Bab 15

5.6K 478 4
                                    

"ABANG biar betul?! Aisar setuju nak kahwin dengan Meen?!" membulat luas biji mata Puan Rosni memandang Encik Azril yang duduk bersandar atas katil hospital. Ada senyuman di wajah lelaki itu. Senyuman gembira semestinya.

"Ya, betul lah."

"Ke abang salah dengar ni? Abang cuma mimpi aje kut malam tadi? Mustahil Aisar setuju untuk kahwin dengan Meen." Terhenyak punggung Puan Rosni pada birai katil. Encik Azril ketawa senang.

"Takde maknanya lah, Ros oi. Telinga abang ni tak pekak lagi. Masih berfungsi dengan elok. Malam tadi, Aisar masuk bilik lepas hampir sejam dia menghilang entah ke mana. Terus dia bagitahu abang yang dia dah buat keputusan untuk kahwin dengan Meen. Abang tanya dia banyak kali, dan jawapan dia masih sama. Dia kata Meen pun dah setuju."

"Meen dah setuju?! Masa bila dia orang berbincang?"

"Mana lah abang tahu. Tanya lah budak dua orang tu."

"Hesy, saya tak habis fikir lagi ni abang. Macam mana Aisar boleh setuju kahwin dengan Meen dan macam mana Meen boleh setuju pulak? Pelik ni, abang. Boleh botak kepala saya asyik fikir pasal ni." Puan Rosni gigit ibu jari sambil dahi dah berkerut seribu. Tergelak lagi Encik Azril tengok wajah si isteri.

"Dah lah, Aisar pun dah buat keputusan. Dia tak boleh nak berpatah balik. Sekarang ni, kita kena fikir pasal majlis. Bila nak langsungkan akad nikah dia orang? Ros rasa, kalau hujung bulan ni sempat tak kalau kita buat majlis?" soal Encik Azril. Dalam situasi ini, dia lah yang paling teruja mengalahkan orang lain. Teruja nak terima menantu perempuan.

"Hujung bulan ni? Hesy, tak rasa macam cepat sangat ke bang? Dia orang mana pernah pergi kursus kahwin lagi."

"Alah, setakat kursus kahwin tu. Esok suruh Aisar dengan Meen pergi daftar."

"Amboi, senangnya abang bercakap ya?"

"Abang ni teruja nak dapat menantu perempuan. Lagi-lagi perempuan tu, Meen. Kalau nak ikutkan hati abang, petang ni juga abang nak heret Aisar dan Meen pergi pejabat agama tau!" terjuih-juih bibir Encik Azril. Kepala Puan Rosni tergeleng-geleng. Lain macam semangat laki aku ni. Seram.

"Abang ni... haih..."

Puan Rosni hela nafas. Tak boleh jadi ni. Dia kena bersemuka dengan Aisar!

*****

BARANGAN peribadi milik arwah Raja Yusman dan Puan Shafinas, dia masukkan ke dalam kotak. Air matanya sedari tadi asyik meleleh keluar saja. Puas ditahan untuk tidak menangis, tapi dia tak mampu. Sebak yang bertandang, menghimpit dadanya.

Ameena buka almari pakaian. Tergantung elok pakaian-pakaian milik peninggalan mama dan papanya. Jemari Ameena menyentuh pakaian-pakaian tersebut dengan bibir yang bergetar. Sehelai kemeja berwarna biru gelap ditarik keluar.

"Happy birthday, papa. Meen tak tahu nak bagi hadiah apa untuk papa. Jadi, Meen belikan papa kemeja. Sebab Meen tahu papa suka pakai kemeja kalau pergi mana-mana kan? Meen yakin, kalau papa pakai kemeja yang Meen beli ni, kekacakan papa akan meningkat kepada sepuluh peratus!"

Terngiang-ngiang lagi bicara katanya ketika hari ulang tahun kelahiran Raja Yusman dua tahun lepas. Gelak dan pelukan Raja Yusman masih terasa lagi sehingga ke hari ini. Ameena bawa kemeja itu ke hidung dan dicium semahu-mahunya. Dia melepaskan rindu kepada kemeja tersebut.

Pakaian-pakaian milik arwah Raja Yusman dikeluarkan dari almari dan dimasukkan ke dalam kotak besar. Selesai, Ameena beralih pula pada pakaian-pakaian milik arwah Puan Shafinas. Kali ini, makin berat pelupuk mata Ameena menakung air mata.

"Banyaknya baju mama. Kalau jual ni, mesti dapat sejuta."

"Jangan nak propa sangat lah, Meen. Nanti kalau mama dah takde, Meen pakai lah baju-baju mama tu. Muat aje dengan Meen sebab saiz kita sama aje, kan? Kalau Meen tak nak pakai, Meen sedekahkan dekat mana-mana rumah anak yatim. Ya sayang?"

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now