Bab 20

7.4K 586 83
                                    

KELENTANG-KELENTUNG bunyi kat dapur. Ameena pun tak tahu apa yang Aisar buat kat dalam sana. Bila dia nak masuk dapur, Aisar menegah. Katanya, makan tengahari mereka untuk hari ini, biar dia yang siapkan. Ameena, disuruh duduk di ruang tamu sambil tengok televisyen.

Wah! Tiberrr hari ni Aisar layan dia macam princess!

Saya suka, saya suka!

"Meen!" dari dapur, dengar suara Aisar melaung memanggil.

"Ya, abang! Nak Meen tolong ke?" Ameena angkat punggung dari sofa. Namun, belum pun dua tapak melangkah, Aisar dah keluar dulu dari dapur. Kat tangan dia ada sebiji bawang merah yang dah siap dikupas.

"Meen, baru abang teringat..."

   Ameena angkat kening.

"Result UPU dah keluar kan?" soal Aisar, terus. Lambat-lambat Ameena angguk kepala dan tersengih. Punggung dia kembali dilabuhkan atas sofa empuk itu.

"Haah, semalam..."

"Kenapa tak bagitahu apa-apa pun dekat abang? Jadi, apa keputusannya? Meen dapat kat mana?" soal Aisar. Serius aje soalannya sekarang ini. Pandang Aisar, bergerak-gerak bibir Ameena tanpa sebarang kata yang keluar. Asyik errr errr saja lah.

"Ameena..."

"Meen dapat kat UNIMAS."

"Sarawak?!"

"Iya, abang..."

   Ameena tenung muka Aisar lama-lama. Mesti Aisar terkejut punya sebab dia dapat panggilan sambung belajar kat Sarawak. Dan mesti Aisar takkan izinkan dia pergi sebab Sarawak tu jauh berbatu-batu kut! Takkan lah Aisar...

"Alhamdulillah. Congrats Meen! Bilanya nak kena daftar masuk?"

   Membulat mata Ameena. Rasa nak bergolek jatuh dari sofa sekarang ini juga. What the...?! Dia fikir Aisar akan melarang dia pergi. Tapi... sekarang ni... Aisar siap tanya dia lagi bila nak masuk daftar!

"Dua minggu lagi."

"Hah, dah tak lama dah tu. Dah buat preparation ke? Dah bagitahu mama dengan ayah?"

   Ameena diam untuk beberapa saat. Malas nak pandang wajah 'gembira' si Aisar, Ameena buang pandang ke arah kaca televisyen yang sedang menayangkan drama melayu.

"Meen tak nak pergi." lancar ayat itu keluar dari ulas bibir Ameena. Berkerut dahi Aisar pandang Ameena yang dah mengalih wajah. Walaupun hanya sekali saja ayat itu keluar dari bibir Ameena, tapi Aisar faham. Dia dengar dengan begitu jelas sekali. Ruang kosong di sebelah Ameena, dia duduk.

"Kenapa tak nak pergi? Sebab dapat program yang Meen tak minat ke?"

"Tak lah. Meen dapat asasi sains."

"Jadi, kenapa tak nak pergi? Sebab jauh?"

Sekali lagi Ameena pandang Aisar sebelum kepalanya dijatuhkan sekali.

"Oh, Meen... Biasa lah tu. Ini lah masanya Meen nak cari pengalaman kat tempat orang. Belajar berdikari, belajar berjauhan, buat kawan baru. Mana lah tahu kut-kut nanti Meen tersuka dengan orang Sarawak pula. Tak ke lega sikit hati abang ni?" selamba bicara kata Aisar buat hati Ameena tersentak. Bukan setakat tersentak, tersentap terus!

Apa? Sampai hati Abang Aisar cakap macam tu! Tahu lah aku ni isteri tak diiktiraf. Tak payah kut cakap macam tu. Sakit tahu tak?

   Diamnya Ameena buat Aisar garu kening. Aku ada salah cakap ke?

"Meen... Dengar tak apa yang abang cakap ni?"

"Dengar."

"Dah tu? Tetap tak nak pergi juga? Pergi lah, Meen. Peluang keemasan tu. Tak semua orang dapat tau. Alah, asasi bukannya lama mana pun. Setahun aje. Lepastu, Meen apply lah degree kat sini. Rugi lah Meen kalau tak pergi. Kalau abang jadi Meen, sumpah abang takkan lepaskan peluang tu. Meen ni beruntung tahu tak?"

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now