Naura sampai di rumahnya. Dia duduk di birai katil. Wajahnya mengukir senyum sambil menghela nafas lega. Lega bila tahu Amar tidak marah akan dirinya. Sangkanya, Amar akan marah dan mengamuk tapi ternyata lelaki itu menyelesaikan masalah dengan matang. Dia kemudian teringat akan Siti. Dah lama pula tidak mendengar cerita tentang wanita itu. Entah dia sudah terima atau tidak yang Amar sudah menjadi tunangannya. Satu notifikasi mahu ke telefon Naura.
'Tidurlah...dah lewat ni. Jangan fikir apa-apa lagi.'- Amar.
Dahi Naura bertaut. Dari mana pula lelaki itu tahu dia belum tidur dan sedang berfikir.
'Jangan pelik macam mana saya tahulah. Tidur saja. Esok nak kerja lagi.'- Amar.
'Eh, tahu-tahu saja ya. Yalah, saya mahu tidurlah ni. Macam mana nak tidur kalau awak asyik mesej saya.' - Naura.
'Okay. Good night, Love.'- Amar.
Naura tersenyum sendiri. Sejak bertunang, ayat-ayat yang Amar bagi bukan biasa-biasa. Tiba-tiba saja perkataan 'sayang' dan 'love' meniti di bibirnya. Hati Naura pula apa lagi bertambah gembira lah. Berbunga-bunga hatinya dibuatnya. Dulu, cukup sekadar awak dan saya saja. Sekarang, pandai pula nak bermanis mulut bagai. Makin dia mengenali Amar, makin hatinya tertaut dengan lelaki itu. Senang cerita makin dia jatuh cinta dengan lelaki bernama Amar Hadif itu.
......
Adilah mengelap rambutnya yang basah. Kemudian, fikirannya menerawang ke tempat lain. Wajah dan suara Izz mula bermain difikirannya. Kata-kata Izz membuatkan dia rasa yakin tapi terkadang tindakan Izz mula meragukan dirinya. Lagi-lagi, bila Izz menyebut nama Naura. Dia tahu Naura merupakan sahabatnya sendiri tapi terkadang timbul sedikit rasa cemburu itu. Biarpun, Naura sudah punya pengganti tapi dia risau jika Izz yang belum sepenuhnya menemui pengganti.
"Macam mana kalau hati dia hanya separuh untuk aku?" Adilah bermonolog sendiri.
Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah baginya. Malah bukan sesuatu yang indah sepanjang masa seperti dalam drama yang sering ditonton. Dalam perkahwinan banyak cabarannya. Bukan sekadar tentang rasa cinta yang ada. Itu membuatkan Adilah takut. Lebih-lebih lagi banyak kisah yang dia didengari termasuk dari sahabat sendiri. Lagipun, kelakuan Izz yang dulu sedikit sebanyak membuatkannya takut. Adakah mampu dia mengubah Izz dan adakah Izz mampu mengubah sikapnya sendiri?
"Kalau kahwin nanti lepas itu dia belum move on dengan Naura macam mana? Aku bahagia ke nanti?"
Adilah mengeluh sendiri. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia dan Izz terlalu unik untuk diungkapkan dengan kata-kata. Dia dan Izz tak seperti Naura dan Amar. Dia dan Izz terlalu banyak perbezaan dan keraguan yang muncul. Mungkin cuma dia yang penuh prasangka atau mungkin firasatnya yang sering memainkan peranan dan cuba memberikan amaran kepada dirinya. Bila difikirkan, mahu saja dia memutarkan waktu dan menolak untuk berjumpa dengan lelaki itu. Kerana Izz dia mampu melupakan wajah lelaki itu. Kerana Izz dia asyik teringatkan senyuman manis lelaki itu. Menyampah betul!
Telefonnya kemudian berdering. Nama Izz Hazri tertera pada skrin. Lama juga dia merenung sebelum mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.
"Ya, Assalamualaikum. Kenapa ya?" tanya Adilah.
"Waalaikumussalam. Amboi, kenapa jawab macam kita baru lepas marathon ni? Cubalah jawab dengan ceria dan bertenaga sikit. Lemah betul suara tu. Teman istimewa merangkap bakal suami awak yang tengah call ni tau bukan lelaki biasa." marah Izz.
Adilah terdiam. Bakal suami? Hish, biar betul mamat ni?! Siapa pula yang bagi gelaran macam tu?
"Jangan nak blushing lah dengar perkataan bakal suami tu." kata Izz lagi.
"Eh, jangan nak berangan ya. Saya tengah fikir siapa yang bagi gelaran tu pada awak? Pandai-pandai pula letak sendiri."
"Lahh...kata tadi, awak dah buka hati kan. So, I take it as a yes. Simple kan."
"Apa-apa jelah. Kenapa telefon ni?"
"Saja. Nak make sure awak terima ke tak panggilan bakal suami tu. Ternyata awak terima dengan terbuka bersama hati yang berbunga. Glad to hear it." Izz tersenyum sendiri.
"Perasan betullah. Sweet talker!"
Adilah terus menamatkan panggilannya. Dia menekup wajahnya dengan bantal dan menjerit sekuat hati. Dasar sweet talker! Hatinya mula tak keruan. Benci betul. Rasa apa yang gila sangat ni. Izz memang selalu membuatkannya tak keruan. Penat juga dia menahan diri. Lagi-lagi, dia tahu kisah silam Izz lagilah hatinya tak keruan. Manusia memang berubah tapi adakah secepat itu? Dia kemudian merenung Miko yang sedang duduk di lantai. Miko yang sedar dirinya dipandang terus mengiau dan memanjat katil. Kepala Miko diusap lembut. Penat betul jadi manusia. Kalau jadi kucing mungkin lebih bahagia?
.........
Siti berjalan memasuki ke kawasan lobi hotel. Bibirnya mengukir senyum bila melihat Amar turut berada di lobi. Amar yang sedang berbual dengan staf disitu mula mengalihkan pandangannya ke arah wanita itu. Senyuman wanita itu langsung tidak berbalas. Siti meneruskan langkahnya untuk mendekati lelaki itu.
"Ada apa Siti datang sini?" Tanya Amar.
"Siti ada benda nak bincang dengan abang."
Amar mengeluh. Apa lagi nak dibincangkan pula? Bukankah semuanya sudah tamat antara mereka. Amar kemudian memberi isyarat mata agar Siti mengekorinya. Siti tersenyum lagi sebelum mengatur langkah mengikuti lelaki dihadapannya itu. Semua staff sibuk memandang gerak geri mereka. Mana tidaknya, katanya majikan mereka sudah bertunang. Jadi, pastinya masing-masing berteka-teki mahu mengetahui siapa tunangan kepada Amar Hadif.
Amar masuk ke pejabatnya. Dia kemudian duduk di kerusinya sambil mata memandang wajah wanita dihadapannya dengan serius. Siti masih tersenyum sendiri. Tenang sahaja riak wajahnya. Dia kemudian duduk berhadapan dengan Amar biarpun tidak disuruh. Senyuman yang masih tidak lekang membuatkan Amar gelisah. Entah apa pula yang mahu dilakukan oleh wanita itu pun dia tak pasti.
"Ada apa ni? Tersenyum-senyum saja." tanya Amar.
"Tak ada apa. Siti happy tengok abang."
"Janganlah berdalih"
"Abang ni..chill sikit boleh tak? Siti bukan nak buat apa pun lah."
"Kata nak cakap sesuatu. Haa..apa dia?"
Siti tersenyum lebar lagi. Amar mula tidak sedap hati.
" Abang betul ke sayangkan tunang abang tu?"
"Kalau Siti nak mengarut balik sajalah. Abang banyak lagi kerja nak buat. Tak ada masa nak layan."
Siti tertawa kecil.
"Gurau saja bang. Siti nak bagitahu, Siti nak balik kampung. Yalah, dah lama tak jumpa parents dekat kampung tu kan."
"Itu saja?"
"Yalah, takkan nak jadi anak derhaka kan tak balik rumah jumpa mak ayah. Abang tu yang beria ajak Siti masuk bilik bagai. Ke abang yang buat sesuatu dekat Siti ni?" Kali ini, Siti mendekatkan dirinya ke arah Amar.
Tiba-tiba, pintu bilik Amar dibuka. Tangan Siti terus hinggap di atas tangan lelaki itu. Setiausaha Amar terus memandang mereka dengan terkejut. Amar terus menarik tangannya kembali. Siti tersenyum sinis kemudian terus berlagak seperti tiada apa yang berlaku tadi.
"Kenapa ya Zue?"
"Hmm...saya nak ingatkan Encik Amar, lagi 20 minit ada meeting."
"Okay. Terima kasih."
Zue terus keluar. Kepalanya masih tak mampu nak menghadam apa yang dilihatnya tadi.
"Siti boleh keluar kot. Abang ada hal."
Siti tersenyum dan menggangguk.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...