SEMINGGU lepas kejadian itu, Ameena langsung tak dengar khabar berita daripada Aisar. Tertunggu-tunggu juga kalau Aisar call atau Whatsapp dia. Tapi hampeh. Buat dia rasa kecewa saja setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.
"Mama, hari ni nak masak apa?" soal Ameena bila dia memasuki dapur. Kelihatan sosok tubuh Puan Shafinas sedang memotong daging menjadi hirisan kecil. Puan Shafinas menoleh memandang.
"Meen dah okey ke?"
"Hah? Kenapa mama tanya macam tu? Meen okey lah."
"Takde lah, seminggu ni mama tengok Meen macam tak larat aje. Muka tak berseri langsung, makan pun sikit aje. Nak pergi klinik tak? Mama temankan Meen." Puan Shafinas cuci tangan di bawah pancuran air sebelum dia menapak menghampiri si anak dara. Tangan dikeringkan sebelum dia meraba leher dan dahi Ameena. Cuba mengesan haba.
"Tak panas pun,"
"Memang lah tak panas. Meen bukannya sakit."
"Kalau tak sakit, kenapa lately ni mama tengok Meen macam lain aje. Meen ada masalah ke? Tak nak share dengan mama?" soal Puan Shafinas, cuba memancing anak daranya itu. Ameena lepas gelak.
"Hesy, mama ni buat lawak lah. Meen okey, mama. Perasaan mama aje kut. Meen kan memang hari-hari macam ni. Mungkin sebab Meen bosan duduk kat rumah itu yang jadi tak bersemangat sikit." Ameena hela nafas. Langkah dia bawa ke arah meja makan sebelum punggung dia labuhkan atas kerusi.
"Mama tahu tak yang Qalesya sekarang ni ada dekat Terengganu? Dia balik kampung dia. Best kan mama boleh balik kampung? Bila kita nak balik Perak mama? Papa tak rindukan kampung halaman dia ke? Tak rindukan saudara dia kat sana?" soal Ameena dengan wajah sayu.
Papanya, Raja Yusman berasal daripada Perak. Papanya juga sebenarnya berasal daripada kerabat diraja. Jadi, pangkal nama 'Raja' itu terpalit padanya juga. Mamanya, Puan Shafinas berasal daripada orang biasa sahaja.
Wajah Puan Shafinas tiba-tiba berubah.
"Mama? Kenapa dengan muka tu?" soal Ameena.
Hesy, mama ni. Asal sebut pasal kampung halaman papa di Perak, mesti muka tu berubah lain macam. Papa pun serupa itu juga. Macam tak suka aje bila aku bangkitkan pasal hal itu atau ajak balik ke kampung di Perak. Musykil aku.
"Takde apa lah. Mama nak sambung masak ni. Meh tolong mama." Laju saja Puan Shafinas menghilang ke dalam dapur. Ameena memuncung. Lambat-lambat dia bawa langkah membuntuti si mama.
*****
MENIARAP si Ameena sambil scroll instagram. Itu lah kerja dia sambil tunggu panggilan sambung belajar dari mana-mana universiti yang dia mohon. Kelas memasak dia dengan Puan Shafinas cuma lah di sebelah pagi. Bosan betul. Nak ajak Raja Yusman dan Puan Shafinas pergi bercuti, papanya itu pula sibuk dengan hal kerja. Bila dia minta pergi bercuti dengan kawan-kawan, memang gelengan saja lah dia dapat.
Jadi, perkara apa lagi yang boleh dia buat di dalam banglo besar ni?
MonaLisa.
Gambar yang dimuat naik oleh si tinggi lampai itu ditenung bagai nak tembus. Gambar OOTD. Tapi Mona Lisa bukan berdua tapi dengan seseorang yang cukup dikenalinya. Terjegil luas mata Ameena. Abang Aisar!
Laju Ameena baca caption gambar.
MonaLisa : Hey you! Miss me already? I miss you! :p
Bangun terus Ameena dari posisi. Caption tu... sesuatu sangat. Abang Aisar dengan Kak Lisa dah declare jadi couple ke? Tengok komen, ada balasan daripada si Aisar. Tak semena-mena berair air mata Ameena.
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...