Bab 36

24 1 0
                                    

        Naura diam sepanjang di dalam kereta. Dia tak tahu kenapa dia setuju untuk keluar dengan lelaki itu. Entah kenapa dia memilih untuk memberi kepercayaannya kepada Amar pada malam itu. Sesekali matanya mengerling ke arah Amar. Amar kelihatan tenang. Seperti selalu. Tenang bagaikan tiada apa yang berlaku. Tidak sepertinya yang asyik gelisah. Semuanya serba tak kena. Dia malu pun ada. Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa.

     "Hmm...awak okay ke?" tanya Amar.

    "Okay. Kenapa tak okay kan." Naura cuba menutup resahnya.

    Amar hanya mengangguk. Dia tahu wanita disebelahnya itu tidak senang duduk. Tapi, sengaja dia berlagak tenang biar Naura juga boleh tenang. Dia tidak mahu Naura merasa kekok dengannya. Dia tahu kali terakhir mereka berjumpa bukan dalam keadaan yang baik. Hari ini, dia akan cuba sebaiknya untuk membaiki semuanya.

    "Kita dah sampai " kata Amar sambil memandang Naura.

   Naura hanya mengangguk.

    Amar kemudian keluar dari kereta dan membuka pintu untuk Naura. Naura hanya tersenyum. Dia senang dengan layanan sebegitu. Amar menyambut senyuman itu. Dia kemudian mengajak Naura masuk ke restoran mewah yang sudah ditempahnya. Sungguh ini merupakan pengalaman yang indah buatnya. Dia tidak lagi gelisah. Senyumannya juga tidak lekang dari bibir. Setelah menarik kerusi untuk Naura, Amar meminta diri sebentar.

    Naura duduk dan menantikan kehadiran lelaki itu. Dia tak tahu apa yang bakal dilakukan lelaki itu tapi dia tetap akan sabar menunggu. Tidak lama kemudian Amar datang kembali dengan sejambak bunga daisy. Naura terkejut.

    "Bunga ni..."

    "Saya yang bagi." balas Amar sebelum Naura sempat menghabiskan ayatnya.

     Naura menekup wajahnya sambil tersenyum. Betullah sangkaannya. Selama ini, dia cuba menafikan memandangkan Amar langsung tidak menghubunginya. Siapa sangka lelaki ini sedang merancangkan sesuatu yang indah buatnya.

     "Awak tak suka?" tanya Amar yang masih memegang bunga itu.

     "Eh, sorry. Saya suka. Saya sangat suka bunga daisy. Terima kasih" Naura menyambut bunga itu.

     "Saya pun suka sebab tu saya berikan pada awak."

     "Bukan sepatutnya awak beri seseorang hadiah yang dia suka ke? Bukan sesuatu yang awak suka."

    "Betul. Tapi, saya percaya kalau kita berikan apa yang kita suka pada orang hadiah tu lebih bermakna."

    "Maksudnya?" Naura kehairanan.

    "Nanti awak akan ingat pada saya. Tapi, tak sangka pula hujungnya awak pun suka daisy."

     Naura tersenyum. Betullah, siapa sangka di hujungnya mereka sama-sama menyukai bunga yang sama. Amar turut lega. Sesungguhnya, dia main langgar saja. Tak sangka kali ini semuanya sangat-sangat lancar. Lega betul hatinya. 

     "Jom makan." kata Amar saat makanan sudah terhidang diatas meja.

    "Nanti dulu." Naura meletakkan sudu dan garfunya.

    Amar memandang ke arah Naura. Wanita kelihatan agak gelisah tapi serius pada yang sama. Ada hal penting yang ingin Naura katakan. Dia sudah lama memendam ini. Dia tahu sekurangnya biarlah tunggu hingga habis makan tapi Naura tidak mahu. Hatinya sudah gelisah dari awal lagi. Dia perlukan jawapan.

    "Saya tak faham." kata Naura.

   "Maksudnya?"

   "Kenapa awak diam dalam jangka masa yang lama? Kenapa biarkan kita tanpa penghujung atau kata putus?"

     Amar diam seketika. Dia cuba menarik nafas.

     "Banyak benda yang jadi. Saya memang nak pergi ke rumah lepas habis kerja saya tapi tiba-tiba ada urusan penting yang perlu diuruskan di Langkawi. Telefon saya pula hilang. Saya tak dapat hubungi awak langsung."

     Naura diam. Kini, dia tahu. Bukanlah kerana Amar marah selama ini.

    "Tapi, kenapa awak tak hubungi saya? Saya masih guna nombor yang sama. Saya berjaya dapatkan nombor lama saya. Cuma, saya tak dapat menyelamatkan contact yang pernah saya simpan. Hanya beberapa saja. Awak kenapa tak hubungi saya?"

     "Saya ada hubungi awak selepas rumah awak dah siap tapi tak dapat. Saya ingat awak nak putuskan apa jua bentuk hubungan kita."

     Amar ketawa kecil mendengar ayat Naura.

    "Kenapa?" tanya Naura.

    "Bentuk hubungan? Apa tu?"

    Naura tertunduk malu. Malu bila kata-katanya ditertawakan. Tapi, salahnya juga. Susun ayat macam entah apa-apa.

    "Saya nak bentuk hubungan serius."

    Naura mendongak dan memandang lelaki tinggi berkulit sawo matang di hadapannya. Amar kelihatan serius. Mungkinkah ini adalah cinta untuknya? Lama dia berdiam. Dia sedang asyik berteka-teki dengan diri sendiri. Mampukah hubungan ini kekal? Sedangkan sebelum ini pun mereka sering berbalah.

    "Kita boleh perbaiki mana-mana yang kurang. Saya akan lakukan apa saja. Yang penting, awak berikan saya petanda dan setuju."

     Naura masih diam.

    "Tapi..."

    "Awak janji takkan lari lagi?" kata Naura.

   "Janji."

    Mereka saling berpandangan dan tersenyum.

    "Tapi, saya tak lari. Saya tak kemana-mana. Awak yang berhenti hubungi saya." Amar cuba mengusik.

   "Jadi, awak nak salahkan saya? Kan saya dah cakap saya dah hubungi. Eh, tadi janji macam-macam."

   "Awak ni asyik marah saya saja. Saya cuma cakap benda yang betul saja."

   "Memang awak salah okay. Kenapa tak nak cari saya?"

    "Apa yang sedang buat sekarang ni? Pah, saya dah buat macam-macam hanya untuk awak ya."

    "Stop me calling me Pah!"

    Mereka terdiam. Naura nyata geram. Dia kemudian memandang tepat ke mata Amar. Amar juga begitu. Mereka kemudian ketawa. Entah. Hari ini, Naura tidak marah seperti selalu. Mungkin hatinya sendiri sudah terpaut pada jejaka yang pernah menjadi senior sekolahnya itu. Mereka makan malam sambil diselang seli dengan perbualan. Macam-macam topik mereka bualkan. Naura lebih selesa kini. Tidak lagi malu dan gelisah. Amar juga sangat pandai mengawal kata-kata. Biarpun, sesekali ada juga dia mengusik. Mereka sangat bahagia malam itu.

   

Ada Cinta UntukkuWhere stories live. Discover now