Bab 35

12.3K 1.3K 439
                                    

AMEENA betul-betulkan letak duduk tudung sarung atas kepala. Tarik nafas, hela. Entah kenapa, dada jadi sendat. Saluran pernafasan rasa tersekat. Lima minit begitu, Ameena rasa sedikit tenang. Envelope coklat yang terletak atas meja belajar dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidurnya. Ameena turun ke tingkat bawah. Sampai di anak tangga terakhir, dia pasang telinga. Sunyi. Intai melalui jendela, kereta Encik Azril yang selalu terpakir bawah porch tiada. Hanya ada kereta Aisar saja. Ayah Ril keluar ke?

   "Meen?" tersentak, envelope di tangan Ameena lekas-lekas disorok belakang tubuh. Mata bulatnya memandang Aisar yang tiba-tiba muncul dari dapur. Sekilas Ameena pandang baju Aisar. Basah.

   "Abang buat apa kat dapur sampai basah baju tu?" tanya Ameena.

   "Mama suruh abang basuh pinggan." jawab Aisar, menyengih tayang gigi. Ameena menggeleng kecil. Basuh pinggan sampai lencun macam tu sekali? tsk, tsk!

   "Kereta ayah takde pun. Ayah pergi mana? Mana mama?" Ameena tanya. Sekarang baru pukul sepuluh tiga puluh minit pagi. Tadi masa dia turun sarapan, Encik Azril dan Puan Rosni masih ada. Tak ada pula mereka cakap nak keluar ke mana-mana hari ini.

   "Oh, pergi jumpa kawan ayah sekejap. Nak kasi barang. Kejap aje keluar tu," jawab Aisar sambil mengibas bahagian depan bajunya yang basah. Aiyo, basuh pinggan ke basuh baju kat dapur tu?

   "Abang naik atas tukar baju kejap," sengih segaris, Aisar berlari anak melepasi Ameena menaiki anak-anak tangga ke tingkat atas. Pergi sosok Aisar, Ameena hela nafas. Envelope coklat di tangan, dia tenung. Dia baru ingat nak bincangkan 'hal' yang satu ini dengan Encik Azril, Puan Rosni dan Aisar. Tapi dua orang mertuanya itu keluar lah pulak. Nampaknya, dia terpaksa tunggu mereka balik. Harap-harap lah cepat sikit baliknya.

Ameena lencongkan kaki ke ruang tamu. Envelope coklat dia sorok sedikit belakang bantal. Tak mahu kalau Aisar nampak benda alah itu. Alat kawalan jauh dicapai sebelum skrin televisyen yang tadinya gelap kini terang menayangkan dokumentari haiwan. Tengok anak beruang pun best.

Selang sepuluh minit, kedengaran bunyi kereta memasuki laman rumah. Fikir Ameena, mungkin Encik Azril dan Puan Rosni sudah pulang. Namun sangkaannya meleset bila manusia lain yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah yang terbuka luas. Mata Ameena bulat dengan muka terkejut. Apa dia buat dekat sini?

   "Where's Aisar?" bekeng suara Mona Lisa sambil kakinya menapak masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu. Ameena bangkit dari duduk dengan kerutan di wajah. Helo, siapa yang kasi izin dia masuk rumah ni? Ikut suka atuk nenek moyang dia aje! Itu mujur reti buka kasut. Kalau tak, eei!

   "I tanya mana Aisar?! Pekak ke?!" terhinjut bahu Ameena bila Mona Lisa sudah menjerkahnya. Tangan di sisi tubuh, Ameena kepal. Sekarang ni, Mona Lisa pandang Ameena macam nak telan. Kecil besar, kecil besar aje si Ameena dekat mata dia. Teringat balik gambar mesra Aisar dan Ameena yang diterimanya semalam. Menyakitkan hati sungguh!

   "Abang Aisar ada kat atas," jawab Ameena. Suaranya tenggelam timbul. Masih terkejut lagi. Hei, siapa aje tak terkejut bila tiba-tiba kena jerkah macam tadi?

Baru kaki Mona Lisa mahu menapak ke arah tangga, kedengaran derap langkah Aisar menuruni satu persatu anak tangga. Sedar kewujudan orang lain selain Ameena di ruang tamu, Aisar angkat kepala. Bulat matanya memandang sosok Mona Lisa yang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Aisar pandang Ameena kemudian.

   "Lisa... you buat apa kat sini?" Aisar tanya.

   "Kenapa? Tak boleh ke I datang rumah bakal mertua I?" sengaja Mona Lisa tekan cukup-cukup perkataan 'bakal mertua' itu supaya Ameena dengar jelas. Paling wajah ke arah lain, Ameena tarik nafas dalam-dalam dan hela. Relaks, Meen...

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now