Bab 25

7.5K 817 322
                                    

SELEPAS menunaikan solat isyak, Ameena keluar dari bilik tidurnya. Telinga dipasang luas-luas. Keadaan dalam rumah ni senyap sunyi. Selalu kalau Aisar ada di rumah, pasti Aisar akan buka televisyen dekat tingkat bawah. Tapi sekarang ini, langsung tak dengar apa-apa suara.

Ameena heret kaki ke arah pintu bilik Aisar. Permukaan pintu diketuknya beberapa kali.

"Abang Aisar." Ameena panggil. Ikutkan dia tak nak bercakap dengan Aisar, tapi bila difikirkan balik, kalau dia merajuk sampai esok pun, belum tentu Aisar nak pujuk. Antara dia dan Mona Lisa, pasti lah Mona Lisa nombor satu. Dia? Pandai-pandai lah rawat hati sendiri. Fikir Aisar peduli ke?

"Abang Aisar!" kali kedua Ameena panggil sedikit kuat. Beberapa saat menunggu, masih tak ada tanda-tanda pintu itu akan dibuka. Ameena lekapkan telinga pada permukaan daun pintu. Sepi.

Si Aisar ni ada ke tak kat rumah?

Ameena bawa langkah ke tingkat bawah. Dia hampiri sliding door sebelum langsir disingkap tepi. Terjengket-jengket kakinya cuba mengintai laman rumah. Kereta Aisar tak ada. Di laman tak ada, di bawah porch pun tak ada.

"Jahat betul. Keluar senyap-senyap tak bagitahu aku." omel Ameena sendiri. Remote control dicapai. Sekejap saja ruang bawah yang tadinya sunyi sepi kini bising dengan suara manusia dari dalam kaca televisyen.

Ameena bawa langkah ke arah dapur. Peti ais dibuka. Kosong. Hanya ada botol air dan satu tin susu. Buka bahagian beku, hanya ada bekas berisi ais ketul saja. Buka kabinet dapur, tak ada langsung makanan segera. Dah habis? Kenapa dia langsung tak terfikir nak check barang-barang kat dapur?

Ameena hela nafas. Dia nak makan apa sekarang ni? Satu apa pun tak ada kat dapur ni. Hatta sebiji telur ayam pun yillek.

   Kriukkkk...

Ameena pegang perut. Anak-anak cacing dalam perut dia ni dah lapar agaknya. Itu yang berbunyi-bunyi dari tadi lagi. Tak betah berlama-lama di dapur, Ameena bawa langkah ke ruang tamu. Telefon bimbit yang dia letak atas meja kopi dicapai sebelum dia hubungi nombor Aisar.

   Dua kali panggilan dibuat, dua-dua tak berangkat. Ameena merengus lagi. Lain kali kalau tak nak angkat call, jangan pakai telefon! Buat sakit hati aje bila orang call tapi tak nak angkat. Hesy!

"Call mama lah."

   Baru nak sentuh butang call, ibu jari Ameena terhenti.

"Tak boleh. Nanti mama akan tanya Abang Aisar pergi mana. Apa aku nak jawab? No, no... Meen. This is not a good idea. Jangan call mama atau ayah." Ameena henyak punggung pada sofa. Telefon bimbit diketuk-ketuk pada dagunya. Fikir... apa dia nak buat.

Yes! Delivery!

Tak menunggu lama, Ameena buka aplikasi Food Panda. Siap buat pesanan, dia duduk bersandar pada sofa sambil menonton televisyen. Perut yang sesekali berbunyi itu dia tepuk-tepuk perlahan.

   Sabar ya baby cacing... kita tunggu abam Food Panda sampai ya.

   Setengah jam menunggu, bunyi loceng kedengaran. Lekas-lekas Ameena sambar tudung lantas disarungkan ke kepala. Tergocoh-gocoh dia keluar mendapatkan seorang lelaki yang sedang menunggu di luar pagar.

"Cik Ameena?"

"Saya."

Plastik berisi makanan bertukar tangan. Usai mengucapkan terima kasih, penunggang motorsikal itu berlalu pergi. Letak plastik makanan atas meja kopi, Ameena bergerak ke dapur mengambil pinggan. Sebab dia tak tahu nak makan apa, jadi dia pesan sekotak KFC saja tadi. Tambahan lagi, dia tak mahu menunggu lama untuk makanan dia sampai. Ini pun setengah jam menunggu baru boleh makan. Nasib baby cacing dalam perut dia ni behave.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now