Bab 26

26 2 0
                                    

         Naura pulang agak lewat selepas bertemu dengan klien pada hari itu. Dia pening memikirkan kerenah klien yang bermacam ragam. Patutnya dia sudah boleh pulang tapi terhalang akibat klienya itu tidak berpuas hati dengan pemilihan tema yang sepatutnya sudah dari awal ditetapkan. Saat kereta dipandu, Naura merasakan ada yang tidak kena dengan keretanya itu. Kemudian, keretanya berhenti. Mujur saja dia sempat mengalihkan sedikit kedudukan keretanya agar tidak menganggu pemandu lain.

      Naura keluar dari kereta dan membuka bonet keretanya. Dia kemudian termenung. Dia sesungguhnya tidak tahu hendak buat apa. Telefonnya dikeluarkan dan nama Izz dicari. Dia tahu Izz pasti ada nombor telefon mekanik yang akan membantunya. 

      "Assalamualaikum, Izz awak ada nombor telefon mana-mana mekanik tak? Saya perlukan sekarang."

     "Waalaikumussalam. Urgent ke? Awak bagitahu lokasi awak nanti saya sampai."

    "Eh, tak perlu. Saya cuma nak nombor telefon mekanik tu saja. "

    "Jangan degil. Bagitahu lokasi awak dan saya akan kesana. Lagipun, saya belum sampai rumah ni. Nanti saya call mekanik tu.

    Naura akhirnya mengalah. Nak diikutkan dia tidak mahu menyusahkan Izz memandangkan mereka tidak lebih dari sekadar kawan. Dia menunggu kedatangan Izz yang dikatakan akan sampai dalam jangka masa 10 minit. Jam tangan diteliti. Sudah 25 minit berlalu. Izz masih tidak kunjung tiba. Dia mengeluh perlahan. 

     Tidak lama kemudian, ada kereta yang mendekatinya. Naura hairan melihat kereta itu. Dia belum pernah melihatnya sebelum ini. Takkan pula Izz beli kereta baru sedangkan baru setahun lepas lelaki itu membeli kereta. Kaya betul beli kereta lagi sedangkan belum setahun lagi kereta sebelum ini. Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Naura terkaku. Dia kenal lelaki itu.

     "Kereta rosak ke cik?" Tanya lelaki itu.

    "Norman?" tanya Naura.

    Lelaki diam dan memandang Naura. Matanya dikecilkan agar dapat melihat Naura dengan lebih jelas. Lelaki itu kemudiannya tersenyum saat sudah menyedari siapa wanita dihadapannya itu. Naura membalas senyumannya itu.

     "Naura? Lama betul tak jumpa ya."

   "Itulah. Lepas grad terus masing-masing buat hal masing-masing kan."

    Lelaki yang bernama Norman itu hanya mengangguk. Betullah apa yang dikatakan Naura. Dulu, selepas sahaja habis belajar terus dia terputus hubungan dengan wanita yang tinggi lampai itu. Pernah juga menyimpan perasaan terhadap Naura tapi ditepis kerana risau hubungan baik mereka sebagai kawan akan terjejas. Majlis kahwin Naura juga dia tidak sempat hadir.

    "Biar aku tengok kereta kau ni."

     Naura terus bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada Norman.

    "Kau pandai ke benda-benda macam ni?"

    "Tak ada lah pandai sangat tapi tahulah sikit."

   "Tak apa aku dah call mekanik." 

    Tiba-tiba, Izz mencelah. Naura juga terkejut bila Izz tiba-tiba datang begitu. Izz dan Norman saling berpandangan. Naura juga tidak pasti sama ada Izz cemburu atau tidak.

    "Izz...kau dari mana?" tegur Norman.

    "Aku baru balik kerja. Tadi, Naura dah telefon aku cakap kereta dia rosak. Aku pun dah call mekanik. Tu haa..panjang betul umur dah sampai dah."

     "Kalau macam tu, aku balik dulu lah." Norman memandang Naura.

     "Eloklah tu. Isteri dekat rumah tu dah menunggu kepulangan kau."

     Norman hanya tersenyum plastik sebelum berlalu pergi. Naura agak terkejut bila perkataan isteri disebut. Sejak bila pula Norman sudah berkahwin? Dia tidak tahu pun. Izz pula memandang Naura yang masih kehairanan itu.

     "Dia dah kahwin dua tahun lepas. Dia ada ajak saya tapi saya tak bagitahu awak." kata Izz selamba bagai sudah tahu apa yang ada dikepala Naura.

     "Eh, boleh pula macam tu. Apa salah kalau pergi pun."

    "Sebab masa tu awak isteri saya dan saya cemburu awak dengan dia. Dah lah rapat macam ada hubungan apa-apa masa di universiti dulu."

    "Padahal masa tu, dia pun dah sibuk dengan si Syikin tu. Saya dengan dia memang tiada hubungan pun."

     "Apa-apa sajalah. Hati-hati dengan dia tu. Dia tu pun bukan boleh percaya. "

    "Eh, dahlah saya nak tengok keadaan kereta saya. Saya nak tahu juga apa masalah kereta ni tiba-tiba rosak."

    "Tak payah. Kalau dengar pun bukan faham awak. Biar saya uruskan semua."

      Naura terdiam. Keprihatinan Izz kadang-kadang membuatkan dia cair juga tapi kadang-kadang itu menyakitkan hati. Izz sedang sibuk berbincang dengan mekanik yang kemudiannya datang. Naura asyik memandang Izz. Hatinya pernah terdetik untuk kembali tapi pada yang sama dia ada juga merasakan yang Izz bukan untuk dirinya. Izz kemudian kembali ke arah Naura.

       "Kejap lagi dia bawa kereta awak pegi bengkel. Saya hantar awak balik. Tentang kereta tu jangan risaulah. Saya uruskan semua."

       Naura hanya mengangguk sahaja.

.......



        Setelah 30 minit, mereka sampai ke rumah Naura. Naura cepat-cepat membuka tali pinggang keledar dan ingin membuka pintu tapi Izz bertindak menguncinya terlebih dahulu. Naura memandang Izz.

       "Jangan fikir bukan-bukan. Nak cakap esok saya ambil dan hantar awak."

      "Okay. Tak perlu pun nak kunci pintu."

      "Awak tu yang tergesa-gesa sangat."

      "Telefon kan ada. Dahlah cepat buka balik nanti mak datang fikir bukan-bukan."

      "Okay. Kalau nak apa-apa telefon saja nanti ya."

     "Hmm."

       Izz terus membuka semula kunci. Naura keluar dan melambai ke arah Izz sebelum memasuki rumahnya. Puan Mariam hanya memerhati dari pintu rumah. Pada mulanya, Naura langsung tidak sedar akan kehadiran ibunya itu. Bila dia hendak menuju ke pintu rumahnya, baru dia sedar ibunya itu sedang tersenyum sambil memeluk tubuh. Dia tahu sangat dengan senyuman itu.

     "Jangan fikir bukan-bukan. Kereta orang rosak tadi. Izz cuma datang tolong." kata Naura dengan tegas.

    "Mak pun tak cakap apa-apa. Cuma memandang sahaja kereta Izz di depan tadi."

     Naura memandang tajam ke arah ibunya yang sedang tersenyum sinis. Pasti ada sesuatu yang difikirkan oleh ibunya itu. Naura yakin. Takkanlah tiada apa-apa jika senyuman sinis itu terukir dibibirnya ibunya. Dia sudah masak betul dengan ibunya itu. Naura terus masuk ke rumah setelah ibunya memberi ruang untuk anaknya itu masuk.

       "Mak tak kesah pun kalau betul-betul nak berbaik semula." kata Puan Mariam.

       "Mak...takkan terjadi."

       Naura terus berlari masuk ke biliknya. Tidak mahu memanjangkan lagi perbualan itu.

     

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now