Bab 13

6.4K 576 19
                                    

AMEENA turun ke dapur awal pagi itu. Sedar, untuk beberapa hari ini dia biarkan Puan Rosni sorang-sorang sediakan makanan di dapur. Dia pula lebih banyak berkurung di dalam bilik serupa orang yang hilang arah tuju. Untuk itu, Ameena rasa bersalah.

"Mama Ros," Ameena menyapa Puan Rosni yang ke hulu ke hilir sediakan makan pagi. Tengok kesibukan Puan Rosni, mula lah Ameena teringatkan arwah Puan Shafinas. Dulu, mamanya itu juga begini. Sibuk di dapur sediakan sarapan untuk dia dan papa, Raja Yusman. Tapi itu semua hanya lah kenangan yang dia cuma mampu kenang sampai bila-bila. Mama, Meen rindu.

Puan Rosni menoleh ke belakang. Terkejut dia bila Ameena tiba-tiba muncul di dapur.

"Eh, Meen. Meen lapar ke? Sekejap, Mama Ros hidangkan dekat meja ya?" Puan Rosni makin kalut. Ameena dilayannya serupa puteri raja. Ameena mendekat. Dari belakang, tubuh Puan Rosni dipeluknya. Terhenti pergerakan Puan Rosni melakukan kerja-kerja di dapur. Terasa kepala Ameena bersandar di bahunya.

"Meen minta maaf, Mama Ros." Ucap Ameena. Puan Rosni senyum sebelum dia pusing tubuh ke belakang. Pelukan yang dicipta Ameena terlerai terus. Tangan Ameena dicapainya dan digenggam.

"Kenapa nak minta maaf dengan Mama Ros pula? Meen takde buat salah apa-apa pun dekat Mama Ros." Balas Puan Rosni. Ameena senyum kelat.

"Maaf sebab susahkan Mama Ros. Meen layan Mama Ros macam orang gaji aje. Meen rasa bersalah."

"Hesy! Apa pula kata macam tu? Mama Ros buat semuanya ikhlas. Dah, pergi duduk kat meja makan. Mama Ros nak siap dah ni,"

"Meen tolong."

"Tak payah! Sikit aje lagi. Pergi duduk kat meja makan," belakang tubuhnya, Puan Rosni tolak. Mahu tak mahu, Ameena menapak ke arah ruang makan. Kerusi ditarik lantas punggung dihenyak di situ. Mata diliar ke sekitar. Sunyi.

Lima minit selepas itu, Puan Rosni muncul dengan semangkuk mee goreng yang masih berasap nipis. Tangan Puan Rosni baru sahaja mahu menyenduk mee goreng ke dalam pinggan tapi Ameena terus menahan.

"Mama Ros, Meen boleh buat sendiri. Mama Ros duduk lah makan sekali." Tegah Ameena. Melampau rasanya kalau sampai makanan pun kena letak depan hidung. Dia bukannya tak ada tangan. Puan Rosni angguk kepala. Kerusi bertentangan didudukinya. Tersenyum dia pandang raut wajah Ameena. Masih terbias raut sedih di wajah itu. Kesian, Ameena.

"Kenapa Mama Ros pandang Meen macam tu?" tak jadi Ameena nak suap mee goreng ke dalam mulut bila Puan Rosni asyik memandang ke arahnya. Puan Rosni senyum lagi.

"Mama Ros gembira bila Meen dah keluar dari bilik. Meen tahu, Mama Ros susah hati sangat. Mama Ros risaukan Meen."

"Meen minta maaf, Mama Ros. Meen dah banyak susahkan Mama Ros. Meen buat semua orang susah hati."

"Takpe. Makan lah. Nanti sejuk mee goreng tu."

"Mana Ayah Ril dengan Abang Aisar? Malam tadi, Abang Aisar tidur sini ke Mama Ros?" Ameena menyoal. Teringat balik hal malam tadi. Aisar ajak dia berbual di luar rumah. Dan setiap patah kata yang keluar dari ulas bibir lelaki itu, masih terakam jelas. Dada Ameena jadi sendat.

"Haah. Malam tadi, Aisar tidur kat sini. Tapi lepas subuh tadi dia terus balik sebab dia tak bawa baju salin. Sekejap lagi dia datang lah tu dengan Ayah Ril." Jawab Puan Rosni. Ameena mengangguk faham. Kepala dia terangguk-angguk.

Hari ini, Aisar akan berikan jawapan kepada Encik Azril. Jawapan soal... ah! Ameena tak mahu sebut! Biar Aisar dengan Encik Azril yang selesaikan semuanya.

*****

BUNYI kipas siling saja yang kedengaran di ruang tamu. Televisyen yang terpasang, perlahan saja bunyinya. Tak dengar apa-apa langsung. Encik Azril duduk di sofa single sambil bersilang kaki. Ameena tak tahu apa yang ada di dalam fikiran lelaki yang umurnya lingkungan awal lima puluhan itu.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now