Bab 23

7.2K 672 100
                                    

Boleh tahan eh korang punya su'uzon dengan Aisar. Tachod kita ahahaha. Saya tak terfikir pun nak buat Aisar keluar jumpa Mona Lisa tu. Takpe lah, kita skip je eh. Thankyou sudi kasi komen yang menggelikan perut sayaaaa 😆

*****

BALIK dari kampus petang itu, Ameena dah menanti Aisar di muka pintu. Tersengih-sengih gadis itu memandang langkah Aisar yang menghampiri. Aisar perasan kereta Encik Azril di laman rumah. Tak pelik. Semenjak dua menjak ni memang Encik Azril dan Puan Rosni selalu ke sini. Alasannya nak teman Ameena yang duduk kat rumah sorang-sorang. Iya lah tu. Padahal nak skodeng apa yang dia dan Ameena buat kat rumah ni. Dan paling utama sekali, nak pantau aktiviti keluar rumah dia. Hesy!

   "Tersenyum-senyum ni dah kenapa?" Aisar menyoal pelik. Huluran tangan Ameena disambutnya juga. Dulu dia kekok sikit bila Ameena nak salam tangan dia sebelum dan lepas dia balik dari kampus. Tapi sekarang ni dah terbiasa pula. Kalau Ameena tak hulur tangan, dia dulu yang hulur. Tindakan automatik yang dia sendiri tak sedar. Eh!

   "Takde apa. Senyuman itu kan sedekah."

   "Iya lah tu."

Aisar menonong masuk ke dalam diikuti Ameena dari belakang. Di ruang tamu ada Encik Azril sedang menonton televisyen. Kat dapur dengar bunyi orang menggoreng sesuatu. Siapa lagi kalau bukan Puan Rosni yang memang rajin sangat memasak.

   "Ayah," Aisar salam tangan Encik Azril penuh hormat.

   "Hmmm, baru balik?"

   "Haah."

Aisar ambil ruang kosong di sofa sebelah. Nak menonong naik atas macam tak patut pula sementelah kedua orang tuanya ada di sini. Ameena menghilang ke dapur. Lima minit kemudian muncul bersama Puan Rosni. Seorang bawa sedulang minuman panas, seorang lagi bawa dua piring cucur pisang yang masih panas-panas lagi.

   "Nah, makan petang." tutur Puan Rosni sebelum dia henyak punggung di sebelah Encik Azril.

   "Wah, special ni mama. Dah lama mama tak makan pisang goreng." mata Aisar dah bersinar-sinar. Laju saja dia capai sekeping pisang goreng lalu dibawa ke mulut. Makan panas-panas lah sedap!

   "Abang Aisar, sebenarnya kan Meen ada sesuatu nak bagitahu. Mesti Abang Aisar terkejut dengan apa yang Meen nak bagitahu ni." tersengih-sengih Ameena sedari tadi lagi. Aisar angkat kening sambil gigit sekeping pisang goreng. Ameena berdehem dulu.

   "Meen... dapat... sambung belajar dekat... kolej abang!" Ameena tepuk tangan berkali-kali.

   "You what?!"

   "Meen dapat sambung belajar dekat tempat abang. Okey tak abang?"

Aisar capai tisu. Dilap dulu tangan dan pinggir bibir yang sedikit berminyak.

   "Meen buat lawak apa ni?" soal Aisar, tak percaya.

   "Mana ada Meen buat lawak. Meen serius lah. Meen baru check email tadi. Meen dapat sambung belajar kat tempat abang. Meen dapat course Hotel Management. Okey tak? What do you think, abang?" mata Ameena membulat lebar pandang Aisar yang dah ternganga.

Aiasr geleng kepala berkali-kali.

   "No, no. Abang tak izinkan Meen sambung belajar kat situ. Abang tak kisah Meen nak sambung study kat mana pun janji bukan satu kampus dengan abang. It's a big no, Ameena." dengus Aisar. Tak dapat dia bayangkan kalau belajar satu kampus dengan Ameena. Sudah lah kat rumah tengok muka Ameena, kat kampus pun dia akan selalu nampak juga? Aduh, jemu tahu tak?

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now