Amar berjalan masuk ke dalam keretanya. Hari ini, dia memang sibuk. Maklumlah, lagi beberapa hari hotel miliknya akan dibuka jadi dia perlu memastikan segala persiapan dilakukan dengan baik. Dia ada terdetik mahu ke rumahnya memandangkan rumahnya juga sudah hampir siap tapi kerja yang terlalu banyak membuatkan dia tidak sempat. Panggilan dari Naura tadi membuatkan dia serba salah. Lama dia merenung skrin telefonnya. Sememangnya dia masih kecewa dengan Naura tapi itu bukan sebab sebenar dia tidak berjumpa Naura hari ini. Tiba-tiba, tingkap keretanya diketuk.
"Lama betul abang termenung dalam kereta tu ya. Siti dah lama berdiri ni pun dia boleh tak sedar."
Amar nyata terkejut dengan kehadiran Siti. Dia terdiam.
"Abang? Are you okay?"
"Huh? hmm..okay. Siti bila pula datang? Kenapa tak call dulu?"
"Kebetulan Siti ada kerja dekat-dekat sini. Lepas tu, Siti teringat hotel baru abang tu dekat sini juga. Jadi, Siti carilah."
Amar hanya mengangguk.
"Hmm..jom kita lepak dekat cafe depan sana tu. Tak jauh pun dalam 10 minit dah sampai."
"Okay. Tapi, Siti naik apa?"
"Siti naik grab tadi. Kalau abang tak kesah, boleh tumpangkan sekali?"
Amar hanya, mengangguk. Siti kemudian tersenyum dan terus berjalan menuju ke tempat duduk di sebelah Amar. Entahlah. Amar hanya setuju sahaja. Memandangkan mereka juga dah lama tak berjumpa sejak peristiwa itu. Jadi, tak salah rasanya jika mereka meluangkan masa sedikit. Siti menaiki kereta Amar dan tersenyum lagi.
Akhirnya, mereka sampai. Wajah Amar masih begitu. Siti merenung Amar. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Amar masih berdiam diri tidak mahu bercerita.
"Apa jadi sebenarnya?"
Amar memandang Siti.
"Jangan buat-buat tahu. Siti tahu ada sesuatu di fikiran abang selain kerja. Benda yang abang fikirkan sangat menganggu sampai muka abang sekarang menunjukkan apa yang abang rasa."
"Apa yang abang rasa?"
"Serabut?"
Amar terdiam. Betullah apa yang dikatakan Siti itu.
"Betul kan?" kata Siti.
"Mana Siti tahu?"
"Siti kenal abang tapi abang tak pernah kenal atau nak kenal Siti."
"Siti..."
"Tak apa. Jadi, apa yang jadi?"
Amar sebenarnya sedikit terpegun dengan sikap Siti hari itu. Tak pernah lagi dia melihat sisi Siti yang seperti itu kerana selalunya Siti akan bersikap manja dengannya. Mungkin betul kata Siti, dia yang pernah mahu mengenali Siti sedangkan bekas tunangnya itu sudah masak dengan sikapnya. Siti masih menanti jawapan dari Amar.
"Abang rasa mungkin abang ni bukan jenis yang pandai bila datang bab-bab perhubungan." akhirnya Amar bersuara.
"Maksud abang, percintaan?"
Amar mengangguk lemah. Kemudian, Siti ketawa kecil.
"Siapa yang dah buat hati abang tak keruan ni? Siti kagum betul. Siti yang kejar cinta abang selama bertahun-tahun ni pun tak dapat ambil perhatian abang dia yang abang baru jumpa lepas putus tunang dengan Siti boleh buat abang hati." kata Siti.
YOU ARE READING
Ada Cinta Untukku
RomanceNaura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti itu akan berlaku. Sedih memang sedih tapi sudah tiada jodoh. "Sumpahan apa entah yang...