Bab 21

6.3K 654 83
                                    

ESOK ulang tahun kelahiran Aisar Haddad yang ke dua puluh empat. Dan sekarang ini, Ameena dah merangka plan untuk hari esok. Dia nak buat mini birthday party untuk Aisar. Alah, bukannya nak jemput sesiapa pun. Hanya dia, Aisar, Encik Azril dan Puan Rosni. Sebab itu dia panggil mini birthday party.

Ameena meniarap di atas katil dengan sebuah buku nota dan pen flamingo comel. Sesekali dia ketuk dagu sendiri dengan hujung pen. Bukan setakat ketuk, dia gigit-gigit lagi hujung kepala flamingo tu. Memang tabiat yang dia sendiri tak sedar bila sedang berfikir.

"Abang Aisar suka red velvet. Abang Aisar alergik dengan coklat. So, kek coklat direject serta merta!" Ameena potong perkataan kek coklat atas buku notanya. Hal kek, settle. Esok dia nak ajak Puan Rosni buatkan kek red velvet untuk party hari jadi Aisar. Mujur lah Puan Rosni memang pandai membaking. Kek red velvet buatan Puan Rosni adalah yang paling sedap pernah dia makan.

"Abang Aisar suka warna merah. Jadi, esok tema birthday party Abang Aisar adalah merah."

Abang Aisar itu, Abang Aisar ini sampai lah Ameena dah tak tahu lagi nak tulis apa atas buku nota dia. Dari posisi meniarap, Ameena bersila atas katil. Panjang tangannya mencapai telefon bimbit miliknya. Panggilan dibuat. Beberapa saat menunggu, baru lah panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, mama." sapa Ameena terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam, Meen. Ya, ada apa call mama ni?" balas Puan Rosni.

"Mama... esok birthday Abang Aisar, kan?"

   Puan Rosni terdiam dulu.

"Haah lah, Meen! Esok birthday Aisar. Masya-Allah, mama sungguh-sungguh tak ingat tarikh esok." Puan Rosni garu-garu kepala. Mungkin gara-gara faktor usia juga, dia jadi cepat lupa. Kadang, cermin mata pun dia boleh tercari-cari padahal cermin mata tu elok saja terletak atas pangkal hidungnya. Aduhai!

"Hehe. Jadi, Meen ingat nak buat mini birthday party lah esok."

"Boleh, sayang. Nak buat kat sini atau nak buat kat rumah Meen?"

"Rumah Meen boleh tak, ma?"

"Hesy, mesti lah boleh. Pukul berapa Meen nak start majlis tu?"

"Kalau kita buat malam esok, mama rasa okey tak? Siang selalu Abang Aisar sibuk dengan kampus. Ada kelas rasanya. Malam aje lah dia boleh melekat kat rumah pun," terjuih-juih bibir Ameena. Melekat lah sangat. Bukan melekat kat rumah, tapi melekat dengan Mona Lisa. Werk!

"Idea yang bagus. Mama setuju aje."

"Esok kita buat kek red velvet sama-sama eh mama."

"Sure. Esok pagi kita pergi beli barang. Mama jemput Meen kat rumah ya?"

"Okey, mama. Jumpa esok."

"Ya, sayang."

   Tak lama lepas itu, Ameena putuskan talian. Tersenyum panjang dia dibuatnya sambil membayangkan situasi malam esok. Harap-harap lah Abang Aisar tak pergi mana-mana. Harap-harap lah si Mona Lisa tu tak rosakkan plan aku dengan mama esok!

*****

PAGI itu, Ameena bersiap seawal jam sembilan pagi. Puan Rosni dah janji nak jemput dia pukul sepuluh. Plan pagi ni nak cari barang untuk mini birthday party Aisar yang akan diadakan malam nanti. Wah, tak sabar rasanya!

   Ameena letak sling bag miliknya atas meja makan. Kerusi ditarik.

"Bersiap awal ni nak pergi mana?" soal Aisar yang tiba-tiba keluar dari dapur. Mujur Ameena tak melatah. Kus semangat!

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now