Bab 32

15.1K 1K 311
                                    

"SELAMAT pagi, sayang."

   Terteleng leher Ameena bila figura Puan Rosni melangkah masuk ke dalam ruangan wad itu. Ameena yang bersandar pada kepala katil memandang wanita itu dengan senyuman manis. Nak senyum lebar-lebar, tapi bibirnya masih terasa sakit. Mukanya terasa lebam-lebam lagi.

   "Meen dah makan?" soal Puan Rosni setelah punggungnya duduk mencecah birai katil. Sebelah tangan Ameena digenggamnya lembut. Terus Ameena jatuhkan kepalanya berkali-kali.

   "Dah, mama. Tadi ada nurse bawakan breakfast untuk Meen," perlahan suara Ameena, cukup-cukup di dengar saja. Puan Rosni menjeling tray makanan di sisi katil. Licin makanan dalam pinggan itu. Mesti menantu kesayangan dia ni lapar sangat.

   "Meen nak makan apa-apa lagi tak? Mama call Aisar suruh bawakan ke sini."

   Dengar nama Aisar meniti di bibir Puan Rosni, Ameena tak tahu mahu tersenyum atau tidak. Entah lah.

   "Takpe, mama. Meen betul-betul dah kenyang."

   Puan Rosni hela nafas panjang. Wajah Ameena disentuhnya dengan sebelah tangan. Wajah Puan Rosni berubah sayu. Hampir bercantum dahi Ameena bila wajah itu sudah berubah riak.

   "Mama?"

   "Mama sayangkan Meen. Mama takut kalau apa-apa terjadi pada Meen. Mama risau, Meen." mata Puan Rosni berkaca-kaca. Ameena hela nafas. Sekarang ini, mula lah hatinya rasa walang. Hanya disebabkan dia seorang, banyak hati yang berduka. Dia dah risaukan semua orang.

   "Mama, Meen okey. Meen dah selamat, kan? Meen minta maaf sebab Meen dah buat mama dengan ayah risaukan Meen. Meen buat mama dengan ayah susah hati. Meen yang tak reti jaga diri Meen. Meen cuai. Maafkan Meen, mama." bergetar suara Ameena. Kepala Puan Rosni tergeleng kecil.

   "Meen tolong janji dengan mama... Meen kena jaga diri Meen untuk mama. Meen tak boleh tinggalkan mama ya?"

Ameena angguk kepala sebelum kepalanya ditarik Puan Rosni ke dalam pelukan. Ameena pejam mata. Betapa dia bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua seperti Puan Rosni dan Encik Azril. Kasih sayang yang diberikan mereka berdua tak kurang seperti kasih sayang yang pernah arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas limpahkan padanya dulu. Rindunya terubat dengan kewujudan dua manusia ini.

Beberapa minit dalam keadaan begitu, Puan Rosni leraikan pelukan.

   "Macam mana Meen boleh sesat dalam hutan tu, sayang? Luka-luka badan ni, Meen terjatuh ya?" soal Puan Rosni sambil bebola matanya bergerak memandang sekujur tubuh Ameena. Tangan kiri dan buku lali kiri Ameena berbalut. Wajah itu masih belum hilang lebam-lebamnya.

   "Salah Meen, mama. Meen yang tiba-tiba berhenti tak bagitahu ahli kumpulan Meen. Meen tiba-tiba tak boleh nak bernafas, sebab itu Meen berhenti rehat sekejap. Meen ingat Meen tahu arah jalan, tapi Meen silap. Meen sesat dan tak tahu jalan keluar." jawab Ameena, menunduk sekejap memandang selimut putih yang membungkus separuh tubuhnya.

   "Luka-luka ni semua?"

   "Meen kena kejar dengan babi hutan,"

   "Ya Allah!" terjegil mata Puan Rosni. Tangan sendiri naik mengatup mulut yang terbuka. Ameena gelak sebelum wajahnya berkerut sakit. Sedar diri sendiri tak boleh nak gelak kuat-kuat dengan bisa di badan.

   "Mama ni. Terkejut sangat ni kenapa?" soal Ameena dengan tawa kecil. Puan Rosni merengus.

   "Harus lah mama terkejut, Meen. Meen kena kejar dengan binatang tu. Lepastu, macam mana? Dia cederakan Meen sampai macam ni sekali ke?" soal Puan Rosni lagi. Ameena geleng.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now