Bab 12

41 1 0
                                    

              Naura menemani Adilah yang tiba-tiba mahu makan di restoran yang agak jauh dari mereka. Pening juga melayan sikap Adilah ni. Kalau tidak dilayan mulalah drama air mata dimainkan. Mujur kawan baik sendiri kalau tak tak ada maknanya nak dilayan. Dasar ratu drama!

              "Waa...lama betul tak makan di sini kan?" Adilah bersuara dengan riang.

             "Memanglah. Dah perjalanan ke sini saja dah makan 15 minit. Kalau datang hari-hari memang bisinglah Encik Haris tu."

           "Kau marah ke?" Terus wajah Adilah bertukar sedih. Haih...menyampah pula Naura melihatnya.

            "Tak, aku tak marah lah. Kau makan cepat sikit. Aku nak pergi bayar dulu ya." Senyuman plastik terukir.

                Naura berjalan ke arah kaunter. Matanya terpandang ke arah satu sisi. Dia terlihat Amar dan ibunya! Pelik juga mereka datang ke sini. Lama Naura merenung mereka.

              Amar yang terasa seolah-olah diperhati terus memandang. Dia langsung tidak tersenyum. Wajahnya statik. Terkejut barangkali. Naura terus mengalihkan pandangannya dan menuju ke kaunter. Kalau lama-lama nanti makin drama!

              Kenapa Amar datang ke Kuala Lumpur?Mahu bertemu dengannya kah?Tapi, Amar tidak pula mendekatinya tadi jadi tak mungkin Amar datang semata-mata untuk dirinya.Habis tu? Kenapa dia ke mari? Ada urusan kerja barangkali. Kenapa nak perasan sangat Naura? Dah tentulah dia ada kerja. Mana mungkin mahu bertemu dengan dirinya.

                 "Aku cakap dengan kau ni Naura."

              Adilah tiba-tiba bersuara.Naura terus tersedar. Sibuk memikirkn Amar sampai lupa semua hal. Dah kenapa? Hati tu dah terbuka untuk yang lain ke?

            "Ok fine. Aku borak dengan dinding ni rupanya."

            "Sorry, aku penat sikit. Yelah, balik ni nak kena fikir tentang klien lagi nak fikir design lagi."Balas Naura.

             "Hmm...mujur alasan boleh diterima."

              Adilah dan Naura terus berlalu keluar dari restoran selepas selesai membuat pembayaran. Amar mencuri-curi pandang melihat Naura. Tak sangka pula boleh bertemu disini. Kecil betul dunia. Perlukah dia selalu ke restoran ini untuk selalu bertemu dengan Naura?

.....



            Izz menggenggam tangannya dengan penuh amarah. Tak sangka dengan apa yang dihadapannya. Shikin dengan jelas terpancar rasa serba salahnya. Izz mengalihkan pandangannya ke arah lelaki di hadapan Shikin. Lelaki itu hanya memberikannya pandangan kosong. Mungkin tak faham dengan apa yang terjadi.

        "Erm..Sa..sayang, you buat apa disini?" Shikin memberanikan diri bertanya.

       "Sayang? You panggil dia sayang?" lelaki dihadapannya bersuara.

     Izz ketawa sinis. Matanya memandang Shikin dan lelaki itu silih berganti. Nak ikutkan hati dah lama dia mengamuk. Tapi, ditahan saja amarahnya itu.

     "Kau ambiklah sayang kau tu. Aku dah malas nak ambil tahu."

      "Sayang?! Izz?! tunggu!" jerit Shikin bila melihat Izz berjalan keluar.

      Izz berjalan dengan laju. Siapa sangka dia awalnya curang dan dicurangi semula. Jantungnya berdetak laju. Perasaannya bercampur baur. Inikah balasannya? Dulu, sesuka hati saja curang dan menyakiti hati bekas isterinya. Sekarang, rasakannlah sendiri. Dia kemudian masuk ke kereta dan termenung. Stereng kereta diketuk berkali-kali. Geram betul rasanya.

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now