Bab 11

6K 616 47
                                    

JENAZAH arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas telah selamat disemadikan dengan suasana yang begitu tenang dan hiba. Tempat berehat mereka hanya sebelah menyebelah. Ameena dari tadi, hanya terdiam bisu. Sepatah kata pun tak keluar dari ulas bibir nipis itu. Bila ditanya, hanya anggukan dan gelengan saja yang diberikan sebagai jawapan.

Ameena berkurung di dalam bilik tidur arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas. Seharian dia di dalam, menangis seorang diri. Pakaian dan gambar dua manusia itu, Ameena dakap dan cium semahu-mahunya.

Dia hanya lah seorang gadis berusia lapan belas tahun. Masih belum begitu matang. Masih dahagakan kasih sayang ibu dan bapa. Dia masih belum puas hidup dengan mereka. Dia masih belum berbakti kepada mereka. Dia belum sempat memberikan kebahagiaan kepada mereka. Kenapa begitu awal mereka tinggalkan dia di dunia ini?

Tuhan... tak sayangkan aku ke?

Kenapa Tuhan kejam sangat? Tuhan tak adil! Tuhan ambil mereka daripada aku tanpa sempat aku merasa puas dibelai dan ditatang mereka. Tuhan pisahkan aku dengan mereka, tanpa sempat aku mengungkapkan kata sayang semahu-mahunya.

Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain?

Apa dosa yang aku dah buat, Ya Allah?

Ameena mula menyalahkan takdir. Mula menyalahkan ketentuan Yang Esa.

Mengerekot dia atas katil sambil mencium bauan daripada pakaian milik arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas. Berkeadaan begini, Ameena terasa dia dipeluk seperti selalu. Terasa sangat dekat dengan mama dan papanya.

"Mama, papa..." esakan Ameena terlepas entah kali ke berapa. Kepalanya sudah terasa sakit kerana terlalu banyak menangis.

"Meen tak kuat..."

"Meen masih perlukan mama dan papa."

"Meen rindu..."

Ku ingin saat ini, engkau ada di sini...
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar
Tuhan tolong kabulkan lah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu...

*****

PUAN Rosni letak dulang minuman atas meja kopi. Hari sudah menginjak malam, tetamu-tetamu yang tadinya hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas juga sudah beransur pulang. Kini, tinggal dia anak beranak sahaja. Encik Azril dan Aisar.

"Ros kesiankan Meen, abang." Luah Puan Rosni bila keadaan di ruang tamu itu sepi tanpa sebarang suara.

"Abang pun kesiankan dia, Ros. Dia dah macam anak kita sendiri. Arwah Yus dengan Finas, dah macam saudara kandung kita," balas Encik Azril. Jujur, dia juga masih belum percaya kenalan rapatnya itu sudah pergi meninggalkan mereka semua buat selama-lamanya. Semuanya terlalu cepat. Macam mimpi.

"Meen dah tak ada sesiapa lagi. Dia ada kita aje." Tambah Puan Rosni lagi.

Selepas urusan kebumi dan tahlil, mereka masih di sini. Di rumah peninggalan arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas. Mereka masih belum pulang ke rumah sendiri. Masih di sini, menemani Ameena.

"Aisar pelik. Kenapa... takde seorang pun ahli keluarga arwah Uncle Yus stay kat sini? Dia orang cuma datang tunjuk muka, lepastu balik. Dia orang langsung tak kisahkan Meen. I wonder why..." Aisar gigit ibu jari. Dia betul-betul tak boleh mencerna semuanya.

Siang tadi, sewaktu majlis pengebumian, ada lah beberapa orang ahli keluarga arwah Raja Yusman datang tunjuk muka. Aisar fikir, mereka akan berada di sini menemani Ameena untuk beberapa hari. Tapi sangkaannya meleset. Mereka pulang lepas majlis tahlil. Pulang tanpa sepatah kata. Pulang tanpa pamit dengan Ameena.

Arwah Puan Shafinas, dia tak kisah sangat kerana dia tahu Puan Shafinas tidak mempunyai adik beradik. Dia anak tunggal. Ibunya sudah meninggal dunia, ayahnya entah hilang ke mana. Terputus hubungan. Tak dapat dijejaki di mana keberadaannya. Lagipun, ayah arwah Puan Shafinas bukan orang sini. Katanya, orang Indonesia. Entah lah.

"Ayah, mama. Dia orang tak sukakan Meen ke?" soal Aisar bila kata-katanya tadi tiada siapa yang memberi sahutan balas. Puan Rosni dan Encik Azril saling berpandangan. Wajah masing-masing terbias rasa kecewa.

"Lepas arwah Yus kahwin dengan Finas, semua adik beradik sisihkan dia. Dia orang tak boleh terima bila arwah Yus memilih untuk berkahwin dengan arwah Finas. Kisahnya, dia orang nak kahwinkan arwah Yus dengan gadis pilihan mereka. Orangnya pula memang datang daripada keturunan yang dikenali dan daripada kerabat mereka juga. Tapi arwah Yus tolak. Sejak itu, mereka putuskan hubungan dengan arwah Yus. Mereka tak terima arwah Finas dan Ameena. Sampai sekarang." Cerita Puan Rosni. Kisah ini hanya mereka saja yang tahu selama ini. Hatta, Ameena sendiri pun tak tahu.

Tersandar Aisar pada sofa.

"Gila ke apa dia orang tu? Ingat tak berdosa ke memutuskan silaturrahim? Aisar tak faham!" dengus Aisar. Sekarang, baru dia tahu kisahnya. Selama ini dia tertanya-tanya juga ke mana perginya ahli keluarga arwah Raja Yusman. Dulu, Ameena selalu mengadu padanya. Ameena tahu kampungnya terletak di Perak, tapi hanya sekali dia ke sana. Itu pun sewaktu dia masih berhingus lagi. Rupa-rupanya... keluarganya di sana tak pernah menerima mereka dalam salasilah keturunan mereka. Kejamnya.

"Ameena sekarang ni dah jadi yatim piatu. Dia dah tak ada sesiapa lagi kecuali kita. Sekarang, Meen adalah tanggungjawab kita." Kata-kata Encik Azril penuh ketegasan. Aisar diam. Puan Rosni juga.

"Ros naik atas dulu. Nak tengokkan Meen." Puan Rosni bangun dari duduk dan berlalu ke arah tangga meninggalkan Encik Azril dan Aisar di ruang tamu.

"Aisar. Ayah ada benda nak dibincangkan dengan kamu."

Aisar panggung kepala. Dia menanti bicara Encik Azril.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now