DARI jauh kelihatan pelajar-pelajar berkumpul di hadapan papan notis. Alis kening Ameena hampir saja bertemu.
"Fit, kenapa ramai-ramai berkumpul kat situ?" Ameena menyiku Fitriyah yang berjalan di sisi. Terpinga-pinga Fitriyah sebelum dia halakan pandangan ke arah yang Ameena maksudkan.
"Ada notis apa-apa kut. Jom lah pergi tengok."
Mereka berdua lajukan langkah. Berdiri di depan papan notis, bebola mata masing-masing membaca sehelai notis yang dipin di situ.
"Meen, ada kem!" Fitriyah pandang Ameena di sebelah sebelum kedua-duanya beredar daripada situ.
"Abang Aisar tak cakap apa-apa pun dekat aku pasal kem ni. Ke... kem ni untuk senior-senior tahun akhir aje?" Ameena pandang Fitriyah dengan tanda tanya yang berlegar di dalam kepala.
"Hesy, kem ni untuk semua students baru macam kita lah. Kau tak baca betul-betul ke apa yang dia tulis?" soal Fitriyah, mendengus perlahan. Ameena garu kepala yang dilapisi tudung bawal. Betul jugak. Dua kali dia baca notis yang tertampal di situ. Memang kem tu untuk pelajar-pelajar baru macam mereka. Dan penyertaan adalah wajib.
"Kau nak pergi ke?" Ameena soal Fitriyah pula.
"Nak tak nak memang kena pergi lah, Meen. Kau tak baca ke kat bawah sekali tu, dia tulis... pelajar yang gagal mengikuti aktiviti luar kampus akan diambil tindakan. Kecuali atas sebab yang kukuh dan atas alasan yang tak boleh dielakkan. Sekian." jawab Fitriyah. Ameena hela nafas panjang. Okey!
*****
AMEENA memasukkan beberapa helai pakaian yang diperlukan ke dalam beg untuk ke kem perkhemahan yang akan diadakan selama tiga hari dua malam. Lokasinya kem perkhemahan terletak di Hulu Langat. Siap mengemas apa yang patut, Ameena tarik beg yang gemuk dan padat itu ke tepi dinding. Ingat nak bawa luggage terus aje, tapi awal-awal lagi Aisar dah menyelar niatnya itu.
"Ini kem perkhemahan. Dekat hutan. Bukan nak pergi travel ala-ala kayangan. Bear on your mind, cry baby."
Ameena mendengus. Urgh, tak habis-habis cakap dia ni cry baby! Agaknya si Aisar ni masih tak boleh move on lagi kut sebab kenakan dia masa dekat kampung tempoh hari. Eei.
"Yang mulut tu terjuih-juih kenapa? Mengata orang lah tu," muncul satu suara, terpusing Ameena ke belakang. Rasa nak titis dua botol eye drops bila sosok Aisar yang cuma melilit tuala di pinggang itu menyapa sepasang matanya. Lekas-lekas Ameena palingkan wajah ke arah lain.
"Mana ada Meen mengata abang."
"Ada abang kata Meen mengata abang ke? Abang cuma cakap, mengata orang."
"Habis, abang bukan orang?"
Terdiam Aisar dibuatnya. Langkah dia bawa ke arah almari. Menarik keluar sehelai t-shirt kosong berwarna hitam. Sedaya upaya Ameena pandang ke tempat lain sementara Aisar selamba saja berpakaian di dalam bilik ini serupa dia tak wujud. Tak malu ke apa selamba saja sarung seluar dan baju dalam bilik ni? Apa gunanya bilik air dalam bilik ni?
"Meen." Aisar memanggil sambil merapikan rambutnya dengan gel. Terkebil-kebil Ameena pandang Aisar yang dah sempurna berpakaian. Tengok gaya, macam nak keluar saja. Siap sembur perfume dekat tubuh lagi. Ni mesti nak pergi jumpa buah hati pengarang jantung, limpa, hempedu...
"Cepat bersiap. Meen ikut abang." bilang Aisar sambil pandang pantulan figura Ameena melalui biasan cermin. Pelipis Ameena berkerut.
"Pergi mana?"
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...