendiri. Semuanya yang dia rasakan membuatkan hatinya bertambah sakit dan keliru.  Kehadiran Amar tak pernah dia mahukan tapi semuanya terasa nyaman. Sikap Amar yang sentiasa berlembut membuatkan dia rasa tenang bersamanya. Kenapa hatinya begitu sukar untuk menerima kehadiran Amar? Kenapa setiap perbuatan Amar tidak dihargai?  Naura menangis semahu-mahunya.



.....



       Akhirnya, semuanya telah siap. Tapi, kehadiran Amar belum kelihatan. Sudah berkali-kali Naura cuba menelefon Amar tapi masih tidak berangkat. Sudahlah, ini hari terakhir dia berurusan dengan Amar. Selepas ini, bila lagi dia akan berjumpa dengan lelaki bernama Amar Hadif itu. Dia mengambil gambar setiap sudut rumah Amar dan menghantar gambar-gambar itu melalui aplikasi Whatsapp. Sebelum dia keluar dari rumah itu, Naura sempat menyelitkan nota bersama kunci rumah di dalam peti surat rumah Amar.

     "Selamat tinggal awak." kata Naura sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah itu.

      Naura sampai ke pejabatnya. Dia duduk termenung di kubikelnya.  Dia memeriksa telefonnya. Masih tiada respons dari Amar. Dia teringat tentang ayat di dalam surat semalam yang menyatakan bahawa Amar akan mengundur diri darinya. Adakah itu maksudnya? Dengan meninggalkan dia serta-merta begitu?

       "Saya tak cakap lagi saya terima atau tidak." kata Naura perlahan sambil meletakkan kepalanya pada mejanya.

    "Terima apa pula ni? Terima projek baru ke?" Adilah tiba-tiba muncul.

    Terkejut Naura dibuatnya.

     "Tak ada apalah. Hmm...nak apa datang ni?" tanya Naura.

    "Makan jom. Semalam kau tolak ajakan aku takkan hari ni pun begitu?"

    "Kau dan makanan memang tak boleh dipisahkan."

    "Please...jomlah. Kau dah tak nak kawan aku ke?"

   "Belum waktu lunch sis. Nak kena marah dengan Encik Haris?"

   "Okay nanti waktu lunch kita keluar sama-sama ok?!"

    Naura hanya mengangguk kepala. Adilah sudah bersorak sendiri sebelum berjalan menuju ke kubikelnya. Kadang terdetik juga rasa cemburu bila melihat Adilah yang sentiasa gembira bagai tiada  masalah yang mendatang dalam hidupnya. 

     Tengah hari itu, seperti yang dijanjikan, Naura keluar makan bersama sahabat baiknya itu. Adilah sudah gembira kerana dapat makan bersama Naura. Senyuman tak lekang dari bibir. Mulutnya juga tidak habis-habis bercerita dan seperti biasa Naura hanyalah pendengar yang setia .

     "Kau pula?" tanya Adilah.

    "Kenapa dengan aku?"

   "Tadi, apa yang terima ke tak tu? Kau nak balik pada Izz?"

    "Kenapa tiba-tiba sebut tentang Izz? Kau suka dia eh?"

   "Mana ada! Aku tanya je kan. Hish..takkan lah nak pada dia. Kalau dia boleh senang-senang lupakan kau apatah lagi aku. Aku tak naklah sakit hati."

    "Kau ni pernah ditinggalkan ke apa? Kenapa takut sangat kahwin ya?"

     "Mana ada. Cuma kena berhati-hati tu je."

      Adilah kemudian diam. Jawapan yang sebenar untuk pertanyaan Naura adalah ya. Dia pernah ditinggalkan. Saat kepercayaan diberikan dia didustai begitu sahaja. Sejak itu,mana mungkin dia dengan mudah membuka hati. Apatah lagi dengan Izz yang pernah menyakiti sahabatnya itu. Dia sendiri melihat Naura menderita kerana Izz.

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now