Bab 7

6.2K 565 31
                                    

BETUL lah. Abang Aisar yang dia suka dalam diam selama ini dah ada teman wanita. Si Mona Lisa. Seorang public figure yang terkenal di instagram. Kalau letak dia di sebelah Mona Lisa, memang dia kalah tanpa bertanding. Teman wanita Aisar tu tinggi lampai dan langsing saja tubuhnya. Lebih kurang 165 cm kut. Dia pula 147 cm. Alahai, pendek!

"Mama..."

Ameena ambil duduk di sisi Puan Shafinas atas sofa minimalis. Menempel rapat dia di sebelah wanita yang sedang membaca majalah itu. Puan Shafinas memang pembaca tegar majalah wanita. Nuh dekat almari, menimbun majalah wanita yang dia beli setiap minggu.

"Hmmm?"

"Mama buat apa tu?"

"Mama tengah membaca, sayang. Tak nampak ke? Nak mama teman pergi buat kaca mata?" sindir Puan Shafinas dengan gelak halus. Ameena menyeringai sengih. Ha, kan dah kena setepek!

"Papa mana, ma?"

"Keluar. Ada hal katanya dengan kawan dia."

"Ohhh..."

Ameena mengeluh kebosanan. Dalam rumah ni cuma ada dia dan Puan Shafinas. Raja Yusman keluar. Pembantu rumah memang tak ada. Dari dulu lagi memang Puan Shafinas gemar buat kerja sorang-sorang. Kecuali kalau Puan Shafinas betul-betul penat, dia akan upah orang datang mengemas. Nak harapkan Ameena, hmmm!

Memasak pun Puan Shafinas suka sediakan sendiri. Tak mahu ada tangan lain yang menyediakan santapan makan buat keluarga kecilnya ini.

Ameena capai alat kawalan jauh televisyen. Butang-butang di situ ditekan. Satu demi satu siaran televisyen dikalih sehingga dia sendiri tak tahu nak menonton siaran apa. Sudahnya, dia tutup televisyen. Ya Allah, aku bosan!

Dan bila bosan begini, mula lah dia nak teringatkan perkara yang boleh buat dia meroyan tak tentu pasal.

"Mama, Meen nak minta pendapat mama sikit, boleh?" Ameena pandang Puan Shafinas. Puan Shafinas tutup majalah di tangan dan diletakkan atas riba. Sekarang ini fokusnya pada si anak dara genitnya.

"Pendapat pasal apa? Pasal study?"

"Tak lah."

"Habis tu?"

Ameena tarik nafas dan hela.

"Kalau Meen sukakan seseorang, salah ke mama? Iya lah, kan Meen masih muda. Baru lapan belas tahun tapi dah pandai simpan perasaan dekat orang. Meen tak minta ada perasaan macam ni, mama. Benda tu datang tanpa dipinta. Sedar-sedar Meen dah sukakan dia sangat-sangat sampaikan Meen rasa cemburu bila dia dengan perempuan lain. Mama rasa... salah ke perasaan yang Meen ada sekarang ni? Meen... kan masih muda." Tertunduk-tunduk kepala Ameena menguis jemari sendiri.

Lima saat kemudian, pecah tawa Puan Shafinas. Sampai berair hujung matanya. Sampai bergegar tubuh. Ameena tarik muncung. Hesy, mama ni! Orang tengah serius, dia boleh gelak macam kena histeria.

"Eei, mama! Meen serius!" dengus Ameena. Puan Shafinas redakan tawa.

"Iya, mama tahu Meen serius. Tapi jangan lah serius sangat. Aduhai..." Puan Shafinas kesat hujung mata dengan jari. Buat seketika, hilang sudah tawa tadi. Puan Shafinas pandang Ameena. Jemari anak daranya itu dicapai.

"Meen, cuba bagitahu mama. Meen sukakan siapa? Kawan sekolah Meen ya?" soal Puan Shafinas. Tak teragak-agak, Ameena jatuhkan kepala. Menipu sunat. Takkan lah dia nak cakap yang dia sukakan Aisar pula? Mahu pengsan mama dia ni nanti! Sudah lah dia dan Aisar membesar bersama dari kecil. Tak, Aisar besar dulu baru dia. Beza umur dia dengan Aisar enam tahun.

"Nama apa budak lelaki tu?"

"Errr... rahsia. Meen tak nak cerita. Malu lah Meen!"

"Eleh, malu pulak dia."

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now