BUNYI enjin kedengaran mengisi setiap sudut laluan perlumbaan. Kelihatan para pelumba sedang berlumba-lumba memecut di atas litar go-kart. Masing-masing cuba mengalahkan pesaing mereka. Seperti Aisar yang cuba mengalahkan Farouk yang sedang mengejarnya dari belakang. Pedal minyak dipijak semahunya sehinggalah kereta kecil bernombor 38 itu akhirnya melepasi garis penamat. Perlahan-lahan, Aisar memberhentikan keretanya itu di tepi laluan sebelum helmet full face ditanggalkan dari kepala.
Aisar tersengih-sengih bila kereta bernombor 42 yang dipandu Farouk perlahan-lahan berhenti di hadapannya.
"Kau tak aci, Aisar! Kau main tipu!" Kembang-kempis hidung Farouk memandang Aisar yang sudah ketawa besar.
"Main tipu apa pulak?"
"Tadi masa aku nak potong kau, kau block aku! Lepastu, kat selekoh tu. Kau sengaja nak bagi aku terbabas, kan?"
Makin kuat Aisar ketawa.
"Mana ada! Tak baik memfitnah, Farouk. Allah marah,"
"Huh! Aku tak kira, kita main satu round lagi! Aku tak boleh kalah dengan kau ni!"
"Farouk, Farouk... Ini dah masuk tiga round tau. Terimalah kenyataan yang kau tak akan boleh kalahkan aku!"
"Ah! Aku pasti kali ni aku menang!" Farouk kembali menyarung helmet full face di kepala sebelum dia memandu kereta kecilnya itu ke garisan pemula. Kepala Aisar tergeleng-geleng. Sedang dia mahu menyarung helmet ke kepala, matanya menangkap tiga sosok manusia sedang berjalan ke arah kereta masing-masing. Tidak mempedulikan mereka, Aisar langsung menggerakkan keretanya mendapatkan Farouk yang sedang menunggu. Aisar tersenyum geli hati. Pantang kalah betullah si Farouk ni!
Di garisan pemula, Aisar dan Farouk sudah bersedia untuk berlumba. Juga kelihatan tiga orang pemandu baru sedang berada di garis pemula. Masing-masing bersedia untuk memecut di atas litar go-kart sejauh 950 meter itu. Apabila bendera bercorak dam hitam dan putih dikibarkan, masing-masing mula memecut di atas litar go-kart. Hujung bibir Aisar tercunggit ke atas melihat Farouk yang sudah ke hadapan meninggalkannya di belakang. Lantas, dengan skill memandunya, dia memintas mudah kereta-kereta kecil di laluan itu untuk mengejar Farouk.
Namun seketika, kereta yang dipandunya itu mula hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta yang ada di hadapannya. Membuatkan keretanya berpusing lalu melanggar penghadang tayar yang berada di kiri laluan. Sebaik saja keretanya berhenti, Aisar terus berpaling ke belakang memandang kereta yang dilanggarnya itu turut berhenti sama. Tidak terus berfikir panjang, Aisar melompat keluar dari keretanya lalu berlari mendapatkan si pemandu tersebut yang mula dikelilingi rakan-rakannya.
"Meen! Kau tak apa-apa?!" Anetha cemas mendapatkan Ameena yang kaku di tempat duduknya. Terkejut dia melihat kereta Ameena dilanggar agak kuat tadi. Mujurlah tak sampai terbabas atau terbalik.
"Meen? Awak okey?" Zaril juga kalut. Helmet full face yang berada di atas kepala Ameena segera dibuka. Wajah Ameena pucat lesi. Soalan daripada Anetha dan juga Zaril tak mampu dibalasnya lagi. Dia benar-benar belum habis terkejut. Iyalah, tengah seronok memandu, tiba-tiba saja kereta kecilnya itu dirempuh dari belakang. Mujurlah tangannya pantas mengawal stereng. Kalau tidak, tak mustahil keretanya terbabas melanggar tayar-tayar yang bersusun di sepanjang laluan. Lepastu, apa jadi? Masuk hospital? Erghhh, seram!
"Apa ni encik?! Tak reti bawa kereta elok-elok ke?! Nak bunuh orang ke apa, hah?!" Zaril menjerkah lelaki yang melanggar Ameena tadi. Matanya sendiri menyaksikan bagaimana pelanggaran itu berlaku. Jantungnya hampir gugur!
Aisar kelu tidak membalas. Bukan kerana takut. Tapi, kerana gadis bertudung hitam yang masih kaku di tempat duduknya itu. Ameena?
"Encik! Saya tengah bercakap dengan encik ni!" Zaril mencekak pinggang. Masih tak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku. Manakala Anetha, wajahnya berkerut-kerut memandang lelaki berkulit cerah yang sedang merenung Ameena itu. Macam familiar. Kat mana agaknya dia pernah tengok muka lelaki ini, ya?
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...