Bab 9

5.6K 570 24
                                    

MOOD Ameena ceria saja hari itu. Sekejap lagi dia akan bertolak ke Port Dickson bersama kawan-kawannya. Dari semalam lagi dia dah kemas baju-baju dan barangan peribadi. Serupa nak pergi bercuti dua minggu, padahal dua hari aje. Perempuan, kalau boleh time travel nak bawa almari terus!

Luggage kecil ditarik ke tingkat bawah. Ingat nak bawa bagpack aje tapi tak muat pula. Dia sendiri tak tahu barang apa aje dia bawa. Baju beberapa helai, kain tuala dan toiletries. Itu aje kut. Tapi tak muat nak sumbat dalam bagpack. Pelik!

"Ni nak tinggalkan mama dengan papa dua hari atau dua minggu ni?" Puan Shafinas menyindir halus. Ameena sengih seraya bawa langkah ke arah Puan Shafinas dan Raja Yusman di meja makan.

"Alah, mama. Kasi chance lah Meen nak feeling-feeling travel lama sikit walaupun hakikatnya dua hari aje," balas Ameena. Kerusi kosong didudukinya. Meliar matanya memandangan sarapan pagi yang disediakan Puan Shafinas. Mee goreng mamak dan teh 'o' panas satu teko.

"Makan, Meen. Kang lapar pula kalau dalam kereta. Jauh perjalanan tu," tegur Raja Yusman. Ameena angguk kepala berkali-kali.

"Okey, papa sayang."

Diam di antara mereka untuk beberapa minit. Entah kenapa, bertambah pula mee goreng mamak hasil air tangan Puan Shafinas. Sedapnya lain macam. Kalau boleh, dia nak minta Puan Shafinas tapaukan mee goreng mamak ni untuk dia.

"Nanti bermalam kat mana?" soal Puan Shafinas.

"Qalesya cakap, kita orang akan bermalam dekat hotel apa entah. Meen dah lupa nama dia. Nanti dah sampai sana, Meen snap gambar banyak-banyak hantar dekat mama eh?" jawab Ameena. Habis dua pinggan mee goreng mamak, Ameena tolak pinggan ke depan. Sehelai tisu dicapai lalu dikesat pinggir bibir yang dah berminyak.

Dah, tak boleh makan banyak-banyak. Sekejap lagi meraung nak cari toilet sebab nak membuang!

Habis makan, mereka tiga beranak berlalu ke ruang tamu keluarga. Duduk berborak sebelum Qalesya dan yang lain datang menjemput.

"Nah," Raja Yusman hulur kad kredit. Terangkat kening Ameena.

"Papa serius nak kasi Meen pegang kad papa? Tak menyesal?" soal Ameena. Bukan biasa-biasa ni Raja Yusman beri dia kad kredit terus.

"Papa tak cukup duit cash. Meen ambil lah kad papa ni buat belanja. Tapi ingat, berbelanja jangan ikut nafsu." Pesan Raja Yusman siap angkat jari telunjuk lagi. Ameena sengih. Huluran kad daripada Raja Yusman disambut lalu dimasukkan ke dalam purse. Rezeki jangan ditolak. Eh!

"Terima kasih, papa. Sayang papa."

"Jaga diri tau, Meen. Jangan duduk sorang-sorang kat tempat sunyi. Beg tu, jaga sikit. Jangan leka. Orang jahat kat dunia ni banyak cuma kita aje tak tahu. Jangan ikut orang yang tak kenal sewenang-wenangnya. Jalan tu ramai-ramai." Pesan Puan Shafinas. Ameena asyik angguk-angguk kepala. Iyakan saja apa kata si mama. Untuk kebaikan dia juga.

"Enjoy, enjoy juga. Solat jangan tinggal." Lagi pesanan diterima kali ini daripada Raja Yusman.

"Insya-Allah, papa."

Pin!

Bunyi hon kereta dari luar.

"Eh, dia orang dah sampai! Mama, papa Meen pergi dulu eh. Jangan rindu Meen tau. Meen pergi sekejap aje. Dua hari aje lepastu Meen balik duduk dengan mama dengan papa lagi." Ameena hulur tangan menyalami tangan Puan Shafinas dan Raja Yusman. Tak cukup dengan itu, Ameena peluk cium tubuh itu serupa nak tinggalkan mereka lama-lama.

"Jaga diri ya, sayang. Mama dengan papa sayang Meen sangat-sangat tau." Tiba-tiba Puan Shafinas jadi sebak mahu melepaskan anak tunggalnya itu pergi. Bibir Ameena tercebik-cebik. Ah, mula lah nak touching bila Puan Shafinas buat ayat macam tu.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now