Petang itu, sebelum pulang Naura singgah sebentar di pasar raya untuk membeli barang dapur yang dipesan ibunya. Banyak juga barang yang dipesan. Sedang Naura sibuk memilih rempah, trolinya di dilanggar lembut seolah-olah sengaja dilanggar. Dia mendongak dan memandang orang yang telah melakukan itu. Izz berdiri sambil tersenyum.
"Lama tak jumpa." kata Izz.
"Lama tak jumpa pun buat hal ya." usik Naura.
"Saja. Seorang saja?"
"Haah. Mak tak nak ikut. Katanya, kalau ikut nanti terlepaslah drama dia nak tengok. Awak pun seorang?"
"Haah. Hmm...pasal bunga tu apa cerita?"
"Ouh..hmm panjang ceritanya."
"Pendekkanlah."
Naura bangun dan memandang Izz. Serba salah juga mahu bercerita. Amar bukan sesuatu yang meyakinkan baginya. Mereka masih dalam tempoh perkenalan. Bukan semudah itu mahu memberitahu semua orang. Cukuplah mana yang tahu sahaja.
"Okay...saya anggap bukan masanya untuk beritahu lagi." kata Izz lagi selepas melihat Naura lama mendiamkan diri.
"Terima kasih sebab menghormati pilihan saya." balas Naura sebelum sambung memilih barang. Izz hanya mengekorinya.
"Adilah ada cakap apa-apa?"
Naura ketawa kecil.
"Kenapa?"
"Kau orang ada masalah lagi? Kelakarlah."
Izz menggaru kepala sambil tersengih. Kesibukkannya membuatkan Adilah memilih untuk diam dan tak bertegur dengannya. Tidak tahu sama ada itu tanda cemburu atau apa. Tapi, jelaslah dia tak suka bila Adilah tidak mahu membalas segala mesej darinya.
"Dia sangat mencabar kesabaran."
"Faham. Dia memang begitu. Kadang-kadang, tak boleh jangka perangai dia."
Naura hanya tersenyum. Dia faham benar dengan maksud Izz.
"Tak macam awak. Lebih simple dan memahami."
Langkah Naura terhenti. Dia terus memandang Izz. Izz hanya tersenyum seolah-olah tiada yang salah dalam percakapannya sebentar tadi sedangkan Naura rasa tidak selesa mendengar kata-kata itu. Bukankah semuanya sudah selesai? Kenapa pula mengunkit cerita lama yang pedih itu?
"Itu pujian bukan makian. Jangan pandang macam tu. Saya dah lama lepaskan awak dari hati saya ni." kata Izz lagi.
"Pujian tu sangat meragukan."
"Puji pun salah? Apapun, terima kasih."
Naura memandang lagi lelaki itu. Tangannya yang sedang memilih sayur terhenti. Lelaki disebelahnya memang mahu sengaja bermain dengan kata-kata ke apa. Asyik mengejutkan orang saja dengan kata-kata yang dikeluarkan.
"Terima kasih kenapa?" tanya Naura.
"Terima kasih sebab teman beli barang dan terima kasih sebab masih layan saya dengan baik."
Barulah terasa lega lepas mendengar penjelasan dari lelaki itu.
"Sama-sama. Itulah, kelakar juga rasanya. Di awal, kita berbaik tapi di pertengahan jalan kita tak sehaluan sementara sampailah sekarang kita memilih untuk berbaik semula."
"Berbaik dengan cara yang berbeza." balas Izz sambil tersenyum.
Naura tersenyum juga. Baiklah, dia mengaku Izz yang sekarang lebih menyenangkan. Nampak perubahan yang Izz lakukan. Bersyukur juga kerana mereka masih memilih untuk berbaik. Dapatlah dia mengenali lelaki itu. Biarpun, statusnya sekarang tak lagi sama. Mereka akhirnya membawa haluan masing-masing setelah selesai membeli barang dapur.
Izz masuk ke dalam kereta dan melihat skrin telefon seketika selepas tertinggal barang berharga tersebut didalam kereta sementara membeli barang. Mujur saja keretanya tidak dipecah masuk. Bibirnya mengukir senyuman yang lebar bila nama Adilah ada dalam senarai panggilan yang tidak dijawab. Ini bermakna wanita itu ada menghubunginya sementara dia di dalam pasar raya tadi.
.....
Adilah menanti kehadiran Izz. Entahlah, tapi dalam kepala hanya lelaki itu yang boleh membantunya sekarang. Sebenarnya, dia sudah menghubungi abangnya untuk meminta pertolongan tapi abangnya itu outstation pula. Matanya melirik ke arah jam dinding. Apa yang lambat sangat nak datang ni? Haish...sudahlah terdesak boleh pula lambat.
Tidak lama kemudian, pintu rumahnya diketuk. Adilah terus membukanya memandangkan dia memang berdiri di hadapan pintu menantikan kehadiran lelaki itu. Amar datang dengan senyuman dibibir dan aiskrim di tangannya.
"Eh, cepatlah masuk. Apa senyum-senyum ni?" marah Adilah.
"Sabarlah, kenapa panggil datang rumah ni? Masalah apa yang besar sangat tu?"
"Pintu bilik tu terkunci. Tolong buka kan cepat."
Izz memandang Adilah. Takkan pintu pun tak pandai buka.
"Mana kunci bilik ni?" tanya Izz.
"Kalau saya tahu dah lama saya buka sendiri. Cepatlah, buat saja apa-apa pun."
"Bilik awak ke? Ada barang penting?"
"Bukan, jangan banyak tanya boleh?"
Izz merengus kecil. Dia kemudian membelek pintu itu. Sekeping fail diminta dari Adilah. Adilah berlari mendapatkan fail dan menghulurkannya kepada lelaki itu. Izz mencuba berkali-kali dan pelbagai cara akhirnya pintu bilik itu terbuka. Seekor kucing berwarna hitam keluar dari bilik tersebut.
"Miko!" Adilah terus memeluk kucing itu.
"Kucing pun nak privacy ya?" tanya Izz.
"Maksudnya?"
"Iyalah, siap ada bilik sendiri. Siap kunci bilik tak bagi orang masuk. Bila dah terkunci baru panik."
Adilah menjeling sebelum berjalan menuju ke dapur untuk memberi Miko makan. Izz mengikuti dari belakang. Dia kemudian perasan yang Adilah membiarkan pintu utama terbuka luas. Dia memandang wanita itu kembali.
"Ada rumah terbuka ke?"
"Huh? Mana ada."
"Tu, pintu tu. Nak ajak siapa lagi masuk?"
"Hish, saya takut apa-apa jadilah. Lagipun, awak orang asing."
Izz tersengih. Adalah itu idea mahu mengusik.
"Kalau saya orang asing kenapa telefon? Mesti sebab hanya saya yang terpahat dalam ingatan kan?"
"Tak ada maknanya. Abang saya outstation lepas tu jiran sebelah kanan tu belum balik. Depan dengan kiri mana ada jiran."
"Alasan. Kalau rindu cakap saja. Saya terima."
Adilah mencebik. Menyampah betul. Elok sangatlah bergurau begitu. Haih...kalau tahu dia akan diusik begini dia rela telefon bomba untuk selesaikan masalah ini. Izz hanya tersengih kecil. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu dan memakai kasut. Adilah terus berjalan menuju ke pintu juga.
"Takkan nak balik dah?" tanya Adilah.
"Yalah. Pintu tu nanti saya bawa barang ganti dan tukarkan. Aiskrim tu jangan lupa makan. Saya letak atas meja tu tadi."
Adilah menoleh dan memandang sebekas aiskrim di atas meja. Lupa pula tadi lelaki itu datang bersama aiskrim. Dia ingat Adilah memanggilnya untuk makan aiskrim bersama ke apa. Adilah memandang Izz kembali. Izz tersenyum sebelum menuju ke keretanya.
"Ouh ya, pesan pada..Miko ya? Haa tak kesahlah. Pesan pada budak hitam comot tu jangan kunci pintu nanti terkunci lagi dah kena pecahkan pintu lagi."
Adilah hanya tersengih. Sempat lagi menyakat Miko yang nyata tidak pernah ada perasaan itu. Miko hanya memandang Izz sebelum berjalan dan duduk di atas sofa. Nampak sangat kucing itu tak pernah kesah tentang apa-apa. Terkunci dalam bilik tidak mengiau sangat. Hanya Adilah yang terlebih risau. Sejurus Amar pergi, Adilah merenung bekas aiskrim di atas meja. Senyumannya terukir bila teringat wajah ceria Izz yang datang ke rumahnya tadi. Siapa sangka lelaki itu ingat dia ingin mengajak lepak. Memang tidaklah. Adilah ketawa kecil.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...