Bab 17

5.6K 578 71
                                    

USAI menunaikan solat isyak, Ameena duduk berteleku dulu atas tikar sejadah. Kosong pandangannya ditala atas kain sejadah baldu. Dalam waktu yang begitu singkat ini, macam-macam perkara berlaku pada dirinya. Semuanya seperti mimpi sahaja.

Dia kehilangan Raja Yusman dan Puan Shafinas buat selama-lamanaya. Dia kehilangan syurganya. Dia kehilangan tempat bergantung. Separuh nyawanya pergi bersama mereka berdua.

Tak habis di situ, Encik Azril mahu kahwinkan dia dengan Aisar pula. Lelaki yang dia anggap seperti abang dan lelaki yang dia menaruh hati dalam diam. Dia sendiri tak tahu apa perasaan sebenarnya sekarang ini. Semuanya bercampur baur dan Ameena rasa nak larikan diri sampai ke hujung dunia.

   Encik Azril memaksa.

   Aisar menolak sekeras-kerasnya.

   Dan dia? Seperti boneka. Dijadikan 'bahan'.

Ameena merengus. Aisar dan Encik Azril tak patut buat dia begini!

Beberapa minit berperang dengan diri sendiri, Ameena bangkit dari duduk. Telekung putih dilepaskan daripada tubuh. Kain sejadah disidai. Ameena capai tudung sarung yang dia letak di kepala katil. Langkah dibawa ke arah pintu sebelum tombol dipulas. Mahu melatah dia bila sosok tubuh Aisar terpacak di depan pintu bilik.

"Abang Aisar!"

"Maaf sebab terkejutkan Meen. Mama minta abang panggil Meen turun makan kat bawah,"

Ameena angguk kepala berkali-kali. Belakang Aisar dia buntuti sehingga tiba di ruang makan. Sudah diduga, tiada kelibat Encik Azril. Dah dua hari berlalu, rajuk Encik Azril bukan satu gurauan lagi. Lelaki itu betul-betul serius mahu dia menerima Aisar sebagai suami. Diam-diam Ameena hela nafas berat.

"Meen, meh kita makan dulu." Puan Rosni mempelawa.

Punggung dilabuhkan atas kerusi bersebelahan Puan Rosni. Sedap betul masakan Puan Rosni malam ni tapi masih Ameena rasa tak ada selera. Beberapa hari ini, seleranya mati. Boleh dikira dengan jari berapa kali aje dia makan nasi. Kalau ditimbang ni, sahih lah berat badan dia turun walaupun dia sebenarnya tak berniat pun nak diet.

"Ayah Ril mana, Mama Ros?" soal Ameena.

Puan Rosni senyum kelat.

"Kat rumah dia. Dia tak nak datang sini." jawab Puan Rosni.

"Ayah Ril dah makan?"

"Mama Ros dah minta Aisar hantarkan lauk dekat rumah. Tahu lah dia makan nanti."

   Ameena diam. Jeling Aisar, lelaki itu kelihatan murung saja. Ameena yakin, Aisar sendiri dah tak berdaya nak menanggung permintaan berat daripada Encik Azril. Makan malam itu berlalu dengan suasana yang sepi tanpa sebarang suara. Serupa tengah makan dengan orang-orang besar saja yang penuh dengan protokol.

Lepas makan malam, Aisar menghilang ke luar rumah. Ameena membantu Puan Rosni di dapur. Selesai kerja di dapur, Ameena keluar mendapatkan Aisar yang duduk di atas buaian.

"Abang tak sejuk ke duduk kat luar ni?" tegur Ameena. Aisar celik mata memandang Ameena yang ambil tempat bertentangan dengannya. Nafas dia hela. Kepala dia geleng perlahan.

"Meen..."

"Ya?"

"Abang... abang tak tahu nak buat apa lagi dah. Ayah betul-betul serius nak kita kahwin, Meen." suara Aisar dengar macam tertekan sangat. Kalau Aisar ni cengeng, mahu sekarang juga air mata dia meleleh keluar.

"Jadi, keputusan abang?"

"Kita kena kahwin."

"Meen tak nak."

Celik terus mata Aisar memandang Ameena yang menentang wajahnya dengan riak biasa.

"Maksud Meen?"

"Abang, kita... kita takde apa-apa perasaan pun. Kenapa kita kena kahwin? Meen rasa macam sia-sia aje kalau kita kahwin. Abang sendiri yang cakap yang abang tak boleh anggap Meen lebih daripada seorang adik."

Aisar merengus perlahan. Di saat dia sudah nekad untuk kahwini Ameena, sekarang Ameena pula menolak.

"Tapi sebelum ni Meen dah setuju nak kahwin dengan abang, kan?"

"Meen setuju sebab masa tu Meen tak habis fikir lagi. Abang bagi Meen sepuluh saat aje untuk buat keputusan. Lagipun masa Meen dah setuju, abang pula yang tak nak. Meen tak nak nampak macam terhegeh-hegeh pula. Meen perempuan." tak sanggup nak menentang mata Aisar, Ameena paling wajah ke arah lain. Dia tak boleh mudah menerima lamaran Aisar kali ini.

"Meen... boleh tak buat untuk ayah? Meen tolong lah abang. Abang tak nak ayah makin dingin dengan kita. Meen sanggup tengok hubungan kita dengan ayah makin renggang?"

"Lama-lama nanti Ayah Ril akan boleh terima keputusan kita, abang."

"No, Meen. Abang kenal perangai ayah abang macam ni. He's not easy person. Meen please... kita kahwin ya? Untuk ayah." pujukan lembut dan renungan Aisar buat Ameena lemas.

"Bagi Meen fikir dulu."

"Dah tak ada masa nak fikir, Meen. Abang pun malas nak beratkan kepala abang dengan masalah-masalah ni semua. Kita kahwin, ayah akan maafkan kita. Dan kita teruskan hidup seperti biasa. Meen tetap adik kesayangan abang sampai bila-bila. Got it?"

"Apa hala tuju kita lepas kahwin, abang?"

"Yang itu, nanti kita fikir. Sekarang, abang nak bagitahu ayah yang kita akan kahwin. Apa nak jadi, jadi lah. Abang tak boleh nak fikir sekarang ni. Yang abang tahu, abang buat untuk ayah. Abang nak ayah abang balik. Abang tak sanggup nak hadap kedinginan ayah lagi. Dia ayah abang. Syurga abang." lirih saja nada suara Aisar. Ameena tak membalas. Dia bukan tak faham Aisar, dia cukup faham. Tapi dia juga punya harga diri.

Tuhan, kenapa ujian yang kau berikan kepada aku begitu berat? Kau beri lah aku jalan keluar. Kau beri lah aku jawapan.

*****

LEPAS Aisar menyatakan persetujuan untuk menikahi Ameena, seronok bukan kepalang Encik Azril dibuatnya. Makin semangat dia menguruskan hal pernikahan dua manusia itu.

"Tapi dengan satu syarat. Aisar tak nak ada majlis. Cukup lah dengan akad nikah aje. Tolong lah tunaikan permintaan Aisar. Nanti bila dah bersedia, Aisar sendiri akan adakan majlis perkahwinan Aisar sendiri."

Itu permintaan Aisar sebaik sahaja dia ucap kata setuju. Mujur Encik Azril akur dan turuti kemahuan anak lelakinya itu. Tak boleh bayang kalau Encik Azril mahu adakan majlis perkahwinan secara besar-besaran juga. Untuk itu, Aisar mampu hela nafas lega walaupun sedikit.

"Macam mana hubungan abang dengan Kak Lisa? Dia tahu kita nak kahwin?" soal Ameena memandang sekilas Aisar yang sedang memandu di sebelah. Mereka baru sahaja pulang dari pejabat agama.

"Lisa tak tahu apa-apa. Abang tak tahu nak cakap macam mana dekat dia."

"Dia tak syak apa-apa ke?"

"Tak kut. Nasib baik ayah setuju untuk tak buat majlis kalau tak... abang tak tahu nak jawab apa dekat Lisa. Dia mesti akan kecewa,"

Ameena diam. Abang Aisar fikir hati dan perasaan Kak Lisa. Tapi hati dan perasaan aku? Sudah lah, Meen. Kau nak batalkan semuanya memang dah tak boleh. Keputusan sudah dibuat, akad nikah pun tak lama lagi. Redha saja lah. Mungkin ini jalan cerita hidup kau yang tak seindah mana.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now