Bab 19

6K 615 92
                                    

PINTU bilik tidurnya, Ameena kuak luas-luas menjemput Aisar masuk. Bergerak bebola mata Aisar memandang susun atur dan keadaan di dalam bilik tidur Ameena. Cat dinding warna pink!

"Ini bilik tidur Meen. Mulai hari ni, bilik ni akan jadi bilik abang. Abang buat lah macam bilik sendiri tapi sorry... dinding warna pink." menyengih Ameena. Aisar tak membalas. Punggung dia henyak pada birai katil sebelum dia tala pandangan memandang Ameena yang berdiri dengan tangan dibawa ke belakang tubuh.

"Meen tidur sini juga ke?"

"Tak lah. Bukan ke abang sendiri yang cakap abang tak nak tidur sebilik dengan Meen kecuali kalau kita menginap dengan rumah ayah dengan mama? Jadi, Meen bagi bilik Meen ni untuk abang. Meen, guna bilik tidur mama dengan papa Meen. Daripada biarkan bilik tu tak berpenghuni, baik Meen guna." Ameena membalas. Aisar diam dan angguk kepala.

   Aisar sendiri yang buat keputusan untuk berpindah masuk ke dalam banglo milik arwah Raja Yusman ini. Gara-gara dia tak mahu sentiasa diperhatikan Encik Azril dan Puan Rosni, maka Aisar mengajak Ameena untuk pulang ke sini. Kat sini dia tak perlu berkongsi bilik dengan Ameena. Itu lebih utama.

"Abang okey ke tak duduk dalam bilik ni? Ke abang tak suka dinding warna pink? Sakit mata ke?"

"Abang okey, Meen."

"Bilik satu lagi penuh dengan barang. Meen tak sempat nak kemas-kemas. Bilik bawah pula kan bilik solat."

"Takpe, bilik Meen ni dah okey. Thanks."

Ameena angguk kepala. Tadi penat juga dia ke hulu ke hilir keluarkan barang-barang dia dan masukkan ke dalam bilik tidur mama dan papanya. Rasa nak luku-luku kepala Aisar sebab buat keputusan last minit. Nasib baju-baju dia banyak yang dah letak dalam bilik satu lagi. Tak ada lah dia nak mengah sangat mengangkut semua baju-baju dia keluar.

   Tiba-tiba Aisar bangun dari duduk. Terpinga-pinga Ameena bila Aisar menonong melepasinya menuju ke arah pintu bilik.

"Abang nak pergi mana?"

"Keluar jumpa Lisa. Kejap lagi abang balik. Bye, Meen." Aisar angkat tangan tanda pamit tanpa melihat ke arah Ameena yang dah monyok wajahnya. Ameena bawa langkah ke arah tingkap. Mengintai sosok tubuh Aisar yang masuk ke dalam kereta sebelum memandu pergi.

   Sampai hati Abang Aisar tinggalkan aku. Sudah lah masa malam pertama perkahwinan pun Abang Aisar pergi jumpa Kak Lisa jugak. Penting sangat ke Kak Lisa nak dibandingkan dengan aku?

   Mula lah mata Ameena nak masuk habuk.

*****

AMEENA tanggalkan apron yang tergantung di tubuh. Akhirnya, setelah hampir satu jam dia berperang di dapur sendirian, tiga jenis menu dia siapkan. Ayam goreng kunyit, telur bistik dan sup kosong. Boleh lah tu habuan untuk makan malam ni. Lagipun, dia dengan Aisar aje dalam rumah.

Siap kemas dapur, Ameena naik ke tingkat atas. Dah pukul tujuh. Nak mandi, solat sambil tunggu Aisar balik. Aisar keluar tengahari tadi sebelum zohor. Sekarang dah masuk maghrib pun Aisar tak jumpa jalan balik. Sesat ke apa?

Ke hulu ke hilir Ameena di ruang tamu sambil pegang telefon bimbit. Kalau lagi sepuluh minit kereta Aisar tak kelihatan juga, dia nak call terus. Whatsapp yang dia kirim dekat Aisar sejam lepas tak berbalas. Seen pun tak. Kalau ikutkan akal jahat dia, nak aje dia mengadu dekat Encik Azril dan Puan Rosni soal anak tunggal mereka ni. Sanggup dia buat Ameena macam ni?

Sepuluh minit sudah berlalu. Aisar belum pulang. Terus Ameena cari nama Aisar dalam senarai log panggilan. Tak teragak-agak dia buat panggilan. Panggilan pertama masuk peti suara. Panggilan kedua juga masuk peti suara. Cuba lagi panggilan yang ketiga, tetap sama. Asyik-asyik suara operator itu saja lah yang menjawab. Eei, geramnya. Mana Abang Aisar pergi?

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now