Bab 41

23 1 0
                                    

      Naura masih diam ketika dalam kereta. Dia malas mahu berkata apa. Tapi, apa yang jadi telah membuatkan dia, Puan Fadzila dan Siti tidak senang dengan masing-masing. Mereka hanya diam sepanjang makan tengah hari tadi. Puan Fadzila langsung tidak bertegur dengan Naura sedangkan dengan Siti elok pula dia bertegur. Termakan dengan aksi mengada Siti lah tu. Naura dan Siti lagilah. Tak habis-habis menjeling. Masing-masing telah menyimpan dendam.

      "Kenapa buat Siti macam tu?" tanya Amar.

       Naura terus membulatkan matanya.

     "Soalan apa ni?" tanya Naura.

     "Yalah, kenapa pergi simbah sirap tu? "

     "Jadi, awak bela dia lah ya?"

     Amar mengeluh. Bergaduh lagi lah ni.

    "Bukan macam tulah. Saya tanya saja. Kenapa simbah sirap tu? Apa yang dia buat?"

   "Dia tu tak habis-habis tergedik-gedik. Mak awak suruh saya buatkan air tiba-tiba dia mengada nak buat juga padahal sebelum ni mengada nak ambilkan pinggan."

    "Tapi, kenapa sampai nak simbah-simbah macam tu?"

     "Saya dah terangkan hal sebenar masih nak menangkan dia? Kenapa tak sambung je tunang dengan dia?" marah Naura.

      Amar mengambil langkah untuk diam. Naura juga diam selepas itu. Geram pula bila Amar nak mempertikaikan apa yang dilakukannya. Dia sudahlah memang geram tengok Siti yang tergedik-gedik itu. Tak habis-habis buat muka manja dan tak bersalah depan Puan Fadzila. Menyampah.


.....

      Siti duduk di bangku taman rumah  Amar. Dia mengeluh kasar. Geram bila teringat akan Naura yang acah tenang. Sudahlah baju kegemarannya disimbah sirap. Terpaksalah dia menukar baju. Baju pula baju kurung kedah milik Puan Fadzila yang terpaksa dipakai. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda geram. 

     "Dasar perempuan tak guna. Dia ingat dia hebat sangat ke apa? Tunggu jelah nanti aku balas balik." katanya yang bermonolog sendiri.

     "Siti, tak balik lagi?" tanya Puan Fadzila.

    "Belum, tengah sakit hati. Tak ada mood nak memandu."

    "Ala..kenapa sampai tak ada mood tu?"

    "Perempuan tu lah. Sakit hati betul bila teringat. Habis baju Siti dia buat"

     Puan Fadzila merenung bajunya yang dipakai oleh Siti. Satu senyuman terukir dibibirnya. Nampak cantik pula Siti yang pakai.

    "Kenapa mak senyum-senyum?" Tanya Siti kehairanan. Mana tidaknya, dia sedang meluah perasaan boleh pula Puan Fadzila tersenyum.

    "Cantik pula Siti pakai baju ni. Nampak ayu saja." balas Puan Fadzila.

    Siti memberikan senyuman plastik. Eh, orang mengadu hal lain, dia pergi puji baju kita pula. 

    "Dah lah tu. Janganlah marah. Hal kecil saja. Baju Siti tu nanti mak basuhkan ya."

     Puan Fadzila tersenyum lagi. Dia cuba memujuk. Baginya, kejadian tadi bukan salah sesiapa. Cuma, kesal sedikit bila waktu makan tengah hari mereka yang sepatutnya tenang jadi kacau bilau. Spoil family time saja. Soal siapa salah dia malas mahu fikirkan. Dia bukan mengenali Naura itu bagaimana orangnya. Mungkin memang salahnya atau mungkin sekadar tidak sengaja. Banyak kemungkinan disitu.

.....


        Adilah sibuk memilih buku yang mahu dibelinya. Bila melihat buku yang banyak tersusun rapi membuatkannya jadi rambang mata. Semua buku dibeleknya. Dia kemudian mengambil sebuah novel dan dipegang erat. Kemudian, diambilnya dua buku yang lain. Dia tidak tahu yang mana mahu dipilihnya. Jadi, diambilnya saja dulu nanti baru dia buat keputusan. Saat dia mahu mengambil sebuah lagi buku, dua buah buku ditangannya terlepas dari genggaman dan terjatuh.

     "Banyak betul beli." tegur Izz sambil mengambil buku-buku itu.

     "Sejak bila awak disini?"

     "Saya lalu kedai ni tadi kemudian terpandang awak yang tengah tekun pilih buku. Saya masuklah."

    "Sibuk saja ikut-ikut orang."

     Adilah mengambil buku-bukunya dan berjalan meninggalkan Izz.

     "Nah." Izz menghulurkan bakul kepada Adilah.

     "Saya nak beli satu saja."

    "Kalau nak beli satu kenapa ambil banyak-banyak ni?" 

    "Nak pilih lah ni. Jangan ikut boleh tak?"

    "Hish, kenapa garang sangat ni? Awak ni pelik betul. Kejap baik kejap garang. Macam mana dengan kita nanti?"

    "Kita?"

     Izz mengangkat keningnya. Adilah terus merengus dan berjalan semula ke rak buku dan meletakkan tiga buah buku yang diambilnya. Dia sudah buat keputusan yang menjadi pilihan hatinya. Izz hanya mengekori dari belakang. Adilah tidak lagi marah malah membiarkan saja lelaki itu mengikutinya.

      Setelah selesai membayar, Adilah berjalan menuju ke food court. Dia tahu Izz pasti masih mengikutinya. Jadi, dia biarkan saja. Adilah duduk di meja. Kemudian, Izz juga mengikuti wanita itu dan mengambil tempat duduk di hadapannya. 

     "Pergilah pesan makanan dulu. Saya cop tempat." kata Adilah.

     "Macam tu je?"

     "Nak apa lagi? Bersyukurlah saya setuju untuk date tanpa sengaja dengan awak hari ni."

     Izz menggelengkan kepalanya dan bangun untuk memesan makanan. Pening betul dia dengan Adilah ni. Sekejap baik dan clingy sekejap jauhkan diri. Banyak sangat luangkan masa dengan kucing dia ni sampai perangai pun dah macam kucing. Izz kemudian kembali dengan dua pinggan makanan dan beberapa side dish yang lain di atas dulang.

     "Saya tak suruh awak pesankan pun." kata Adilah.

    "Saja. Awak suka nasi ayam kan. Nah. Saya siap belikan dessert lagi ni ha."

    Izz menghulurkan secawan ais krim.

    "Kenapa suka betul bagi ais krim ni?" tanya Adilah. 

    "Sebab nak sejukkan hati awak tu. Kalau hati awak beku, minum ni pula." Izz menghulurkan secawan air coklat panas.

     Dahi Adilah bertaut. Dia diperli ke?

    "Bukan perli. Cuma, awak tu susah betul nak dijangka. Saya sediakan terus mana-mana yang awak perlu."

      Adilah hanya tersenyum tawar. Tak tahu apa yang patut dirasakan. Suka? Marah? Lelaki di hadapannya sangat aneh. Tapi, dia terima saja semuanya kerana memang semua makanan yang dibawa oleh Izz adalah kegemarannya. Izz hanya tersenyum melihat Adilah makan.

    "Apa nak dibincangkan?" Tiba-tiba Adilah bersuara.

   "Apa?"

  "Hish, tadi kata macam mana dengan kita. Kenapa dengan kita?"

    Izz mengeluh. Saja bertanya ke ni?

    "Awak tulah. Saya sibuk kerja awak langsung tak telefon atau mesej pun."

    "Awak sendiri pun cakap awak sibuk. Takkan saya nak kacau."

    "Habis tu, kenapa bila telefon awak tak jawab?"

     Adilah menelan air liurnya.

    "Haa... ada rahsia lah tu."

    "Mana ada. Nantilah. Saya nak makan. Nanti tercekik awak juga yang susah."

    Adilah terus dengan selamba meneruskan makan. Izz pula yang geram. Perempuan di hadapannya ini, mujur saja hati masih sayang kalau tidak mahu saja dia ketuk. Ada sahaja perangainya. Adilah yang sedar Izz asyik memerhatinya terus tersenyum. Malas mahu cerita yang dia sebenarnya merajuk! Kalau cerita nanti mulalah, Izz akan mengejeknya hati lembut sebab terasa dan merajuk.

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now