Siti duduk sendiri di beranda rumahnya di kampung. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi mood sendu. Dia teringat akan seseorang. Tapi, yang anehnya, orang tersebut bukan Amar. Zarif. Ya, Zarif tiba-tiba muncul dibenak fikirannya. Entahlah. Nak kata rindu tak jugak. Tapi, selalunya kalau mood nya tidak baik pasti Zarif akan ada dan menghiburkan dirinya.
"Termenung apa?"
Terkejut Siti bila ditegur ibunya. Dia menoleh dan tersenyum lemah.
"Ummi ni rindu betul pada anak ummi tapi anak ummi rindu pada orang lain."
"Eh, ummi janganlah sedih pula. Tak ada apalah. Siti teringat kerja sikit. Tapi, Siti happy tau balik rumah. Tenang saja."
"Kalau happy kenapa teringat kerja? Atau..anak ummi teringat pada Amar?"
Senyuman Siti mula pudar bila nama itu disebut.
"Ummi dengar banyak cerita tentang anak ummi. Tapi, ummi tak nak ambil peduli. Cuma, ummi nak anak ummi jaga diri. Kita ni perempuan. Islam lagi. Kena jaga maruah kita. Cara berpakaian semuanya kena jaga. Ummi bukan nak menyibuk cuma.."
Tiba-tiba, Siti merangkul ibunya itu. Dipeluknya seeratnya. Entahlah, bila buat begitu hatinya sedikit lega. Segala kegalauan yang melanda di hati mula sedikit reda.
"Siti tahu, Siti bukan anak yang baik. Maaf ya kalau Siti banyak malukan mak. Mak doakanlah Siti."
Sangka ibunya, Siti akan marah-marah seperti selalu tapi kali ini lain. Anaknya hanya meminta doa darinya. Tapi, ibu mana yang tidak mendoakan anaknya. Senyuman saling bertukar. Lega bila teguran diterima baik.
"Kalau mak doakan Siti dan Amar bersatu semula pun baik juga."
Pelukan terlerai. Siti tersenyum sinis dan terus masuk ke dalam.
......
Amar mengeluh sendiri. Sudah seminggu Naura cuba mengelak untuk berjumpa dengannya. Puas sudah dipujuk. Inilah baru dia tidak menolak. Dia ada buat salah ke? Atau Naura betul-betul sibuk? Dia melihat skrin telefonnya. Mesej dari Naura masih belum diterima. Naura betul-betul akan datang atau tak? Dia menunduk. Air teh limau ais yang dipesannya dibiarkan di atas meja.
"Eh, abang." tegur Siti.
Dahi Amar berkerut melihat kehadiran perempuan itu.
"Macam mana Siti boleh ada disini? Bukan Siti balik kampung?"
"Memanglah. Tapi, takkan nak duduk kampung lama-lama pula. Macam mana dengan kerja Siti di pejabat tu. Abang ni kelakar ya." Siti tergelak kecil. Dia kemudian berjalan duduk di kerusi berhadapan dengan Amar.
"Maaf, tapi tu bukan tempat Siti. Abang dah janji nak keluar dengan Naura."
"Tak nampak pun Naura. Entah-entah tak jadi datang kot. Biar Siti teman abang ya."
"Apa Siti merepek ni?"
Tiba-tiba, tangan Siti memegang tangan Amar yang turut berada di atas meja.
"Terima kasih sebab ajak Siti makan dengan abang." Siti tersenyum sendiri.
"Apa ni?" Amar menarik tangannya perlahan dan menoleh untuk mencari kelibat Naura.
Rupanya, Naura sudah berada di belakangnya. Mata Naura memandang Siti dengan tajam. Geram betul melihat perempuan itu tergedik-gedik dengan tunangnya. Atau patut dipanggil bekas tunang? Amar terus bangun dari kerusi bila melihat Naura dibelakangnya. Siti masih tersenyum bagai tiada apa yang terjadi.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...