Pagi itu, Naura memandu keretanya sendiri. Iyalah, semalam dia sudah mengambilnya sambil ditemani Izz. Dia mula teringat akan Adilah. Semalam, sebelum dia pergi ke bengkel bersama Izz, mereka ada terserempak dengan Adilah ketika dia hendak keluar dari pejabat. Wajah Adilah berubah saat dia melihat Izz. Adakah mereka...
Bum!
Naura mengetuk stereng yang dipegangnya. Patutlah! Mereka berdua ada sesuatu rupanya. Aduh...kenapalah dia tak perasan tentang perkara ini? Dari awal lagi Adilah sudah memberikan petanda. Izz pula sering mahu ke pejabatnya. Rupanya, mahu senyap-senyap bertemu dengan mata airnya. Senyuman dibibirnya mula terukir selepas dia berjaya menjawab persoalan yang sering bermain difikirannya. Dia sudah semestinya gembira dengan apa yang terjadi. Hatinya sudah lama tertutup untuk Izz. Dia menerima Izz sekadar kawan sahaja.
Naura turun dari perut kereta setelah sampai di pejabatnya. Senyuman masih tak lekang dibibir. Lucu pula bila dia sudah tahu hal sebenar. Ingatkan apalah masalah Adilah sampai berhari-hari bermasam muka. Rupanya tengah cemburu! Adilah yang turut baru sampai memandang Naura yang asyik tersenyum.
"Kau kenapa? Demam?" tanya Adilah sambil meletakkan tangan di dahi Naura.
"Okay je. By the way, semalam Izz teman ambil kereta saja. Tak ada apa yang jadi."
"Tiba-tiba je cakap macam tu. Aku tak kesah pun."
"Really? Aku rasa kau kesah."
Naura mengenyitkan matanya sambil menyiku lengan sahabatnya itu.
"Kau kenapa eh? Aku risau kadang-kadang tengok kau."
"Aku akan tunggu kau mengaku."
Naura tersenyum sinis. Dahi Adilah bertaut. Sungguh dia tak faham dengan maksud Naura. Nak mengaku apa? Dia ada buat salah ke? Dah kenapa pula sahabatnya itu? Kek semalam terlebih koko ke sampaikan Naura bertingkah aneh hari ini. Mereka sama-sama masuk ke pejabat. Namun, masing-masing terhenti langkah saat melihat ada sejambak bunga Daisy diatas meja Naura.
"Siapa bagi?" tanya Adilah.
"Entah. "
Naura mengambil bunga itu dan membaca isi kad yang ada bersama jambangan bunga itu.
'Andai masa boleh berputar kembali, saya ingin kenangan kita kembali dan takkan berakhir.'
Adilah mencuri-curi baca saat Naura sedang membacanya. Naura terus menutup semula kad itu dan memandang Adilah. Wajah Adilah sedikit berubah. Naura mula resah. Siapa pula yang hantar bunga ni? Kenapa tulis macam tu? Takkan Izz? Hari itu, beria cakap yang dia mahukan yang terbaik untuk Naura sekarang? Kembali?
"Aku pergi kubikel aku dulu lah. Nanti kita lunch sama-sama."
Naura baru hendak menahan Adilah tapi sahabatnya itu terus berjalan dengan laju seolah-olah mahu mengelak. Naura meletakkan bunga itu ke tepi meja. Siapalah yang buat hal ni? Kepalanya tak dapat meneka nama lain selain nama Izz. Dia cuba menelefon bekas suaminya itu tapi tidak diangkat. Geram pula dia dibuatnya. Mahu saja dia keluar dari pejabat dan mencari Izz.
......
Siti berjalan keluar dari pejabat. Hari ini dia mahu makan tengah hari di luar. Sudah dua hari dia duduk makan tengah hari pejabat akibat kerja yang banyak. Saat dia baru sahaja hendak ke keretanya, tangannya ditarik. Dia menoleh dan terlihat Zarif sedang berdiri dihadapannya.
"Nak apa?" tanya Siti.
"Saya nak minta maaf. Saya tak sengaja. Saya tak biasa dengan benda-benda macam tu."
"So, nak salahkan saya sebab saya ajak pergi party tu? Eh, kalau diri sendiri yang pegi mabuk dan sibuk menggatal tu bukan salah saya okay."
"Okay..tapi saya tak sengaja. Saya dah cuba menolak kan dari minum tu tapi awak yang paksa."
"Salahkan saya lagi? Dahlah."
"Siti, please. Saya betul-betul minta maaf okay. I really love you."
"Jangan nak Siti-Siti sangatlah. Kan semua colleague kita panggil saya Liana. Apa tadi, love? Saya tak suka awak pun. Tepilah, nanti saya lambat nak makan ni."
Siti terus masuk kedalam kereta. Ya, sejak 6 bulan di Kuala Lumpur, namanya juga sudah berubah kepada Liana. Siti Arliana. Masih namanya cuma panggilan yang berubah. Zarif? Sesuka hati saja nak menyalahkan orang. Kalau dah gatal tu gatal juga. Memanglah dia yang beria-beria ajak Zarif ke party hari lahir Jenny, rakan sekerja mereka itu dan ya memang dia juga memaksa Zarif untuk turut minum bersama mereka. Tapi, dia tak paksa pun Zarif sesuka hati merabanya. Matanya dijeling ke arah Zarif sebelum berlalu pergi. Dah pandai-pandai buat salah masih nak menunding jari. Siti merengus marah.
Zarif terdiam. Dia sungguh tidak sedar akan apa yang jadi malam itu. Apa yang ingat, Siti sangat marah dengannya. Entahlah, sejak duduk di Kuala Lumpur, Siti lebih bersosial dan gemar bergaul dengan Jenny. Sudahlah, Jenny itu sendiri sudah liar. Dia pula seharusnya membimbing tapi dia pula yang terikut-ikut dengan Siti. Muka ditekup dengan penuh sesal. Tak tahu lagi hendak berbuat apa.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...