Bab 15

40 1 0
                                    

                        Adilah mengeluh. Kenapalah dia harus ambil kerja ni? Sudah 5 minit dia berada di dalam keretanya. Kakinya terasa berat untuk melangkah keluar dari kereta. Sungguh wajah lelaki bernama Izz Hazri bukan wajah yang ingin dia temui pada pagi ini. Entah selepas mengetahui apa yang pernah dilakukan Izz kepada sahabat baiknya itu, dia jadi benci. Baginya, Izz sangat kejam memperlakukan Naura seperti itu. Sedangkan selama ini, Naura sangat sayang akan Izz.

Tok...Tok...Tok...

                Adilah terkejut. Dia terus menoleh kearah tingkap yang diketuk tadi. Terlihat Izz sedang tersenyum sambil memandangnya. Adilah mengeluh lagi. Tingkap keretanya diturunkan.

             "Kenapa tak masuk? Saya tunggu lama di dalam." kata Izz.

             "Saya ingatkan saya sesat tadi. Betullah ya disini rumah awak." Adilah cuba membalas senyuman Izz dengan senyuman paling plastik.

             Adilah pun keluar dari kereta. Semua fail-fail dibawanya sekali. Nak ikutkan mahu sahaja menukar klien tapi nanti nampak sangat dia bukan seorang professional. Izz Hazri memerhati sahaja gerak geri Adilah. Dia tidak tahu tapi hatinya dapat merasakan yang Adilah tidak senang dengannya. Tapi, kalau dilihat agak lucu juga perwatakkan Adilah itu.

        "Kenapa kosong sangat rumah ni? Macam tak pernah duduk." tegur Adilah saat masuk ke dalam rumah milik Izz.

       "Memang tak pernah duduk sebab itu saya nak awak tolong hiaskan. Saya nak mulakan hidup baru." 

        "Hidup baru dengan isteri baru?"

       "Harapnya begitu. Sanggup ke nak jadi isteri saya?"

        Adilah terus menjeling ke arah Izz. Izz hanya ketawa nakal.

      "Gurau saja."

      Adilah menjeling sekali lagi. Tolonglah semua ini berlalu dengan pantas. Dari tadi, Izz tidak habis-habis mengusik dirinya. Sungguh dia tidak suka. Semalam sibuk tentang hal Naura, hari ini sibuk nak menyakat tentang dirinya pula. Aduh...tolonglah, dia tidak suka lelaki seperti itu. Seperti lelaki gatal saja gayanya. Bila sudah bosan dengan usikan Izz, Adilah terus meminta Izz untuk bertindak professional dan lebih serius. Izz hanya tersenyum saat ditegur. Dia tahu Adilah sejenis yang mudah gelabah saat diusik. Itu yang sering Naura katakan padanya dulu.



.......



          Naura berdiri sebuah banglo yang kosong. Matanya memerhati rumah itu dengan penuh kagum. Reka bentuk rumah itu sangat cantik. Dia membuka semula buku miliknya untuk memeriksa alamat rumah yang dia dapat. Kata Encik Haris, kliennya itu ingin bertemu dengannya di rumah sahaja . Tapi, sudah agak lama Naura berdiri tapi tiada sebarang kelibat manusia yang dia temui. Naura menyimpan semula bukunya dan mengambil keputusan untuk tunggu di dalam kereta. Saat dia menoleh kebelakang, kakinya terpaku. Matanya bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Amar Hadif sudah berdiri di hadapannya sekarang. Inikah klien istimewa yang Encik Haris beria-ria mahu dia uruskan itu?

        "Awak yang kerja dengan Haris?" tanya Amar.

        Naura hanya mengangguk. Dia tidak berani untuk membuka mulut. Peristiwa yang lepas masih menghantui dirinya. Dia risau kalau mulutnya akan bercakap perkara yang bukan-bukan lagi. Cukuplah dia sudah malukan diri sendiri dahulu. 

       "Jomlah masuk dulu. Kita bincang dengan dalam kalau awak tak kesah sebab senang sikit awak nak bagi idea bila dah tengok susun atur rumah tu kan." kata Amar lagi.

        Naura hanya mengangguk dan mengikut Amar dari belakang. Jantungnya mula berdebar. Dia malu dengan tindakannya yang terdahulu. Perkara itu tak sepatutnya terjadi dan hari ini tak sepatutnya berlaku. Dia tidak mahu berjumpa dengan Amar. Dia tidak mahu ada kena mengena lagi dengan lelaki bernama Amar Hadif. Tapi, apakan daya takdir seolah-olah mahu mereka bertemu kembali. Tapi, untuk apa?

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now