Izz menghantar Adilah pulang ke rumah. Ada rasa serba salah dihati Izz. Dia tahu walaupun Adilah tidak menyuarakan tapi pasti ada sedikit rasa cemburu atau sakit hati saat mendengar kata-katanya tadi. Adilah keluar kereta bagaikan tiada apa yang tak kena. Izz terus turut keluar dari perut kereta dan memandang ke arah Adilah.
"Kenapa? Saya ada tertinggal barang?" tanya Adilah.
"Tak. Hmm..saya nak cakap sikit."
Adilah terus memandang Izz.
"Saya minta maaf andai awak terasa dengan apa yang cakap pada Amar tadi. Ya, saya memang tak mahu Naura sakit hati lagi sebab dia dah banyak terluka dan kembali dengannya bukan satu jalan yang baik lepas apa yang dah saya lakukan pada dia. Saya ada awak sekarang. Saya sayangkan awak sepenuh jiwa dan raga saya. Awak memang complicated dan pelik sikit tapi saya tetap sayang awak. Apa yang pernah terjadi antara saya dan Naura akan saya pastikan tak akan berulang bila saya dengan awak."
Adilah memandang Izz sambil menekup mulutnya. Terharu bila Izz beria meminta maaf sedangkan dia cuba memahami keadaan itu. Ya, dia mengaku hatinya agak sakit tapi dia cuba memahami yang walau apa yang jadi sekalipun Naura dan Izz pernah berkongsi rasa. Dia tersenyum. Kemudian, senyumannya pudar.
"Awak cakap saya complicated dan pelik? Patutlah ayah awak tiba-tiba panggil saya cik complicated." dahi Adilah mula berkerut membuatkan Izz hanya mampu tersenyum.
"Yalah, nak dapatkan awak punyalah susah. Tapi, tulah, mungkin balasan untuk saya. Bila senang-senang dapat saya sia-siakan. Sekarang, terpaksalah saya usaha lebih sikit. Macam harini, kaki saya belum sembuh sepenuhnya lagi tapi gigih drive awak sampai ke sini."
"Amboi-amboi, mengeluh ya. Kang elok-elok kaki tu hanya ligamen yang terkoyak jangan sampai saya patah-patahkan pula."
Izz tertawa mendengar ugutan 'serius' dari Adilah.
"Okaylah, sorry okay sayang. Saya balik dulu ya. Jaga diri.Bye." kata Izz sambil melambai ke arah Adilah.
"Awak pun. Jaga diri dan jaga hati!"
Izz hanya tersenyum sambil membuat simbol 'OK' menggunakan tangannya. Adilah tersenyum. Izz dan dia memang mempunyai satu hubungan yang tak mampu dihuraikan seperti apa. Kadang-kadang, gaduh manja. Kadang-kadang manis bagaikan gula-gula. Penat tapi seronok juga. Adilah tertawa kecil sendiri.
...
Naura baru memakir keretanya. Kemudian, dia dapat melihat seperti ada kereta lain yang baru sahaja parkir di hadapan rumahnya. Kereta itu agak dikenalinya tapi dia tak pasti siapakah tuan kereta itu. Terus Naura keluar dari perut kereta dan mendekati pagar rumah yang sudah tertutup secara automatik saat dia masuk tadi. Pemilik kereta tersebut kemudian turut keluar dan membuatkan riak wajah Naura semakin berubah. Tak tahu mahu marah atau apa. Dia perhatikan saja sosok pemilik kereta itu yang kelihatan agak sugul. Naura terus menekan butang untuk membuka pagar rumahnya.
"Nak apa datang ni?" tanya Naura dengan tegas seolah-olah tak makan dek muka sugul pemilik kereta tadi.
"Lagi satu, mana dapat alamat? Pandai-pandai saja datang rumah orang." tambah Naura lagi. Dia kemudian bercekak pinggang menanti jawapan dari sang pemilik kereta tadi.
"Memang datang nak buat muka sedih saja ke? Diam saja. Ke dalam mulut tu ada emas?" marah Naura saat geram bila 'tetamunya' asyik diam membisu. Apalah yang dia mahukan pun tak pastilah.
"Eh, jangan buang masa lah. Orang dahlah penat baru balik kerja. Sudahlah, kalau nak duduk sini sampai malam silakan." Kaki Naura mula melangkah saat tiada jawapan yang keluar.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...