Bab 1

28.7K 986 94
                                    


"MASA tamat. Calon-calon dikehendaki berhenti menulis. Pengawas peperiksaan akan mula mengutip kertas jawapan anda,"

   Raja Nur Ameena hela nafas panjang. Maka dengan ini, berakhir lah perjuangannya menduduki kertas-kertas SPM yang boleh tahan mencabarnya. Setelah berhempas pulas dari tingkatan satu lagi, kini dia sudah boleh hela nafas lega selega-leganya. Yiiihaaa!

   "Tahniah dan selamat maju jaya!"

   Seorang demi seorang pelajar melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman yang melebar. Masing-masing mula bising dan bersorak seolah-olah mereka sudah benar-benar bebas padahal perjalanan selepas SPM lagi mencabar.

   Ameena sangkut tali beg di bahu selepas puas bergambar dengan rakan-rakan sekelasnya. Selepas ini, entah bila lagi mereka boleh berkumpul dan berjumpa. Jujur, hati Ameena berat tapi dalam masa yang sama dia seronok. Tak perlu lagi dia nak menghadap buku-buku nota rujukan terutamanya untuk subjek Akaun. Ah, boleh pecah kepalanya!

Ameena bercekak pinggang sambil menanti kemunculan seseorang. Seseorang yang akan mengambilnya di sekolah.

   "Meen, kau tunggu siapa? Papa kau ya?" teguran seseorang buat Ameena laju menoleh. Tersenyum dia memandang Qalesya, kawan baiknya itu. Kawan baik merangkap kawan sekelas merangkap kawan setia dari tingkatan satu lagi.

   "Tak lah. Kau balik dengan siapa, Sya?" soal Ameena.

   "Mak aku. Macam mana paper tadi? Mesti kau boleh jawab senang-senang macam tu aje kan? Kau, kan terror subjek Akaun." Qalesya tolak bahu Ameena dengan bahunya. Kening diangkat tinggi.

   "Ah, perli aku lah tu! Aku tak berharap akan dapat A untuk subjek Akaun ni. Masa percubaan hari tu pun, aku dapat C+ aje! Membebel abang aku yang sorang tu," tercebik bibir Ameena bila teringatkan lelaki itu. Qalesya gelak.

   "Eleh, C+ tu pun dah kredit tau."

   "Aku ni tak sehebat kau. Masa percubaan hari tu, kau dapat B+ untuk subjek Akaun kan? Aku gerenti, keluar result nanti mesti kau dapat A+!"

   "Aamiin! Benda baik, kita aamiinkan saja."

   "Werk!"

Mereka sama-sama ketawa. Berbanding Ameena, Qalesya lagi menyerlah dalam pembelajaran. Tapi tetap Ameena dan Qalesya tergolong dalam pelajar harapan sekolah.

   Pin!

   "Eh, abang aku dah datang. Pergi dulu, Sya! Nanti kita jumpa ya!" Ameena melambai-lambai Qalesya di sebelah.

   "Okey!"

Berlari kecil Ameena ke arah sebuah kereta yang berhenti di hadapan pondok perhentian bas. Buka pintu, tubuh yang tersarung uniform sekolah itu menerobos masuk. Menyengih Ameena pandang Aisar di sebelah. Tak menunggu lama, Aisar memandu pergi.

   "Macam mana dengan paper last hari ni?" soalan Aisar memecah kesunyian di dalam kereta itu.

   "Okey."

   "Okey aje?"

   "Lah, dah okey maksudnya okey lah."

   "Boleh jawab ke tidak? Ke aci jawab aje asal kertas tak kosong?" mengerling mata Aisar memandang Ameena di sebelah. Ameena dah buat mulut. Termuncung-muncung macam mulut itik.

   "Boleh la. Apa abang ingat otak Meen sama macam otak abang ke? Meen sedar lah yang Meen tak terror Akaun macam abang tapi still... Meen boleh jawab. Abang Aisar jangan pandang Meen sebelah mata ya!" Ameena angkat jari telunjuk menunding ke arah Aisar yang fokus memandu. Aisar cebik bibir.

   "Ingat perjanjian kita Meen. Kalau Meen dapat skor A untuk subjek Akaun, abang akan tunaikan apa saja permintaan Meen asalkan benda tu masuk dek akal. Cakap aje Meen nak apa, semua abang kasi. Anything." Sekilas Aisar pandang Ameena di sebelah. Mendengarkan itu, terus Ameena sengetkan tubuh menghadap Aisar. Senyuman sudah mula bergayutan di bibir nipisnya itu.

   "Anything eh abang? Janji eh?"

   "Skor A untuk subjek Akaun."

   "Errr... kalau Meen dapat B?"

   "Then the offer is done."

   "Alah, B+ abang? Boleh la..."

   "No way. A only."

Ameena terus sandarkan tubuh pada kerusi. Bapak ah! Dia harus dapatkan skor A untuk subjek Akaun kalau dia nak menagih apa saja daripada seorang Aisar Haddad. Sudah lah dia bukannya otak geliga macam si mamat sebelah dia ni. Dia paling tak suka subjek Akaun sebab malas nak kira-kira. Matematik pun dia tak suka. Tapi kira duit, itu kehandalannya! Hehe!

   "Nak singgah mana-mana tak? Ke nak balik terus?" soal Aisar lagi bila hampir sepuluh minit diam antara mereka.

   "Balik lah. Mama dah janji nak masakkan makanan favorite Meen."

   "Okey."

   Aisar teruskan memandu.


"MAMA! I'm coming home! I'm coming home! Tell the world I'm coming home!" bising Ameena menyanyi di muka pintu sambil tanggalkan kasut putih di kaki. Puan Shafinas di dapur dah tergeleng-geleng kepala. Aduh, tak semenggah langsung perangai anak dara dia yang satu ini!

   "Mama!" Ameena muncul di dapur sambil tersengih kerang busuk.

   "Raja Nur Ameena. Salam mana salam? Dah lupa nak bagi salam ke?" sindir Puan Shafinas sambil lap tangan yang basah pada kain bersih. Makin panjang sengihan si Ameena bila disindir begitu. Dia hampiri Puan Shafinas. Tangan si ibu dicapai dan dicium hormat.

   "Assalamualaikum, Puan Shafinas ku sayang. Hamba sudah pulang dari sekolah. Hari ini, hamba begitu gembira kerana hamba sudah habis peperiksaan SPM! Yeay dah boleh kahwin!" menjerit Ameena sebelum kepalanya diluku tiba-tiba.

   "Awww, mama!"

   "Elok sangat lah tu terjerit-jerit kat dapur ni. Dapat suami tua, tak tahu lah nanti!"

   "Tua pun takpe, mama. Janji lelaki tu ialah..."

Tajam Puan Shafinas pandang si anak dara. Ameena sengih.

   "Gurau aje, mama. Tak mau serius-serius meh. Nanti tak lawa." Selamba saja Ameena menuturkan ayat itu. Kerusi kayu ditarik sebelum dia henyak punggung di situ. Bersinar-sinar matanya memandang makanan favorite yang Puan Shafinas sediakan buatnya hari ini. Ya Allah, bikin kecur air liur!

   "Papa mana?" soal Puan Shafinas tiba-tiba.

   "Papa? Mana lah Meen tahu. Ofis lah kut."

   "Aik? Habis tadi siapa yang ambil dan hantar Meen dari sekolah?" soal Puan Shafinas pelik.

   "Abang Aisar yang ambilkan Meen kat sekolah tadi."

   "Oh. Meen tak ajak dia masuk ke? Makan sekali?"

   "Abang Aisar cakap dia nak cepat. So, dia cuma hantarkan Meen kat depan pintu pagar tu aje. Mama, Meen lapar lah. Kejap lagi kita sambung borak eh? Sekarang, meh kita makan dulu sebab perut Meen dah bunyi-bunyi ni."

Puan Shafinas menggumam. Aduhai anak dara dia ni. Umur sudah tujuh belas tahun tapi perangai tak macam tujuh belas tahun pun. Mujur, anak dara dia ni jenis yang mendengar kata. Tak pernah Ameena membentak bila keinginannya tidak ditunaikan. Cuma merajuk tak keluar bilik tu selalu sangat buat!

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now