Bab 4

6.5K 534 26
                                    

PEJAM celik, pejam celik esok adalah hari yang paling dinanti-nanti oleh semua orang. Terutamanya si genit Raja Nur Ameena binti Raja Yusman. Keputusan SPM akan keluar esok wahai penduduk bumi!

   Nak pakai baju apa esok masa ambil result?

   Ameena berdiri depan almari baju yang pintunya dah terbuka luas. Bergantungan pakaian-pakaian dari pelbagai rekaan dan warna. Sampai dah tak ada ruang nak gantung baju dah! Sekarang baru dia faham kenapa Puan Shafinas bebelkan dia dari subuh sampai nak masuk zohor bila dia cakap tak ada baju nak pakai setiap hari.

   Ameena capai sehelai blouse lantas diacu ke tubuh. Dia memandang pantulan figuranya melalui biasan dada cermin tinggi.

   "Nope. Tak sesuai."

   Dia campak blouse atas katil. Sehelai blouse lain dicapai pula. Yang ni labuh sikit berbanding blouse yang tadi.

   "Aku dah pakai blouse ni bulan lepas. Next!"

   Baju kebaya warna krim dicapai dan diacu ke tubuh. Bibirnya disengetkan.

   "Kau nak pergi kahwin ke esok, Ameena oi? Tiberrr pakai kebaya nak pergi ambil result SPM esok. Mahu orang gelakkan kau! Next!"

Next!

Next!

Next!

Sampai katil tu dah macam longgokan baju bundle!

   Selak dan selak lagi, sehelai baju kurung warna hijau lumut ditarik keluar. Baju kurung Pahang yang dia pakai raya dua tahun lepas. Diacu ke tubuh sebelum bibirnya terlukis satu senyuman puas hati.

   "Ha, baru lah okey. Takde la orang kata aku ni nak pergi kahwin. Cun, cun!" monolog Ameena sendiri. Akhirnya jumpa pun baju yang sesuai selepas hampir setengah jam cari pakaian untuk dipakai hari esok!

   Sedang Ameena gantungkan kembali baju-baju yang dia keluarkan tadi, telefon bimbit miliknya yang terletak atas meja lampu berdering lantang. Mencicit Ameena belari mahu menjawab panggilan dari entah siapa itu. Tengok nama si pemanggil, Ameena senyum lebar. Jarang nak dapat call dari kumbang seekor ni.

   "Hello, Abang Aisar!" awal-awal lagi Ameena menyapa.

   "Assalamuaikum, budak."

Ameena juling mata ke atas.

   "Waalaikumussalam, orang tua."

   Dengar Aisar gelak, dengan Ameena sekali gelak. Lawak pula bila dia panggil Aisar orang tua padahal lelaki itu baru berumur 24 tahun. Beza umur dengan dia enam tahun aje pun. Erk... aje pun?

   "Ada apa abang call Meen malam-malam ni? Kacau aje." Terjuih bibir Ameena. Kat mulut cakap macam tu padahal rasa kembang punggung bila Aisar call.

   "Abang kacau Meen ke? Meen buat apa?"

  "Cari baju untuk dipakai hari esok. Esok result SPM dah keluar, abang. Meen is nervous!" Ameena pegang dada sendiri. Konon gemuruh padahal dia memang gemuruh teruk nak tunggu hari esok.

   "Ameena, abang doakan yang baik-baik saja untuk hari esok. Apa pun keputusan yang Meen dapat, abang nak ucapkan tahniah pada Meen. Abang nak Meen ingat yang abang tetap bangga dengan adik abang ni." Ucap Aisar bernada lembut. Terdiam sekejap Ameena dengar suara garau itu. Alahai, cair!

   "Esok abang datang sekolah Meen kan?"

   "Tak kut. Abang minta maaf sebab abang tak dapat nak datang sekolah Meen esok. Abang sibuk dengan tesis abang. Tapi walaupun abang tak ada, Uncle Yus dengan Aunty Finas kan ada. Dia orang kekuatan Meen. Dia orang yang selayaknya ada dengan Meen untuk hari esok. Abang doakan Meen dari jauh aje okey?"

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now