"Mak setuju?!" Hampir saja Siti menjerit bila mendengar berita itu. Niatnya mahu menghubungi Puan Fadzila untuk bertanya khabar saja. Tiba-tiba, jadi begini pula. Panas pula hatinya.
"Mak bukan apa, abang tu dah buat macam-macam untuk mak. Takkan mak nak halang pula bila dia dah jumpa orang yang berkenan di hati dia."
"Tapi, mak kan janji nak satukan kami? Mak lupa janji mak ke?"
"Memanglah. Tapi, kan kamu juga yang putuskan awal-awal dulu. Mak dah halang kan tapi kamu tetap nak putuskan. Tak apalah, kamu tetap anak mak. Jangan risaulah."
"Masa tu, Siti sendiri tersalah buat pilihan. Tolonglah mak, pujuk abang tu. Siti masih sayang dengan abang tu."
"Mak bukan tak nak pujuk tapi selama ini pun kamu boleh nampak kan abang tu macam mana. Bukan dia tak cuba nak berbaik dengan kamu. Apa kata nanti mak kenalkan kamu dengan anak-anak kawan mak pula ya. Janganlah merajuk pula."
"Hish..mak ni, ingat Siti ni apa main pass pula pada orang. Lagipun, kawan mak tu siapalah sangat. Sampai hati buat Siti macam ni."
Terus panggilan ditamatkan. Puan Fadzila belum sempat berkata apa lagi. Siti merengus kasar. Jelaslah ini bukan berita yang baik untuknya. Sejak bila pula Puan Fadzila telah berpaling tadah ni? Dulu, kemain juga nak satukan dia dan Amar. Sekarang? Semuanya musnah begitu saja? Naura. Perempuan itu memang sengaja nak bermusuh dengannya. Takkan dia lupa peristiwa kelmarin begitu saja. Dasar perempuan perampas! Hatinya membentak sendiri. Geram bila tiba-tiba ada yang ingin merebut buah hatinya itu.
......
"Betul ke ni?" tanya Naura. Hatinya sudah bersorak gembira mendengar berita baik itu.
Puan Mariam yang berada disebelah sudah tidak sabar mahu mendengar berita apa yang sungguh menggembirakan anaknya itu.
"Betul, takkan nak tipu. Mungkin bulan depan ni kami datang merisik dan terus bertunang."
"Seriously? Mak awak tak marah? Dia okay saja dengan semua ni? Dia okay dengan kita?"
"Betul..awak ni berapa kali nak cakap. Betul. Betul Cik Naura Afifah."
"Terima kasih awak. Okaylah, saya nak cakap dekat mak saya."
Naura terus mematikan panggilan dan menjerit. Ibunya belum apa-apa dah gembira biarpun dia belum jelas sebab apa anaknya itu begitu gembira sekali. Naura kemudian memeluk erat ibunya. Semua ini mesti atas sebab doa-doa ibunya juga ni.
"Bila?" tiba-tiba Puan Mariam bersuara.
"Bila apa?"
"Hish, kamu ni...bila nak langsung nikah nya?"
"Bukan nikahlah mak..tunang saja dulu."
"Eh, kenapa pula tak nikah terus. Kamu bukan muda lagi."
"Memanglah, tapi kami dah bincang dari awal. Lagipun, mak Amar pun sendiri nak tunang dulu."
"Yalah. Esok, kita pergi cari barang."
"Awal betul. Bulan depan baru langsung."
"Habis tu, takkan nak prepare hari tu juga? Mestilah dari awal."
Puan Mariam pula yang tidak sabar-sabar selepas mendengar berita baik itu. Naura hanya mendengar segala perancangan yang sedang dikemukakan oleh ibunya itu. Ibunya punya gembira bagaikan ini perkhawinan pertamanya saja. Tapi, tak dinafikan juga. Dia juga gembira walaupun hati masih terselit sedikit ragu.
"Akhirnya, kahwin juga anak mak ni." Kata Puan Mariam sambil memeluk anaknya.
"Mak, bukan kahwin lagi. Tunang saja dulu."
"Sama lah tu. Yang penting, anak mak bahagia. Mak mana nak tengok anak sedih-sedih. Kamu pun dah lupakan Izz. Baguslah tu."
Naura tersenyum. Izz. Lelaki yang pernah ada dalam hatinya. Kini, tempat itu beralih pula Amar. Dia sedar lelaki bernama Amar Hadif itu banyak menghabiskan segalanya untuknya. Masa, duit, tenaga dan semuanya lah. Kalau buta lagi tak tahulah apa masalah hatinya itu. Semoga hubungan mereka baik-baik saja. Itu saja pinta Naura.
....
Naura masuk pejabat. Bibirnya tersenyum lebar. Tak sabar mahu berkongsi berita dengan sahabatnya itu. Bukannya tidak boleh whatsapps tapi dia mahu bercakap secara berhadapan. Barulah terasa gembiranya itu. Kakinya terus menuju ke kubikel milik Adilah.
"Selamat pagi!" Tegur Naura.
"Kau kenapa gembira sangat ni?"
Naura memandang sahabatnya itu. Wajah Adilah sedikit muram. Sudah kenapa pula lah si Adilah ni? Baru nak sampaikan berita gembira.
"Kau kenapa?" Tanya Naura.
"Siapa perempuan ni?"
Adilah menujukkan story dari akaun Instagram milik Izz. Terlihat seorang perempuan yang sedang menikmati makan malam bersama Izz. Wajah mereka saling tersenyum. Pandangan dialihkan kepada sahabatnya semula. Adilah kelihatan sangat serius. Naura tersenyum.
"Kau kenapa senyum-senyum? Ini bukan lawak ya."
"Sabar boleh tak?"
"Macam mana nak sabar. Dia bukan main lagi pujuk aku buat macam-macam lepas tu, sesuka hati keluar dengan orang lain. Tak berubah lagi rupanya. Menyampah."
"Weh, aku tak sempat cerita hal sebenar lagi kau dah marah-marah kenapa? Sabar... aku kenal dia ni."
"Kau kenal? Siapa dia? Antara simpanan dia dulu ke? Nak kata adik, setahu aku dia anak tunggal. Cerita sekarang!"
"Bukanlah. Itu Aireen. Dia sepupu Izz. Haa...sebelum kau nak marah biar aku cerita habis dulu." Kata Naura saat melihat Adilah seolah-olah mahu melenting lagi.
"Walaupun, dia sepupu Izz. Dia orang tak boleh kahwin sebab Aireen ni adik beradik susuan Izz. Mak Aireen meninggal masa lahirkan dia. Jadi, mak Izz lah yang jaga Aireen sementara dulu. Mereka memang rapat tapi kalau kahwin tak sah. Faham tak? Ke nak aku cari video ilmiah tentang anak susuan baru kau faham?"
"Laa...kenapa tak cakap awal-awal?"
"Yang kau pun baru tanya kenapa? Macamlah tak boleh call ke apa."
Adilah tersengih sendiri. Naura hanya menjeling. Penat pula melayan sikap kalut Adilah itu.
"Eh, kau bukan nak share sesuatu ke?"
"Haa...mujur kau tanya. Aku...aku..."
"Eh,cepatlah cerita. Nak main-main pula." marah Adilah.
"Astaghfirullah...sabarlah. Aku..nak tunang!"
Riak wajah Adilah berubah.
"Kau kenapa pandang macam tu? Gembiralah patutnya kan. Kawan kau dah one step closer gitu."
"Ingatkan nikah terus. Kenapa tunang dulu?"
"Tunang lah dulu. Tak nak rush."
"Kau ragu-ragu lagi eh?"
"Mana ada. Eh, dahlah banyak kerja lagi nak buat."
Naura terus meninggalkan Adilah. Adilah tersenyum sendiri. Macamlah dia tak tahu Naura bagaimana. Mesti sengaja mengelak lah tu. Dia kemudian kembali teringat akan Izz. Malu pula bila dia beria-ria marah semalam. Manalah dia tahu. Selama ini, Izz mana pernah cerita tentang ahli keluarganya. Pening pula nak memujuk lelaki itu nanti. Adilah mengeluh sendiri.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...