PELAJAR-PELAJAR mula memasukkan beg pakaian mereka ke dalam perut bas. Ameena ambil tempat duduk di tepi tingkap. Di sebelahnya, Fitriyah. Wajah Ameena langsung tak berseri. Malam tadi dia bergaduh teruk dengan Aisar. Tidurnya berteman air mata. Mujur saja dia tak terbabas tidur. Kalau tidak, mahu dia terlepas bas untuk ke kem perkhemahan hari ini.
"Weh, Meen. Kau dah kenapa pakai cermin mata hitam bagai ni?" tegur Fitriyah, pelik. Tak pernah-pernah Ameena bergaya begini. Ameena menoleh ke kanan memandang Fitriyah.
"Mata aku sembap lah, Fit. Malam tadi aku tengok movie. Sedih nak mampus cerita dia, Fit. Makanya, mata aku jadi bengkak teruk. Aku malu kalau orang nampak mata aku ni. So, aku terpaksa sembunyikan mata aku ni dengan glasses." jawab Ameena, mencipta satu pembohongan. Mujur si Fitriyah percayakan jawapannya bulat-bulat. Maafkan aku, Fit.
Riuh di dalam bas itu tidak diendahkan Ameena. Kau orang nak menyanyi ke, nak melalak ke, silakan!
Berada di dalam bas untuk dua jam buat punggung Ameena naik kematu. Bukan Ameena saja, beberapa orang pelajar yang lain pun asyik bebelkan perkara yang sama. Kematu punggung lah, lenguh pinggang lah.
Ameena melangkah turun dari bas persiaran. Tak menunggu lama, beg pakaian miliknya dikeluarkan dari perut bas. Memandangkan dia menaiki bas yang asing dengan Aisar, jadi sampai sekarang dia tak nampak lagi kelibat lelaki itu. Ameena hela nafas berat.
Setiap pelajar diminta berkumpul. Ameena galas bag pack di belakang bahu. Sempat matanya meliar mencari sosok Aisar sebelum sepasang matanya yang tersorok disebalik kaca mata hitam itu menangkap sosok Aisar bersama beberapa orang lagi senior kampus. Ameena senyum nipis. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut bulan kelahiran. Tercebik-cebik bibir Fitriyah bila terpaksa berpisah dengan Ameena. Iya lah, dia lahir bulan Mac. Manakala Ameena, bulan Disember. Tapi mujur lah mereka bebas memilih rakan untuk berkongsi khemah.
Mereka berjalan menuju ke arah tapak perkhemahan yang kiri kanannya adalah pokok-pokok yang agak tinggi. Ameena dan Fitriyah berkongsi khemah dengan dua orang pelajar lagi. Rakan sekelas mereka juga dari fakulti yang sama. Jadi, tak ada lah kekok sangat.
"Meen okey tak ni? Kenapa pakai glasses?" Izzati, salah seorang fasi menegur. Ameena tersengih.
"Saja nak pakai, akak."
"Lah. Meen, kalau boleh buka glasses tu ya? Senang sikit nak buat aktiviti mencabar nanti. Kalau Meen tak larat atau ada masalah apa-apa, cepat-cepat bagitahu Kak Zati atau fasi-fasi yang lain ya?" Izzati tepuk lembut bahu Ameena. Lihat anggukan Ameena, Izzati berlalu pergi. Cermin mata hitam atas pangkal hidung, Ameena tanggalkan. Jujur, dia juga rimas pakai cermin mata hitam yang agak besar ini.
"Fit, kau tengok mata aku. Nampak bengkak teruk lagi tak?" soal Ameena. Terpincing-pincing mata Fitriyah membelek.
"Tak. Biasa aje."
Phew! Ameena hela nafas lega!
*****
AMEENA perhatikan gerak geri Aisar. Sikit pun lelaki itu tak pedulikan dia walaupun Ameena tahu Aisar perasankan dirinya. Sedih rasa hati bila Aisar pura-pura tak nampak dia. Sesekali Ameena nampak Aisar cuba mendekati Mona Lisa. Atau lebih tepat lagi, sesi memujuk teman wanitanya masih diteruskan. Mona Lisa masih buat tak endah, tapi Aisar tak berputus asa. Ke mana Mona Lisa pergi, Aisar mesti ada. Dah serupa belangkas.
Malam itu, usai menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, kesemua pelajar-pelajar, fasi-fasi dan beberapa orang pensyarah yang terlibat berkumpul di sebuah dewan terbuka. Mereka memasang telinga mendengar taklimat daripada Encik Fauzi, selaku penasihat program. Mata Ameena hanya pada Aisar yang duduk di barisan fasi-fasi. Oh, Ameena rindukan lelaki itu.
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...